Setelah pintu dibuka, aku mendahului mereka berdua keluar dari sini. Aku pergi ke arah kiri, di mana ditempatkan rak-rak untuk meletak kasut. Sepasang kasut berwarna hitam, yang berkilat-kilat tanpa secalit noda MILIK AKU, aku ambil dan tersengih sebentar.
Kasut original, kalau dibawa main dengan lumpur... yang warna hitam mesti terus jadi coklat. Sayang seribu kali sayang.. ori ke tak ori, mahal ke murah, tetap akan kotor jika dicelup dengan kotoran.
Begitu juga dengan manusia. Tidak kira dulunya iman dia tinggi ke rendah, jika hati dia makin kotor... maka iman itu akan terus menurun. Yang tinggi jadi rendah. Yang rendah jadi leper. Yang leper, terus hancur masuk ke tanah.
Sudah hilang erti keimanan di dalam diri.
Itu yang kita, umat Islam, tidak mahu. Iman itu, kena jaga sehabis baik. Setiap kali terpandangkan maksiat, alihkan pandangan. Jaga lisan, perbuatan dan hati.
Untuk yang membaca isi hati ini, dan aku sendiri.
Aku duduk sekejap untuk sarungkan kasut. Tak lama kemudian, Syafiq datang disusuli dengan err-- budak form 2 tu, tak tahu apa nama dia.
Sebaik Syafiq sampai di sebelah aku, aku bergerak ke kanan sikit, menjauhi dia. Setelah habis dua-dua kasut disarungkan, aku berdiri dan bersiap sedia untuk tinggalkan kawasan ini.
"Hm?" Budak form 2 tu berdiri di depan aku, dan buat muka pelik. Mata dia sengaja dikecilkan. Eh, kenapa dia ni?
Eh... Pandangan mata aku melekat pada muka dia. Aku mengerut dahi.
Kenapa muka dia nampak familiar?
Dia masih memberi pandangan jelek itu pada aku. Seriously, terpandangkan muka dia.. mengingatkan aku tentang... seseorang. Dia.. siapa..?
"Hmm... bukan kau kah yang takut kucing hari ya? Patutlah macam kenal."
EH?
JAP, JAP, JAP. DIA KE PEREMPUAN HARI TU..? YANG MASA AKU PERGI RUMAH JIRAN, DAN ADA KUCING GESEL-GESEL KAKI AKU. THEN TIBA-TIBA ADA SEORANG PEREMPUAN NI, DIA TANYA "kau okey?"
DIA KE? OOOOOOOOO PATUTLAH MACAM KENAL.
Hish, macam kenal.
"Erk- kau ke? Salah orang kut kau ni." Aku berpura-pura. Shh! Kalau nak kenal pasti aku sekalipun, please jangan tanya depan Syafiq ni. Ah... habislah maruah kejantanan aku dah tergolek masuk parit...
"Ha'ahlah. Kaulah aku jumpa hari tu. Lepas tengok aku, kau terus lari macam katak kudung." Hahahah, tak silap lagi, memang perempuan nilah aku jumpa.
"Lipas kudunglah," sampuk Syafiq yang dari tadi dengar perbualan kami. Eh, semua salah budak kecik ni.. Tengok! Ada orang lain jugak tahu aib aku. Heh, malu!
"Mana-manalah, kan lipas makan katak," balas Fisa.
"Bukan katak ke makan lipas?" Syafiq kerut dahi.
"Oh? Ye ke?" Fisa dan Syafiq saling berdebat tentang dua binatang yang tak wujud pun di sini.
Heih.. dahlah. Aku nak balik ke kelas.
"Fisa, teman kamek pergi tandas lok. Nak basoh lukak."
Niat aku nak berjalan tapi tak jadi bila dengar suara yang samar-samar itu berbisik di belakang aku. Aku pusingkan badan ke belakang.
Hish, gilalah teruk benar luka kat jari dia tu. Menitik darah berwarna merah tua tu. Biar betul kami tak perasan tadi?
"Mesti sebab Gamat tadik. Tapi akak pun salah juak, yang akak mok usah nya guna kayu cota rah meja ya kenak?'' marah budak form 2 tu.
YOU ARE READING
Kambing On Nut ✓
Teen Fiction𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘒𝘈𝘔𝘖𝘕, 2020 Melihatkan sekeping gambar itu, cukup mengingatkan aku tentang seseorang. Peristiwa 10 tahun lalu masih segar bugar di kepala. Bagaikan sebuah layar filem yang sentiasa dimainkan. Gagal melindungi dia, bermakna...