Kapsul berwarna kuning dan coklat berdiri tegak macam Tugu Negara atas tangan kanan. Gelas berisi air kosong pula sedia menunggu di depan mata. Aku tarik nafas dan hembuskannya dengan berat.
"Okey, Fiqa. Kalau kau nak sihat cepat, kau kena makan ubat ni." Aku beri semangat pada diri. Jam di dinding dikerling dan menunjukkan pukul lima petang. Itu menandakan masa yang aku tak tunggu telah tiba.
"Bismillahirrahmanirrahim..."Cepat-cepat aku masukkan kapsul ke dalam mulut. Kemudian tangan mencapai gelas dan menuangkan air ke mulut. Mata ditutup rapat, menahan rasa anehnya menelan ubat.
Tenang Fiqa, anggapkan kapsul ni coklat KitKot perisa teh tarik!
Urk.. ek, uwe- Eh, sedap! Ha'ah sedap!
Aku angguk kepala dengan kepura-puraan.
Aku buka mata semula. Aku... masih hidup, kan? Tangan meraba sekeliiling muka. Ya, aku masih hidup. Fuh... alhamdulillah.
Payah betul makan ubat. Nasib baik tak mati.
Ni semua sebab sakit kepala yang serang tak henti-henti. Tapi alhamdulillah, aku dah makan ubat.. jadi harapnya aku tak sakit kepala lagilah selepas ni.
Aku berlari menuju ke timbunan kotak di ruang tamu. Kotak paling bawah diangkat dan telefon dicapai. Sebaik itu, aku melepaskan lelah di sofa.
Penat, semput aku dibuatnya.
Mengalahkan semput aku kena kejar Azim hari tu. Teringatkan kata-kata Azim aka Naim semalam pulak.
"Syafiqah... maafkan aku..."
Maafkan dia? Hm, mungkin kot.
Aku maafkan kau, Naim. Cuma...
...pastikan kau tak sebut lagi 'cake' lagi. Okey?
Aplikasi Instagram terus dibuka sebaik unlock screen berkunci. Saja nak cuci mata tengok lukisan artis instagram macam kakak ni, @hanzerry. Lukisan dia gempak giler. Aku sangat kagum dengan cara dia shade lukisan.
Bukan macam aku. Lukis telur pun tak betul-betul bulat.
"Haa, dah jumpa." Terpapar story akak Hanra di atas sekali. Aku tekan dengan rasa teruja. Tiba-tiba terasa sesuatu jatuh di belakang badan. Ternyata ia adalah seekor cicak.
"AH! CICAK!" Aku lompat dari sofa dan kibas-kibaskan baju aku. Telefon di tangan tercampak ke sofa. Kalau umi tengok situasi aku sekarang, mesti tak dapat bezakan antara seekor babun dan seorang manusia.
"EEE! TEPILAH CICAK!" Setelah dapat lock kedudukan cicak ni, aku terus lastik perlahan sehingga ia terpelanting jauh ke tangga. Hah, padan muka! Siapa suruh kacau aku. Nasib baik bukan hari Jumaat.
Aku kembali ambil telefon dan tatap balik story orang yang terpapar di skrin.
"Yo guys. I felt so embarrased. My classmate had done something that's really silly in my view.
Dahlah orang pandang kelas i macam alim. Sedangkan they judge our books by the cover.
It's gonna be worse if this issue spread out."
Eh? Kenapa story Kak Hanra lain macam? Mana lukisan dia? Mana? Aku gosok mata untuk menjelaskan lagi penglihatan aku.Takut-takut kalau darah cicak tadi melekat di muka.
Bila aku pandang balik username dia, baru aku perasan aku salah tekan story rupanya. @lieey_yana. Ouh, ig classmate aku ni. Dia mention classmate dia yang mana satu?
YOU ARE READING
Kambing On Nut ✓
Teen Fiction𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘒𝘈𝘔𝘖𝘕, 2020 Melihatkan sekeping gambar itu, cukup mengingatkan aku tentang seseorang. Peristiwa 10 tahun lalu masih segar bugar di kepala. Bagaikan sebuah layar filem yang sentiasa dimainkan. Gagal melindungi dia, bermakna...