"Fiqa nak ikut!" sapa aku riang sebaik saja nenek bersiap dengan pakaian kebunnya.
"Banyak nyamuk kat sana. Betul nak ikut?"
"Nyamuk seko dua eko tak apa lah Nek. Dah biasa, hehehe! Kat depan rumah Fiqa banyak lagi benda tu." Aku mengangguk dengan yakin sambil ketawa kecil.
"Apa-apa kamulah. Jom!" Parang yang sedari tadi tersandar di pintu utama, nenek ambil dan sarungkan. Nenek turut memberi aku sepasang kasut boot yang selalu orang pakai bawa ke kebun.
Sebaik tiba, aku terpegun sesaat. Wah... tidak ku sangka!
Bertapa lainnya keadaan kebun ini dari yang ku sangka!
Banyak pokok pisang, banyak pokok betik dan ma shaa Allah ...!
Banyaknya sarang tebuan!
Ah, sudah. Habislah aku!
🙈
"Kan nenek dah pesan, tak nak dengar." Nenek tidak henti-henti memarahi aku walaupun sekali-sekala terdengar aduhan kecil nenek kerana disengat tebuan tadi.
Masa aku nak ambik parang yang nenek tinggalkan kat pokok kelapa, tiba-tiba seekor cicak jatuh kat bahu. Apa lagi, jerit sakanlah Allahu Akbar! Cicak tau!
Kalau aku tahu cara nak bunuh cicak, memang dah bertegur sapa dengan ajal si cicak tu. Geram aku!
Secara tak sengaja, aku melompat kecil. Tak perasan ada batang kayu entah kayu apa, membuatkan aku jatuh terduduk ke belakang. Paling parah, sebaik aku terduduk, badan akku menghentak pokok di belakang aku tu!
Zup!
Rasa seperti sakitnya belakang badan aku terhentak batang pokok yang keras. Tapi yang 'zup' tu bukan bunyi badan aku, itu bunyi ada 'benda' sedang terbang berhampiran aku.
Tahu apa?
Tebuanlah! Tiba-tiba dia terbang kawasan ni apahal? Tak fasal-fasal sebab aku jatuh tadi membuatkan si tebuan tu terkejut. Dan serta-merta dia terbang mengejar aku. Aku berlari tanpa kira bertapa semputnya, sakitnya dada aku sekarang.
Dahlah kena jumpscare oleh si cicak, tak cukup dengan tu... kena dengan tebuan lagi! Kau nak apa lagi writer? Tak cukup ke men'seksa'kan aku?
Hanra: la, rilek la. kau kan watak cerita je, KAMON la.
"Eh, Dara! Apahal berlari?" Tegur nenek yang muncul dari kawasan kebun pokok pisang.
"Nek! Tebuan! Tebuan!" jerit aku cemas. Aku tidak berani menoleh belakang. Yang penting aku kena laju lagi dari serangga kecil-kecil cili api itu.
Nenek serta-merta melompat ke belakang aku, seolah-olah menghalang tebuan itu dari mengejarku. Dan reaksi si tebuan itu seperti yang ku sangka, ia lantas menyengat kaki nenekku.
Walau begitu, oleh kerana nenek ada membawa bekas takungan air, dia segera menekup tebuan dengan bekas itu. Kemudian, nenek terus membawa aku lari keluar dari kebun ini walaupun kakinya baru saja disengat sebentar tadi. Kami berpegangan tangan berlari bersama.
Masjid yang baru dibina menjadi destinasi arah tuju kami berdua. Sebaik saja tiba di pekarangan masjid, nenek memperlahankan langkahnya. Beliau duduk di tangga kecil yang bertempat di sebelah rak selipar. Tanganku dilepaskan.
Ya Allah , pasti kaki nenek sakit. Aku memandang nenek dengan riak wajah risau.
"Nenek okey?" soalku takut-takut. Selepas ini, pasti aku akan dilarang lagi untuk ke kebun nenek.
"Tak apa, yang penting kamu okey." Nenek keluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Itu ialah alat pengumpil.
Perlahan-lahan, nenek menyinsing seluarnya ke aras bawah lutut. Nenek tarik pundi sengat yang ada di kakinya itu menggunakan pengumpil tadi. Aku tidak sanggup tengok apa akan jadi lepas tu. "Tolong ambilkan nenek air."
YOU ARE READING
Kambing On Nut ✓
Teen Fiction𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘒𝘈𝘔𝘖𝘕, 2020 Melihatkan sekeping gambar itu, cukup mengingatkan aku tentang seseorang. Peristiwa 10 tahun lalu masih segar bugar di kepala. Bagaikan sebuah layar filem yang sentiasa dimainkan. Gagal melindungi dia, bermakna...