44~🙈

10 4 0
                                    

Aku beritahu dia je, sampai hati dia heboh-hebohkan hal aku depan orang ramai. Hal yang tak baik lagi tu. Ingat aku ni macam dia ke? Tak kisah hal semua tu?

Aku kesat air mata yang sedari tadi asyik tumpah je kerjanya. Kemudian aku cuba bertenang.

Hari  ni kan nak balik kampung. Tak elok bawa muka sedih-sedih. 

Jam di atas meja ditatap. Tepat menunjukkan pukul 8 pagi. Awal lagi  ni. Lebih baik aku mandi dulu. 

Aku segera berdiri setelah lama duduk di belakang pintu bilik sendiri. Muka dilap dengan hujung lengan untuk menghapuskan kesan-kesan tangisan aku.

Baiklah, hari ni hari baru. Lebih baik membuka lupakan yang lepas, dan buat benda yang baru.

🙈

Suasana sepi saja di meja makan seperti hari semalam. Sedari tadi, aku hanya menundukkan kepala. Tidak berani untuk melihat wajah kedua-dua penjaga aku... lagi-lagi si Ummi...

 Masing-masing tak nak memulakan perbualan. Begitu juga dengan aku. Kalau ikutkan, aku tak nak makan pagi ni. Elok je makan sikit sebagai alas perut. 

Tapi untuk menjaga hati Ummi,lebih baik aku jangan buat begitu. Kalau aku yang macam ni pun dah terasa, Ummi apatah lagi? Mesti makin dalam luka yang aku buat pada dia.

Ibu... Kalaulah Ibu ada kat sini, mesti dia kecewa dengan aku.

'Maafkan Fiqa, Ibu... Fiqa tak ikut kata Ibu... Fiqa buat Ummi menangis lagi...' Aku hanya pendamkan segalanya dalam hati. 

Aku mengauk mi besar menggunakan senduk dengan cepat-cepat. Bimbang selepas ni Ummi yang nak ambik mi.

Betul sangkaan aku. Ummi sudahpun mendekatkan piringnya pada mangkuk mi tadi. Dengan segera, aku lepaskan balik senduk yang dipegang untuk memberi peluang pada Ummi.

Erm, tak... tak... tak elok macam ni...

Kalau aku ni kuat, dah lama aku nak kaukkan mi tu pada Ummi... Sorry, Ummi... Fiqa tak berani... Fiqa masih lagi seorang penakut macam dulu.

Itulah kelemahan aku. Aku tak boleh berdepan dengan orang yang terasa hati sebab aku. Sebab, aku tak tahu macam mana nak berbaik dengan seseorang tu... Melainkan kalau dia dulu yang tegur aku...

Hmm, mungkin sebab sikap aku macam nilah. Takde ramai yang nak kawan dengan aku.

"Fiqa, tak elok lama-lama tenung makanan tu. Makan cepat. Nanti dah sejuk, kamu pula tak ada selera," tegur Abah. Aku hanya mengikut katanya. Tidak berani lagi membuat onar.

"Baik, Abah."

Setelah sarapan, kami lekas-lekas mengemas meja. 

Selepas itu, kami membawa masuk segala barang ke kereta dan sudah siap bersedia untuk pulang ke kampung.

🙈

"Assalamualaikum..." Ayah nyaring memberi salam.

"Wa'alaikumussalam... ha, dah sampai pun kamu semua." Nenek datang menyambut. Di wajahnya terpapar sekuntum senyuman yang ceria.

Aku yang membawa beg galas sendiri turut tersenyum melihat nenek. Ummi pulak berkelakuan biasa, seperti tiada sebarang konflik berlaku pada kami.

"Jemputlah masuk..."

"Terima kasih, nek..." Aku meletakkan tangan kanan ke dada lalu menunduk 45 darjah. Menandakan aku bersalam dalam keadaan norma baru.

Aku dah agak. Pasti sebelum kami datang tadi, Mak Wa ada di sini. Cuma bila kami datang, diorang sudah balik. Ye, balik kampung ni kena bergilir untuk mengelakkan terlalu ramai orang di dalam rumah.

Ini kan dalam musim COVID?

"Fiqa, semua beg tadi kamu dah bawa?" soal Ayah. 

"Dah, ayah."

"Tapi... kenapa semuanya beg kamek jak? Ummi Ayah sik bawak begkah?"

Soalan itu yang dari tadi asyik terngiang-ngiang di kepala aku.

🙈

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now