15~🙈

48 23 25
                                    

Ya Allah , berilah aku kekuatan untuk masuk ke kelas ini.. 

Hati tidak henti-henti berdoa, semoga segala urusan aku dipermudahkan.  Bukan apa, sekarang aku takut sangat-sangat nak masuk kelas sebab dua hal. Satu, hal Syafiqah Umairah. Aku takut satu kelas blame aku serentak. Dibaling french fries cun kena muka, ataupun kena buli dengan diaorang letak banyak-banyak kertas yang direnyuk atas meja aku. Kan naya tu?

Dua, aku bukan takut tapi malu. Seganla bila Naim perasan aku husya dia lama-lama.Rasa malu pulak nak masuk kelas sekarang. Harap Naim tak fikir bukan-bukan. Dahla pandang aku balik. Manalah aku tak malu?

Aku melangkah perlahan masuk ke kelas. Suasana dalam kelas amat menyeramkan. Seluruh mata-mata tengok aku tajam. Erm, abaikan je Fiqa. Diorang is manusia, so fahamlah kenapa diorang camtu.

 Tempat duduk Naim sempat aku jeling.

Kosong.

Maknanya dia belum masuk lagi. Fuh, selamat.

Aku berjalan ke tempat duduk sendiri dengan kekok. Punggung dilabuhkan, dan pandangan terus menunduk di meja sendiri. Berdebar jantung aku, seperti kelajuan cheetah mengejar burung gagak. Terlalu berdebar.

Ada sekeping sticky notes yang dilekat atas meja, dan aku ambil.

"Fiqa, don't worry. Syafiqah has became conscious"

Alhamdulillah. Nafas ditarik dan dihembus dengan lega. Syukur. Aku pandang Nadh yang duduk depan aku dan tersenyum di sebalik mask. Thanks sebab memahami.

Tok-tok, meja diketuk. Aku angkat muka.

"Hell you, this is my place." Sya- Syafiqah Umairah? Dia- dia dah sedar?! (jap, dia kata hey ke hell kat aku tadi?)

Kepala dia berbalut suku. Pandangan dia tajam pada aku. Ser-am. Tapi ni bukan tempat dia...? "Err... sorry kitak, err... tok tempat dudok kamek."

Dia pandang aku sinis.

"Maaf, apa maksud awak?" Owh ya. Lupa aku dia tak faham bahasa Sarawak.

"Err... ni tempat saya..." Aku angkat muka dan tatap wajah miliknya. Dahi aku sengaja dikerutkan.

"Oh... lain kali cakap la bahasa Melayu je ye? Sebab aku memang tak faham bahasa korang." Dia tersenyum sinis lagi.

Aku ternganga. Dia baru je guna 'aku kau' dengan aku tadi kan?

Sekarang memang aku akui aku rasa bersalah sebab buat kepala dia berbalut, tapi..

wow, nampak macam hari pertama dia dah tunjuk taring ye? Ingat aku takut? Dengan kawan lain dia sopan, tapi kenapa dengan aku pula dia kasar?

Sebab kau hentam kepala dia lah tadi, Fiqa!

Eh ye, lupa aku. Shh! Sabar Fiqa. Kau tak boleh tunjuk kuku dulu sekarang. Husnuzhon, husnuzhon.

"Oppa!" Syafiqah tiba-tiba menjerit. (By the way, rasa janggal pula panggil nama sendiri.)

Oppa?! Siapa? Aku toleh ke arah orang yang Syafiqah budak baru gelar oppa. Bukan aku seorang je pandang, kawan lain pun sama.

Pit! Amaran! Pit! Amaran! Sembunyikan muka anda sekiranya tidak mahu menahan malu! Sensor otakku berbunyi.

Mataku terbuntang besar. Pipi dah mula blushing. Sebab apa? Sebab kejadian kat surau yang berlaku tadilah.

Naim ke yang Syafiqah maksudkan oppa tadi?

Naim yang tercegat sekejap di depan pintu, melangkah masuk ke kelas dengan muka dia yang nampak macam tak puas hati. Dia tak jadi ke tempat duduknya sebaliknya pandang aku dan Syafiqah silih berganti. Muka dia terus berubah jadi panik, macam kami ni ialah pontianak yang datang menuntut bela.

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now