3~🙈

86 38 23
                                    

"Ah... bukan, aku bukanlah Aliya. Aku bukanlah Alicia. Aku manusia..."

Kelopak mata perlahan-lahan dibuka. Silau cahaya menusuk dalam dan aku rasa pupil mata aku tengah mengecil sekarang kerana kehadiran cahaya itu.

Apa tadi tu? Aku mengigau lagi ke? Huwarggh!

Aku menggeliat. Tangan diregangkan, dan aku buka mulut seluas-luasnya. Ep! Menguap tak boleh besar-besarlah, Fiqa.. nanti syaitan masuk. Kalau Ummi ada sekarang, mesti dah disumbat kusyen cupcake pink ni dalam mulut aku.

Aku pandang tingkap, yang langsirnya terselak sikit. Cahaya matahari masuk menerangi meja dan dinding bilik aku.

Oh... dah pagi... Akhir betul bangun hari ni. Alhamdulillah dapat bangun. Alhamdulillah, Allah Subhanahu Ta'ala masih beri peluang untuk aku, seorang hamba pendosa. Ya Allah , kasihNya Dia pada kita... Ma sha Allah , semoga hari ni lebih baik dari semalam... amiin.

Jam di atas rak sebelah katil dipandang dengan hujung mata. Pukul enam setengah.

Eh?! Enam setengah! Ya Allah! Aku lambat solat Subuh! Aku lambat solat Subuh! Astaghfirullahal'azim!

Lantas aku berlari ke tandas, tapi oleh sebab tak perasan ada beg sekolah aku di lantai, akhirnya aku jatuh tersembam mencium lantai. 

Sakit gile!

Pengajarannya, beg sekolah letak tepi. Jangan letak tengah jalan.

🙈

Aku duduk termangu di depan tingkap. Tangan kanan menongkat wajah. Pandangan kelam dilontarkan pada burung di pokok depan rumah aku.

Comel.

Alahai, Fiqa. Fokus! Secomel-comel burung tu tak akan buat kau lulus matematik bulan depan.

Hm, yelah. I guess you're right, myself.

Kemudian, aku kembali pandang buku latihan yang dah sedia terbuka di atas meja. Setiap helai kertas diselak perlahan-lahan. Merah, merah dan merah. Merah lagi.

Bukannya merah sebab semua jawapan aku betul dan bertaraf gred A. Tapi sebaliknya, semua merah sebab jawapan aku semua salah. Di sana sini tertulis pangkah secara besar-besaran. Di sana sini tertulis jawapan pembetulan.

Kalau dibandingkan buku aku dengan buku Nadhirah, confirm buku aku paling banyak tanda merah. Dah macam pesta Tahun Baru Cina aku tengok.

Matematik.

Kenapa dia wujud kat dunia ni? Hue hue hue.

Kepala aku terasa pening. Kelajuan ia berdenyut mengalahkan lompatan kanak-kanak ribena. Aku urut pelipis. Mungkin sebab aku tidur akhir semalam.

"Pukul 11 malam? Kira akhirlah tu kakak abang oi. Kalau tidur pukul 11, kau bangun pulak pukul 5 pagi. Tujuh jam je tu. Dan untuk seorang pelajar, 7 jam tu tak cukup. Memori tak cukup rehat. Lagi-lagi kau ni penghafaz surah-surah Al-Quran kan?"

Kata-kata arwah nenek menusuk dalam hati. Kenyataan itu iya, betul dan benar. Apa yang beliau kata semua untuk kebaikan aku. Tapi aku buat tak tahu.

Pening! Aku meraup wajah. Pening, pening. Kenapa sekarang baru aku terfikir?

Ya Allah , aku pinta buatMu supaya ringankan tubuh badanku untuk melakukan ibadat hanya keranaMu ya Allah .

Sekali lagi, aku menyelak buku latihan matematik. Kali ini sebab aku nak siapkan tugasan yang Cikgu beri semalam. Apabila sampai di helaian kosong, tangan aku berhenti menyelak.

Kemudian buku teks pula diselak sehingga muka suratnya. Soalan matematik bab 2 tambah merumitkan dan menyempitkan fikiran aku yang sesak ni. Dengan malasnya, aku salin balik soalan di dalam buku latihan. Bila tiba soalan keempat, terus buat aku rasa macam tertelan muntah raksasa.

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now