54~❤️

10 4 1
                                    

Sudah hampir dua jam aku duduk termangu di meja belajar. Hari ni cuti. Buku di depan dipandang dengan riak selamba.

Walau berapa kali dah aku selak halaman, tak ada satu pun lekat di minda. Fikiranku terganggu. Semuanya gara-gara apa yang Umi kata. Umi asyik tanya, aku kena culik siapa? Aku pada awalnya di mana? Lepas sekolah pergi mana?

Semua soalan itu ditanya. Seolah-olah aku betul-betul diculik. Padahal aku okey je. Sihat wal'afiat lagi. Cuma... kebelakangan ni aku asyik sakit kepala. Tapi aku tak rasa itu ada kaitan dengan penculiknya.

Betul ke aku kena culik? Kalau ya... kenapa aku okey je? Tangan tak putus pun.

Tapi, kalau tak... kenapa Umi asyik tanya soalan yang sama?

Hairan.

jdkgjkdjk ksjfkg ksfhhh

kzkzkzkz

"HUWARGHHH! KAAKAAK BUULIII!" Suara tangisan seorang kanak-kanak membingit telinga. Abak siapa tu? Bisinglah! Mengganggu ketenteraman!

Aku menjeling ke arah sumber suara. Seorang kid lelaki umur dua ke tiga tahun menangis sambil tergosok-gosok mata. Aku hanya melihat budak itu dengan esaknya.

Di depan budak lelaki tu pula ada budak perempuan. Sama kecik dengan budak yang cengeng tu. Bezanya, kalau budak cengeng tadi menangis, budak perempuan ni pula hanya ketawa memerhati.

Diamlah kau orang dua! Aku marah ni!

Kalau dua-dua tu adik aku... dah lama aku piat telinga seorang-seorang!

Eh---

Macam mana dia orang boleh ada kat bilik aku, hah?! Penceroboh!

Mungkin kerana kebingitan suara yang datang dari budak lelaki cengeng itu, tiba-tiba dua orang dewasa masuk ke kamar. Seorang lelaki dan seorang pula wanita. 

Siapa pulak dua orang ni? Tiba-tiba masuk bilik orang dah kenapa? Tak ketuk pintu, tak beri salam. Tiba-tiba.

Wanita dewasa itu berlari memeluk si budak cengeng. Dia memujuk agar budak itu berhenti menangis.

Lelaki dewasa pula merenungku pelik. Dia berjalan menghampiriku. Aku mengundurkan kerusi roda yang ku duduk perlahan-lahan. 

"Abang?" Itu perkataan pertama yang keluar dari mulut lelaki dewasa itu.

Abang? Abang apa?

"Abang okey tak?" Tiba-tiba lelaki itu menggoncangkan kedua-dua bahu aku. 

Eh... siapa dia ni? Kenapa buat aku macam ni?!

Segera aku tepis tangan lelaki dewasa itu.

"Siapa kau orang hah?!" Aku menjerit lantang. Tanda aku tak suka dibuat macam tu! Aku tak kenal diorang!

"Ya Allah , kenapa dengan abang ni? Ini Umi, sayang." Si wanita tadi menjawab soalanku.

Aku berkerut. Umi?

"Kenapa dengan abang?" tanya lelaki dewasa pula.

"Abang?" Aku hairan. Kenapa dia orang panggil aku abang?

Oh... aku rasa sangat mengantuk...

Aku nak tidur...

❤️

"Naim... Naim..." Satu suara menegur.

Aku yang dari tadi pening-pening lalat, menggagahkan diri jua membuka kelopak mata. Aduh... peningnya kepala...

Sebaik membuka mata, kelihatan Umi sedang duduk di sisi aku. Wajahnya nampak risau. Lantas aku terus dipeluknya erat-erat.

"Kenapa abang nampak pelik hari ni? Kamu pengsan pula... Risau Umi dibuatnya..." Nada sayu dan teresak-esak kedengaran.

Aku membalas pelukan Umi sambil bertanya, "Umi? Kenapa Umi? Apa maksud Umi?" 

"Abang macam dah lupa ingatan... Risaunya Umi pada kamu..." Terhenjut-henjut bahu Umi melepaskan tangisan.

Ya Allah ... apa aku dah buat sampai Umi menangis? Allahu Akbar...

Tiba-tiba pintu bilik aku dibuka. Ayah dan adik lelaki aku, Nadiy masuk.

Nadiy menghampiri aku dan meletak tangan dia di dahi aku. "Abang demam ke?"

Aku diam sejenak. "Tak, pening je."

Ayah macam terfikir lagaknya mendengar jawapan aku. "Sayang... abang rasa Naim kena kesan ubat lupa. Mungkin penculik buat kat dia."

Umi berkerut dahi lalu memandang aku.

"Abang kena culik?" Si budak lelaki yang mungkin muda dari aku tanya penuh suspen.

kzkzk

"Awak semua ni siapa?"

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now