28~🙈

27 11 6
                                    

"Eh, kawan Naim ke tu?" Kepalanya menjenguk dari dinding depan aku sambil menegur.

Alamak! Dia perasan aku ke?

"Keluarlah, awak. Jangan malu-malu, marilah sini," panggilnya dengan suara lembut.

Aku lap sekejap sisa air mata di muka. Tak mahu nampak terlalu kantoi aku menangis. Aku keluar dari dinding rumah ni dengan langkah teragak-agak. Aku masuk dalam pagar dan hampiri wanita ini dengan takut-takut. Memandangkan aku tak pakai mask, aku jarakkan diri dua meter dari dia.

"Betulkan ni? Kawan Naim kan?" soalnya untuk kepastian. Aku angguk.

Di-dia masih ingat aku ke?

Sebaik angkat beg dari but kereta, dia jemput aku untuk masuk. Tapi aku tolak. Yelah, nanti masuk jumpa Naim. Kan malu gila aku?

"Dah maghrib ni, jomlah awak masuk. Dapat solat kat sini jugak," katanya sambil tersenyum.

Baiknya wanita ni. Kalau orang lain, mungkin aku dah dihalau dan dibantai hidup-hidup. Mana tak, waktu petang-petang macam ni, datang orang yang menggedik sibuk menumpang rumah dia.

Itu orang kedekut gila nak basilah. Kalau aku, boleh je jemput orang tu masuk. Asalkan dia berpakaian sopan,. (sebab nampak baik)

Kalau alasan berpakaian sopan ibu Naim jemput aku masuk, takpe. Tapi sekarang, stoking pun aku tak pakai. Lengan pun macam tak cukup kain. Senteng. Tudung pulak macam tudung pasar. Muka jangan kata, memang penuh dengan bekas hingus dan air mata.

Selekeh. Macam kembar siamang ada jugak.

"Termenung apa tu? Jomlah masuk." Aku yang berdiri di pagar rumahnya, mengangkat muka.

"Err... takpe ke, Aunty? Saya pakai selekeh ni. Lepas tu tak ada mask..." soalku guna bahasa Melayu. Risau kalau beliau tak faham. Tambah lagi sekarang, perasaan takut aku asyik membelenggu. 

Ibu orang lah katakan... 

"Takpe, jom masuk." Beliau bukakan pintu rumah, pandang aku dengan penuh berharap. Aku mengalah, akhirnya masuk jugak.

Wah, cantiknya rumah ni! Konsep dalaman berkonsepkan kontemporari! Warna dinding rumah tak terlalu menyilaukan. Sejuk je mata memandang. Sampai aku rasa sekarang tengah berada di hotel. Perabot-perabot kemas tersusun. Gambar potrait keluarga tergantung kemas.

Melihat rumah ni, terus buatkan aku tenang. Terus buatkan aku lupa tentang masalah aku. Perasaan sedih pun bagaikan hilang buat beberapa detik. Sampai rasa nak lompat bintang sekarang.

Aku sempat jeling sikit tingkat atas.  Mana Naim? Hari ni sampai tak datang sekolah, dia sakit ke? Ke tak sihat? Kalau ya, kenapa ibu Naim okey-okey je?

Baguslah dia tak ada. Aku tak pakai stokin sekarang.

"Terima kasih, Aunty... Er, Aunty, boleh saya minta mask?" soalku, perlahan. Hal Naim ketepikan dulu, yang penting keselamatan keluarga dia. Kalau aku ni Covid, kan berjangkit dengan diorang nanti.

Kalau ye, kalau.

Ibu Naim membuka mask yang dipakainya lalu dilipat. Kemudian, beliau ke almari sebelah pintu rumah dan ambil sekeping mask di atasnya.

"Prihatin juga kamu, ya?" katanya lagi, tersenyum. Dengar nada dia macam uji aku, fuh seram jugak.

Aku ambil mask tu sambil ucap terima kasih. Lalu beliau ajak aku untuk duduk di sofa ruang tamu. 

Err... rasa awkward pulak. Wahai nervous, tolong jangan serang aku sekarang.... Nanti muntah, terpaksa aku tebalkan muka sepanjang berada di rumah ni.

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now