60~❤

4 1 0
                                    

"Silly. Tak guna punya budak. Macam mana kau boleh keluar dari rumah ni?" Pak cik tu angkat kedua-dua tangan tanda menyerah diri. Sempat dia memarahi Syafiq. Iqbal dan mak cik pun angkat tangan.

Syafiq balas soalan pak cik itu dengan riak wajah tiada reaksi. Pelik, bukan patut tadi Syafiq senyum tak henti-henti sebab dia dah tak betul ke? Tapi macam mana dia boleh panggil polis? Adakah dia dah betul semula?

Pak cik marah pula si Iqbal. "Kau punya pasal lah ni, beri ubat apa kat budak perempuan tu?"

"Actually ubat tu untuk Fisa, tapi tertembak budak ni. Tu yang tak betul semacam tu. Ni yang ubat buat orang tak betulkan, Pak?"

"Ah, kau ni. Bukan ubat tu. Yang kau beri tu, ubat racun tiga hari boleh mati--"

"Mati? DIAM SEKARANG OTHERWISE WE'LL FIRE ALL OF YOU." Polis pertama dah sedia acu pistol mengarah ke pak cik dan sekejap-sekejap pergi ke Iqbal, kejap-kejap pergi ke mak cik dan kejap-kejap pergi ke aku. Lah, sudah. Aku jugak yang kena.

"Sekarang Elephant dan Durian Musang King!" Tiba-tiba polis tu menjerit kuat bagai bunyi guruh membelah bumi. Dan sekelip mata...

Siung!

Dua lagi polis datang dan menembak sesuatu mengena pak cik, mak cik dan Iqbal. Serta-merta diaorang bertiga jatuh. Entah pengsan entah mati, aku pun tak tahu. Aku hanya ternganga. Ak... apa yang diorang tembak tu? Peluru betul-betul ke?

"Kamu!" Polis yang pertama tadi mengacu pula pistol ke aku buatkan aku berderau darah. Jantung mula berdegup lagi laju berbanding biasa. Peluh pulak mengalir lagi banyak daripada tadi. Tak... aku bukan geng diaorang. Aku bukan orang jahat!

"Tolong? Jangan? Tolong jangan? Ah jangan tembak saya!" Aku jerit kuat tanda betul-betul merayu. Mata aku dah pejamkan sedikit.

Sempat aku malu dengan kebendulan sendiri. Aish, masa sekarang ni jugak kena guna tatabahasa Melayu dengan betul. Cikgu aku pernah kata 'tolong' dengan 'jangan' tak boleh datang serentak dalam satu ayat tersebut. 

"Kamu ni geng sama diaorang atau sendiri-sendiri saja?" Polis tu soal aku. Dan alhamdulillah, dia dah mula turunkan pistol tu.

"Sendiri-sendirinya maksud apa, polis?" Dengar polis tu cakap macam ada loghat, biar aku join sekali ada loghat.

Aku tengok polis itu menggeleng kepala sambil pejam mata, dan ada jugak macam dengar dia cakap sesuatu. Tapi perlahan je bunyinya. Lepas tu dia pandang balik aku. "Orang jahat kah?"

"Sayakah?"

"Ha'ah. Kalau jahat, saya boleh minta ini Elephant tembak kamu." Polis itu tunjuk pada seorang lagi polis yang tembak pak cik tadi. Pfft, Elephant? Nama polis tu Elephant ke? Hahaha.

Aku cepat-cepat geleng kepala. "Tak, tak... saya baik orangnya, polis. Mereka yang kurung saya kat sini."

"Oh, rupanya. Okey. Musang King, sila bukak tangan dia yang kena ikat tu."

Datanglah seorang polis yang entah mungkin nama dia Musang King menghampiri aku dan buka ikatan lengan aku. 

"Terima kasih, Musang King." Aku baru sedar, aku pun terikut sama panggil dia Musang King. Dah tak ada panggil encik-encik lagi dah. Ah, termasuk ni dah tiga kali ke aku jadi bendul semacam. Ni mesti sebab ubat yang Iqbal cucuk pada aku tadi.

Cakap tentang ubat tu... Tu je ke kesan sampingannya? Macam tak logik je tu je? Aku expect kesannya lagi powerlah. Mungkin lagi teruk dari kesan ubat Syafiq tu sebab tak mungkinlah si Iqbal yang pendendam habis nak matey tu bagi ubat ringan-ringan je kat aku.

Ah! Sakit kepala lagi!

Baru je cakap, terus dah kena!

Serta-merta dunia aku yang sekelilingnya ada polis Musang King tadi terus jadi gelap. Dan aku berada di dunia aku sendiri...

xx

Cahaya silau yang menusuk masuk mata aku buatkan aku tersedar dari lena. Eh, macam mana aku tahu aku terlena aku pun tak tahu. Mungkin sebab aku dah baca skrip cerita Hanzerry.

By the way. Lepas aku buka mata, aku cuba toleh kepala perlahan-lahan ke kiri. Terkejut aku tengok ada Syafiq berbaring kat katil sana sambil pakai corong pernafasan.

Aih, dia dah kenapa? Bukan sebelum ni...

Kejap. Sebelum ni tadi aku buat apa ek? Kenapa tiba-tiba ada kat sini? Ni hospital kan? Kenapa tiba-tiba.

''Naim, kamu dah sedar?'' Suara tu buatkan aku menoleh ke arah dia. Rupanya abi.

''Kenapa saya kat sini, Abi? Ada apa terjadi tadi ke?'' Aku dah mula tayang muka pelik tahap gaban aku tu.

Abi tak jawab soalan aku. Dia hanya senyum dan geleng kepala. ''Abang rehat dulu. Nanti dah stabil Abi cerita.'' Abi angkat dari kerusi dan dia keluar dari wad yang menempatkan aku, Syafiq dan beberapa lagi pesakit lain. Pintu ditutup semula.

Pelik. Apa aku buat sebelum ni? Kenapa Syafiq pun ada sekali kat sini?

Ah! Aku ingat, ada seorang lagi yang aku kenal, yang mungkin patut ada di sini. Tapi siapa?

Siapa dia? Aku pasti memang ada seseorang tapi aku lupa.

Siapa?

Aku yang dari posisi berbaring tadi cuba pula untuk duduk. Penat sikit lah, tapi aku cuba. Lagi sakit kepala kalau bawa baring lama-lama.

Masa aku nak atur bantal untuk duduk, tiba-tiba pintu wad dibuka lagi. Abi dan seorang doktor masuk ke wad aku. Doktor lelaki tu menghampiri katil aku dan dia letak tangan dia kat dahi aku macam check orang demam.

''Tak demam.'' Doktor tu berjeda seketika lalu dia pandang aku. ''Saya rasa ada sesuatulah kat kepala dia. Dia tak demam, tapi simptom yang melanda dia patutnya buatkan dia demam.'' Doktor pandang pula Abi.

''Rekod kat sini pun kata antibodi dia okey, tapi bila kena penyakit ni antibodi dia becomes low. Dia ada kena apa-apa ke sebelum ni?''

Abi hanya diam. Dia pandang aku dan doktor pun ikut pandang aku.

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now