33~🙈

22 8 30
                                    

GLOSARI disediakan di ruang komen, terima kasih ^^

"Nafisah! Cepatlah keluaaarrrr, akak dah sik tahan tok!" Aku serupa orang gila batu empat, meraung-raung macam orang dah nak terberak ni. Keadaan ni tragik sekali mengingatkan aku segala moment masa dalam kem darjah 6 dulu!

Pintu tandas diketuk bertalu-talu membuatkan aku semakin panik, ouh.. dah tak tahan ni!

Kenapalah waktu sekarang juga tiga kubikel tandas yang lain, batang flush diorang patah? Huwarghhh!

"Nafisah? Are you done there?" Sekali lagi aku menyoal. Fisa masih mendiamkan diri. Kedengaran bunyi flush, dan beberapa saat kemudian... nampaknya aku dah mendekati harapan aku, sebab pintu kubikel akhirnya terbuka.

"Uhuk! Uhuk! Urgh-" Sebaik keluar dari kubikel, bunyi batuk dari Fisa menguasai medium di dalam tandas ni.

"Eh? Fisa okey?" Aku panik apabila Fisa terus terbatuk-batuk tanpa tiada tanda nak berhenti. Dia okey tak ni?

Aku nak pegang dia, tapi sekarang SOP tak boleh sentuh-sentuh. Aku hanya mampu melihat dari tepi.

"Huk! Urgh, panggil Fisa jak. Sik hal, mek okey jak, urh --" Tangan kanan Fisa menahan pintu tandas dia tadi, manakala tangan kiri pula menahan perutnya sendiri. Mukanya terkerut-kerut, pasti menahan kesakitan yang dialami.

Okey dia kata? Kenapa rupa dia sekarang lebih teruk dari aku yang nak terberak ni? Serius ni bukan okey.

"Akak masuklah cepat. Tadik kata nak berak, urh.. sikpa, mek okey jak. Akak sik berak tok lagiklah sik okey dari kamek. Akak beraklah sekarang.." Fisa bergerak ke tempat lain, memberi ruang untuk aku supaya dapat masuk ke kubikel itu.

Malu pulak aku kena arah junior buang tahi sendiri.

"Er, okey..." Baru je kaki kiri nak melangkah masuk, aku berhenti semula. "EH, JAP!' Kepala laju menoleh ke Fisa.

"Hah? Kenak?" Muka Fisa serupa cimpanzi tersumbat muntah sendiri bila lihat aksi berhenti secara mengejut aku.

"Tauk sik, bukti dah dijumpai. Akak rasa kelak nak mintak tolong kitak uruskan Gamat boleh sik? Sebab akak nak bawak nya jumpa PK HEM masa rehat tok." Aku beritahu laju-laju dengan satu nafas.

"Ouh, okey okey. Akak berak lah dolok..." Fisa mengerutkan dahinya melihat aku. Eh. Teruk sangat ke muka aku tahan air ni?

"Setuju sik kitak tok?" Sempat aku bertanya.

"Ha, aok-aok. Akak beraklah gik nun." Serta-merta tubuh aku terus ditolak masuk ke kubikel tandas dan pintu tandas automatik ditutup oleh Fisa.

Eh. Dia ni mengalahkan kucing aku nak berak pulak. 

Semasa aku menyelak kunci pintu ni, kedengaran bunyi paip singki terbuka dan air keluar dengan deras dari pilinya. Bukan itu sahaja, telinga aku menangkap juga bunyi seseorang yang sedang menghembus hingus.

Dan sekali lagi, bunyi batuk yang sangat teruk bergema dalam ruang tandas ni.

Hm, betul ke dia okey je tu?

🙈

"Sini ke kelasnya?" soalku. Fisa mengangguk. Ish, selama ni aku lalu kelas ni tak perasan pun mamat tu. SERIUS DIA FORM 5? EH, DASAR TAK ADA TAMADUN!

"Akaklah ketuk pintu," pintanya. Aku pantas menggeleng kepala.

"Kitaklah. Kelak nya cam muka akak ha, kan habis jak." Fisa memutarkan bola matanya.

"Okey, fine." Seraya itu pintu berwarna cokelat itu diketuk Fisa tiga kali. Walaupun dalam kelas ni tak ada guru, tapi macam tak ada tamadun kalau sukahati je terjah masuk kelas diorang ni.

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now