Macam biasa, student belum ramai lagi sebab baru je pukul 6:30 pagi. Jadi dalam 13 orang macam tu baru datang. Pagi-pagi camni memang tak banyak pelajar datang.
Aku urut kepala sekejap. Aduh, nasib baik tak sakit macam semalam. Tapi itu tidak mengganggu tumpuan aku mengingatkan perkara yang terjadi semalam.
Apa jadah, siapa lelaki tu sebenarnya?
🙈
"Adeh, sakitlah!" Perlahan-lahan dia terduduk dan meraup wajah, mengerang kesakitan.
Aku menekup mulut. Terlalu terkejut.
"A... awak, maafkan saya. Saya tak sengaja!" Tak sengajalah sangat. Tadi bukan main dah ready awal senjata pencil box tadi kan?
Si...siapa dia ni? Kenapa tiba-tiba masuk bilik aku?
"Erm... awak..?" Perlahan-lahan aku hampiri jasad itu. Seorang perempuan yang mungkin muda lagi dari aku. Nasib baik perempuan. Kalau lelaki, sah aku baling terus satu set dengan botol air dan beg sekolah.
"Siapa awak?" soalku perlahan. Dia berhenti menyentuh mukanya. Tapi dia tak pandang aku sebab dia terus toleh tempat lain. Seolah-olah tak membenarkan aku melihat wajah sebenarnya.
"Eh?! Apa jadi tok, Fiqa?" Tiba-tiba Ummi muncul di depan bilik lalu peluk budak perempuan tadi. Aku terkejut. Ummi kenal budak ni, tapi aku tak kenal?
Dan lebih mengejutkan lagi, di belakang Ummi ada seorang remaja lelaki. Dia duduk mencangkung untuk lihat keadaan budak perempuan tadi.
"Adik? Adik okey?" Alamak, adik dia ke tu?
"Ah, maaf... tak- sengaja." Aku ucap penuh bersalah. Itulah kau tadi Fiqa. Fikirkan benda yang bukan-bukan. Ha, kan dah jadi macam ni!
"Takpe, takpe," balas lelaki itu. Dia dongakkan kepalanya dan mata kami bertaut sesaat. Aku blushing. Lelaki... lelaki ini... hensemnya.
Rambut dia yang hitam pekat jatuh di dahi. Kulit pula putih melepak. Mata bulat, hidung separuh mancung. Muka macam Sugar BTQ sikit. Ni serius manusia ke ni? Hensem gila!
Dan aku baru tersedar, yang aku sekarang di dunia realiti. Bukannya cerita dongeng ataupun angan-angan. Aku segera pandang tempat lain. Astaghfirullahal'azim, jaga mata tu. Jaga mata. Kang kena cucuk Ummi baru tahu. Uhuk!
"Ha, dah sedar sikit ni. Ni Auntie papah kamu ya." Ummi segera papah budak yang pakai visor itu dan menuruni tangga. Lelaki itu ikut sama di belakang. Dan aku pun dengan teragak-agaknya berjalan di belakang mereka.
Sesudah sampai di tingkat bawah, aku terkejut beruk. Rupanya bukan sahaja lelaki tadi dan adik dia yang datang. Ada keluarga mereka sekali yang sedang duduk bersantai di sofa ruang tamu kami. Mereka pandang aku lalu tersenyum...
...dan tak pakai mask. Oh my, insecure aku. Camne ni?
Ummi bawa perempuan tu ke parents dia dan terangkan segala yang berlaku tadi. Parents dia cuma tersenyum, tak nampak macam nak marah aku pun. Fuh, nasib.
Lelaki tadi pula duduk di sebelah ibu dia. Aku pandang Ummi yang sedang beri isyarat untuk ke dapur. Maka aku pun pasrah dan ikut jelah arahan ibu. Mati aku! Mesti Ummi nak marah aku sebab baling barang kat anak tetamu tu.
"Apa jadi tadik, Fiqa?" Ummi soal dengan nada rendah.
"Erm, tadik... kamek ingat orang jahat tadik yang masuk, sebab itulah mek baling barang. Sik sangka pulak itu orang lain.."
YOU ARE READING
Kambing On Nut ✓
Teen Fiction𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘒𝘈𝘔𝘖𝘕, 2020 Melihatkan sekeping gambar itu, cukup mengingatkan aku tentang seseorang. Peristiwa 10 tahun lalu masih segar bugar di kepala. Bagaikan sebuah layar filem yang sentiasa dimainkan. Gagal melindungi dia, bermakna...