12~🙈

43 24 24
                                    

Nasib baik kena denda tadi, tak ada kelas lain tengok. Kalau tak, malu aku.

"Naim..." Firash baru je nak cakap dengan Naim tapi Naik terus potong.

"Aku bukan Naim. Aku Hazman." Haha, nak gelak ke nak nangis ni? Mana lah orang tahu dia ni split personality selepas bersin sebab kena gesel kucing. Dahla lepas nama Naim, jadi Azim. Pastu jadi Hazman. Hazman tu siapa pulak?

Dari mana datang nama tu? Pening aku dengan sikap dia ni.

"Oh ye ke..? Hazman?" Dahi Firash nampak berkerut.

"Azim. Panggil je Azim," tegasnya.

"Aik? Nak panggil Hazman ke Azim?" Aku pulak sakit kepala lihat telatah mereka berdua. Itu baru aku. Agaknya macam manalah reaksi Firash yang sedang tanya soalan tu.

Lama juga aku tengok diorang sehingga mereka habis perbincangan. Selepas tu, Naim tiba-tiba pandang aku.

"Kenapa tengok saya macamtu?"

Euw. Guna saya lagi. Macam tau-tau je aku tengok dia.

"Taklah. Aku bukan tengok kau, aku tengok aa... tu... burung tu! Ahahaha..." Aku tunjuk arah tingkap di sebelah sana. Burunglah sangat, mana ada burung? Kosong je tu.

Azim yang bendul tu pun tengok jugak. Selepas dia tahu tak ada burung kat situ, dia pandang aku balik.

"Takde burung pun, Syafiq?" soalnya ghairah. Hahaha, itulah kau Fiqa. Pandai-pandai je kelentong dia ni.

Lama dia tunggu jawapan aku, tapi aku biarkan soalan tu berlalu pergi. Tak cukup dengan aku tipu, aku palau pulak Azim. 

"Er...oi. Aku nak tanya, nak panggil kau apa?" Muka tak malu betul tanya soalan budak darjah dua ni.

"Azim jelah." Dia layan jugak eh walaupun tadi aku palau dia.

"Apa nama penuh kau?" soalku. Aku hairan dengan Naim ni.

"Nama awak?" soalnya. Orang tanya dia, dia tanya kita balik. Memang masuk air.

"Syafiqah Syahira."

"Ohhh..."

"Kau pulak?"

"Mana boleh beritahu."

Eleh, berahsia pulak dengan kita. Susah-susah aku jawab, boleh pulak dia 'mana boleh beritahu'. Aku teringin nak tau wei, apa nama penuh dia.

Apa dia ingat dia jawab camtu, aku putus asa erk? Eh takdelah. Lagilah aku naik kepala jadinya. Kan aku pernah kata, kalau aku nak sesuatu tu, aku akan berusaha untuk dapatkannya selagi tak langgar peraturan. Macam kali pertama aku jumpa dia. I mean... Naim, bukan Azim.

Haa... jadi, aku pun segera melaksanakan rancangan licik aku. Sedang si Azim pandang luar bagai tercari-cari burung yang tak wujud tu, aku ambil peluang dengan menarik sikit demi sikit hujung buku latihan dia.

Sikit lagi...

Sikit lagi..

And yes! Dapat!

Aku tanpa membuang masa, terus baca nama dia yang tertera di atas buku tu. Tetapi... rasanya usahaku tadi sia-sia..

Nama: Naim

Kelas: 4 KAA

Matapelajaran: Acc

Guru Matapelajaran: -kosong-

Serius? Ni je dia tulis kat buku latihan? Dahla nama pendek, tak tulis nama ayah! Pastu boleh pulak tak tulis nama cikgu? Kalau Cikgu Sia tahu ni, mesti mengamuk dan mampus dia!

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now