37~❤️

19 6 2
                                    

Album lama yang aku ambil dari rak, aku buka perlahan. Setiap muka surat diselak satu persatu. Tertampal gambar seorang kanak-kanak berambut panjang, berikat dua.

Buku yang berada di kanan aku, aku buka muka surat di tengah-tengah. Terdapat biodata penuh seseorang di sana. Mungkin ini ialah tulisan Umi.

Seseorang itu ialah, Adik...

Ya, aku memang ada seorang adik perempuan sebelum si Nadiy ada.

Suasana di waktu pagi menyejukkan keadaan sekeliling aku. Membuatkan aku bersin tak henti-henti. Mungkin sebab terjaga terlalu awal.

Tetapi keadaan itu tak menghalang aku untuk bangun pagi ni.

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk solat Tahajud.

Sebaik jam menunjukkan pukul 4:30 pagi, sesudah solat aku segera menuju ke bilik tingkat bawah. Aku akui suasana agak menyeramkan sekarang, kerana gelap sahaja sekeliling kecuali tangga yang disinari sebuah lampu kalimantang LED.

Tetapi itu tak menghalang aku. Aku tahu, hanya pada Allah Subhanahu Ta'ala yang layak ditakuti azabnya, bukan dengan makhluk Allah yang lain. Dan aku berusaha ke arah itu.

Di dalam bilik itu, aku mengambil sebanyak boleh album di dalam rak. Dan aku bawa balik pergi ke atas.

Aku melalui bilik Afiq dan Fiqa, iaitu sebuah bilik yang pernah dikunjungi seseorang yang bernama Syafiqah juga. Aku akui, aku sangat terkejut dengan kehadiran dia masa tu.

Dan entah kenapa, segala yang aku pendam aku luahkan pada dia.

Nasib baiklah tak luahkan yang bukan-bukan.

Fikiran aku kembali melayang ke peristiwa semasa aku masih kecil. Mimpi aku hari itu bukan main-main. Mimpi itu, mungkin datangnya dari kotak memori aku yang sudah lama tersimpan.

Yang aku tahu, perkara itu betul-betul terjadi dalam kisah aku.

Adik aku betul-betul diculik di depan mata aku. Dan aku masa tu, rasa berputus asa untuk menjadi seorang abang lagi. Aku tak tahu kenapa aku berfikiran begitu sedangkan Nadiy dah ada masa adik perempuan aku tu kena culik.

Kenapa?

Kenapa aku tak ingat siapa culik dia? Kenapa aku macam ingat sesuatu, tapi bila aku nak ingat balik... aku akan asyik sakit kepala.

Entahlah, macam... ada orang yang buat aku macam ni, tapi aku tak boleh sangat nak ingat.

Hmm, tak apalah, buat apa aku nak korek lagi kalau di akhirnya aku akan alami sakit kepala yang teruk.

Mata aku kembali tertancap pada wajah kanak-kanak itu. Hmm, muka dia dulu Umi kata memang ada iras macam aku.

Aku rindu sangat nak main dengan dia... Dulu Umi dan Ayah suruh dia panggil aku Oniichan, hehe. Sebab ayah aku kan kacukan Jepun, so dia eksperimen la kalau anak dia guna bahasa jepun dalam kisah ni.

Haa, sebab tu aku pandai la speaking jepun ni sikit. Ehe..

Ogen ki desuka?

 Kalau aku tanya macam tu, korang balas la, Alhamdulillah, gen ki desu. Cuba teka apa makna tu?

Eh, memang gila aku ni cakap seorang diri.

Hurm... apa nama adik aku ye.

Nama adik sendiri pun tak ingat. Tapi apa yang aku ingat, adik aku tu seorang yang genius. Sebab umur dia tiga tahun dia dah boleh membaca. Dia diculik masa... empat tahun ke?

Empat tahun kalau tak silap.

Dan mungkin sebab kegeniusan dia tu, dia diculik.

Mungkin.

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now