🌸 | Di bawah disertakan glosari sebagai translater bahasa. Selain itu, Hanz sertakan juga di ruang komen sebagai translater juga. Jika takrang tak faham, boleh rujuk dibawah sekali dan di ruang komen. ❤
Pandanganku kekal pada pemandangan cantik di Sungai Sagitu, menyeberanginya melalui Jambatan Darul Iltizam, iaitu jambatan goyang-goyang kat sini. Makin ramai orang kat sini, makin bergoyang jambatan ni.
Waterfront Edge...
Taklah meriah sangat, tapi tenang je kat sini.
Termasuk tahun ni, dah sembilan kali aku jejak Bumi Kenyalang ni sejak pulang ke Selangor. Setiap kali aku pergi sini, ia mengingatkan aku peristiwa 10 tahun yang lalu...
Tujuanku hanya satu.
Aku tak tahu. Aku rasa macam... aku memang cari sesuatu. Tapi aku tak tau apa benda tu.
Sesuatu... ataupun, seseorang...?
"Pin! Pin!" Bunyi hon mengejutkan aku. Aku toleh belakang. Ouh, GRACK dah sampai rupanya. Ingatkan pencuri kejar polis tadi.
Aku pun berdiri lantas masuk ke dalam badan kereta ni. Dalam perjalanan, aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Persekitaran kawasan ni dah banyak berubah.
Sejak berlaku peristiwa tu...
"Dah sampai. Kitak boleh turun." Pemandu GRACK memberhentikan kereta di depan pagar.
"Makseh, Pak Cik." Memandangkannya cakap Sagitu, apa salah aku cuba jugak? Aku tersenyum lalu memberi duit kepadanya.
Aku keluar dari perut kereta dan terus menuju ke pondok guard. Kelihatan seorang pak cik berbaju putih melambai dan memberi salam. Aku membalas salam itu.
"Naim buat apa kat sini?" Setelah minum satu dua teguk, Pak Raz tanya. Mukanya berkerut sikit menambahkan kerut di dahi. Semakin tua dah pak cik ni. Lama dah aku tak lawat dia.
"Saja nak tengok sekolah ni. Masih macam dulu." Aku memandang bangunan yang tersergam megah depan kami. Pelik... walaupun 'kejadian tu' dah berlaku, sekolah ni masih lagi selamat.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sebiru Langit.
"Ouh. Ada seorang ni dia macam kamu jugak. Kalau kamu lawat sini setiap tahun, dia dahsyat lagi. Dia lawat setiap hari," balas Pak Raz selamba. Aku kembali tengok pak cik ni dengan muka terkejut.
"Siapa?" tanyaku sedikit cuak.
"Budak perempuan. Pak cik tak kenal dia, tapi dia selalu lawat sini." Seraya itu, jari Pak Raz menunjuk ke arah seorang gadis yang berdiri tak jauh dari pondok ni. "Itulah budaknya. Kawan kamu ke?"
Hmm? Macam kenal...
"Naim keluar jap, nak tengok." Aku terus keluar dari pondok itu, memerhati gadis yang terpacak berdiri kat depan pagar sekolah. Aku rabun. Tak nampak sangat muka dia. Tudung, baju, dan seluar semua putih. Dari tadi dok tengok sekolah. Pakai baju semua putih, buat orang sekali pandang terus ingatkan pocong.
Aku pun bergerak ke depan sikit supaya jelas nak tengok. Perempuan tu sedar aku tengok dia sebab dia pandang balik aku. Alamak, dia tau ke? Itulah kau Naim, pandang tu cover la sikit!
Tanpa sebarang amaran, dia terus meluru ke arahku. Aku rasa nak lari je dari sini tapi kakiku tak dapat gerak. Aduh... nak buat apa eh? Ermm... acah-acah pandang kasut jelah. Setelah beberapa ketika, bunyi kakinya melangkah terhenti. Aku jadi terkedu sendiri.
Diam... diam.. punyalah diam... lama jugak kitorang diam. Oleh sebab aku kekok, aku terus angkat wajah.
Satu saat...
YOU ARE READING
Kambing On Nut ✓
Teen Fiction𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘒𝘈𝘔𝘖𝘕, 2020 Melihatkan sekeping gambar itu, cukup mengingatkan aku tentang seseorang. Peristiwa 10 tahun lalu masih segar bugar di kepala. Bagaikan sebuah layar filem yang sentiasa dimainkan. Gagal melindungi dia, bermakna...