38~🙈

11 5 0
                                    

"Syafiiiqqqq~ Hai awak, gembira berjumpa lagi. And welkem to my channel!"

Aku menggeruk wajah. Aku perhatikan dia berjalan dari pintu kelas dengan lenggak-lenggok, menuju ke tempat duduknya. Dia mengibas-ngibaskan tangannya sebelum duduk di tempat sendiri. Aku pula kelip mata berkali-kali.

Like what? Dia kata apa tadi?

Erm, salah dengar kali. Aku terus tak pedulikan dia, sebaliknya aku fokus balik pada buku di atas meja aku.

"Oi, Syafiq! Awak tak dengar ke saya panggil awak?"

Sekali lagi, aku kelipkan mata berkali-kali. Aku angkat wajah dan serta-merta aku toleh kiri, tempat di mana dia berada.

Kelihatan dia tersengih dan masknya berada di bawah dagu. Eh, dia ni memang cari fasal ni-

"Woi, mask kau! Pasanglah!" Tegur aku. Hisy, terkejut aku dia tiba-tiba tak pakai mask.

"Tak nak ah, panas." Dia mengibas-ngibaskan mukanya menggunakan buku latihan kecil itu.

"Aku kata pakai, pakailah!" 

"Tak naklah! Orang kata panas, panaslah!" Dia balas balik gertakan aku. Meja itu juga turut dihentak dengan kuat.

 Hai, pening aku ada member macam ni.

Nilah susah ni. Kalau Naim okey kut, dengar jugak kata. Tapi malangnya Naim dah jadi Azim. Kacang hijau dah jadi taugeh. Apa kes sampai dia jumpa kucing lagi ni?

Aku tepuk dahi, urut dada seketika. Penat aku.

"Kau tahu kan sekarang ni wabak penyakit. Kau ni, dahlah tak pakai mask. Kalau tiba-tiba kau ada simptom pastu berjangkit kat orang lain macam mana?" terang aku perlahan.

"Simptom tu apa, Syafiq?"

Aku tepuk dahi sekali lagi.

"Simptom tu gejala. Macam wabak sekarang ni, selesema, batuk, sesak nafas, adalah salah satu simptom penyakit ini. Faham ke?" Tangan dilepaskan dari dahi.

"Jap, jap, jap. Kalau simptom tu selesema apa semua tu kan, simpjerry dia apa pulak? Muntah ke?"

Erk. "Apa maksud kau? Muntah apa pulak?"

"Yelah, kau kan kata simptom dia selesema apa semua tu. Kalau ada simptom, mesti ada simpjerry jugak kan?"

"Maksud kau?" soal aku. Ai, pening sudah aku nak proses.

"Macam ni. Kalau simptom tu wujud, simpjerry mesti wujud jugak lah kan? Tom and Jerry?"

Tom and Jerry amenda budak ni. Aduhai ingatkan apa tadi.

"Mana ada simpjerry. Simptom je lah. Dahla, dahla, aku sambung buat kerja."

Hanzerry, Hanzjerry. 

Merepek je dia ni. Nasib baiklah manusia-manusia di sini belum banyak lagi. Kalau tak entah apalah respon diorang tengok aku berbual lama dengan Naim.

Hm, yelah... diorang anti aku kut. Memang anti kalau tengok aku dan Naim bercakap. Hashtag antiFiqa. #Anti-Fiqa

Tak apalah, baguslah tu. At least  mereka yang anti aku tu boleh dijadikan jurang antara aku dan Naim dari berbual lama-lama kan?

"Eh, eh, jap dulu. Saya nak beri sesuatu ni." Dia kembali mengacau.

Huhu, sudah-sudahlah guna saya awak dengan aku...

Mahu tak mahu, aku angkat juga wajah. Korang, dengar ni selagi aku tak layan dia, selagi tu lah dia kacau aku.

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now