13~🙈

36 23 2
                                    

Akhirnya sampai jugak di Waterback. Aku sempat ambil gambar  beberapa pemandangan. Oleh kerana hari ni cuti peristiwa, Ummi dan Ayah ajak berjalan-jalan sekitar waterback. Tapi itulah, esok masih sekolah.

Kat sini ada Jambatan Darul Huhu. Cantik~ Kalau kapasiti terlalu ramai, jambatan ini akan rasa macam bergoyang. Seram sejuk bila seberang.

Pastu solat zohor kat masjid terapung. Gelaran masjid tu macam tu sebab ia dibina di atas sungai Sarawak.

Selepas ke kedai kek lapis di Kampung Boyan, kitorang bertukar destinasi ke Pizza Merdeka.

Sebaik saja masuk bangunan ni, tiba-tiba aku rasa nak kencing. Apalah kau ni, Fiqa. Asyik-asyik nak kencing je kerja. (at least aku bukan macam asuk yang kencing merata nak tanda tempat dia)

Aku minta izin Ummi dan Ayah ke tandas. Nasib baik dekat. Ia kat sebelah kedai orang jual mainan je.

Aku  segera berlari masuk ke tandas. Tapi langkahku mati apabila melihat sebuah susuk berdiri di hadapanku. Mata dia tak berhenti dari memandangku.

"Hai akak!" Dia melambai ceria. Aku teragak-agak untuk balas lambaiannya balik. Siapa ni?

Paras wajahnya sama dengan seseorang yang aku pernah jumpa di hospital dulu. Gadis yang kulit pucat, tak pakai mask, yang duduk di sebelah tong sampah kat tandas hari tu.Memang dia ke?

Kami berdua je dalam tandas ni. Nampaknya, aku dan dia memang ada jodoh untuk bertemu kembali di tempat yang sama.

"Akak sihat? Hati masih sakit ke?" tanya dia sambil pandang kakiku.

"Alhamdulillah, sihat. Hati dah nak sembuh, wak." Aik, macam mana dia tahu aku sakit hati hari tu?

"Alhamdulillah," balasnya.

"Oh. Kenapa kita cakap Melayu pulak eh?" Baru aku perasan. Patutlah rasa lain macam tadi cakap dengan dia. Gaya cakap pun macam dah lama kenal.

"Entah. Akak yang dulu mula." Rupanya, ahaha. Lurusnya aku.

"Ooo...okey. Ha.. kitak buat apa sitok?" tanyaku.

"Teman mak bapak saya."

"Ooo... Ne sidak?" Aku mengintai luar tandas, mataku memerhati ke kanan dan kiri.

"Ada je. Saya singgah sini sekejap." Bunyi deringan telefon milik perempuan ni tiba-tiba berbunyi. Dia tengok sekejap telefon tu lalu tutup balik. Bunyi deringan tersebut tak henti-henti berdering.

"Kenak sik angkat?" tanyaku, hairan.

"Sik penting." Gadis itu menjawab dengan nada kurang senang.

Oh. Hal dia, lebih baik aku jangan masuk campur. Rasa kekok pulak.

"Hmm... Apa nama kakak?" Setelah menyimpan telefon di dalam beg, dia kembali pandang muka aku.

"Syafiqah. Boleh panggil Kak Fiqa jak. Kitak?" soalku kembali. Ada masa lagi ni, sempat tahan kencing jap. 

"Nafisah! Kau mane?"

Soalan ku tidak terjawab apabila ada seorang mak cik ni tiba-tiba pecah masuk ke tandas. Dia memanggil-manggil seseorang bernama Nafisah. 

Gadis di hadapanku mula cemas.

Wait... nama dia Nafisah ke?

"Haa.. Jumpa pun. Camne kau boleh ada sitok (sini), ha?!" Wanita itu terus menarik keluar gadis di hadapanku dengan kasar tanpa pedulikan kehadiran aku di sini. Aku tercengang memandang.

Jadi memang betullah perempuan ni nama dia Nafisah.

"Lain kali jangan lari, Nafisah. Susah aku carik kau." Aku sempat dengar kata-kata mak cik tu sebelum dia dan Nafisah meninggalkan aku seorang di dalam tandas. Kedengaran nafas Nafisah tercungap-cungap.

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now