23~🙈

35 11 4
                                    

Pen berdakwat itu bagaikan menari-nari di atas helaian kertas yang diguna. Tangan aku menulis dengan teliti setiap bait-bait kata. Ada kala ketika, aku angkat wajah untuk mencari fikiran. Kemudian kembali menundukkan kepala lalu menyambung penulisan yang tergendala tadi.

"Susahnya nak susun ayat cantik-cantik. Aku bukannya penyangak- eh, penyair pun nak tulis-tulis camni." Dan akhirnya, buku itu dibiarkan sahaja terbuka luas.

Dah tak ada idea. Kosong. 

Syafiqah Umairah masuk ke kelas. Dia pandang aku tajam dengan mata sepet dia tu. Sekarang hanya kami berdua baru datang.

Nak tegur dia ke tak? Erm, takpelah. Aku... segan dan takut...

Aku sambung tulis ayat pickup-line. Ayat ni untuk aku letak kat Message Board tulisansofia nanti. Cerita dia best! Lagi-lagi si Xukun yang kacak bergaya tu!

Ok, ok, stop dreaming. Hehe.

Sedang aku berangan tentang Xukun, tiba-tiba macam ada bayang muncul atas meja aku. Macam ada orang berdiri tepi meja aku. Aku angkat muka untuk kenalpasti siapa itu. Aku harapkan itu ialah manusia, bukan makhluk Allah Subhanahu Ta'ala yang lain.

Oh. Syafiqah budak baru rupanya. Kepala dia dah tak berbalut lagi... hurm, dah okey ke tu? Semalam dan hari ni dia datang sekolah. Dia tak rehat kat rumah ke? Parah kut kepala dia cedera tu.

"Err... hai." Aku mula gugup, dan tak berani tatap dalam-dalam anak mata dia. Syafqah budak baru masih lagi pandang aku dengan pandangan menikam.

"Aku dengar... kau dan Naim, rapat?"

BAM! Soalan tu buatkan aku rasa macam jatuh tergolek-golek dari puncak Gunung Kinabalu. Hal Naim lagi. Pleaselah, jangan tanya hal remeh tu.

"Wak, betul... saya dan Naim tu tak ada apa-apa pun. Kitorang baru je kenal," kataku dengan nada sedikit sayu. Biar dia betul-betul tahu yang aku serius.

Tak lama kemudian, aku tepuk dahi. Nak kata bendul, tak jugak sebab aku memang pandai.

Kenapalah aku jawab 'kitorang baru je kenal'. Kalau aku kan, dengar je ayat camtu, memang predict yang diorang memang akan berkenalan astu startlah jalinkan hubungan. Memang wujudkan salah faham. 

"Heh, yelah tu. Padahal kau tipu kan? Mesti kau terpikat dengan sisi sebenar Naim kan?" soalnya lagi sambil senyum sinis. Bertambah kerut dahi aku.

Maksud sisi sebenar dia yang Naim jadi Azim ke? Huh, tak betul tak betul. Dengan sisi Azim tu, aku separuh gila tau tak layan dia?

Tubuh Naim yang tiba-tiba muncul di depan pintu kelas membuatkan Syafiqah terus balik ke tempat duduk dia. Naim pula berjalan ke meja dia lantas beg diletakkan di atas meja. Dia pandang aku sebelum duduk di kerusinya.

"Kau masih marah ke?" tanya Naim. Aku membisukan diri. Dalam sanubari berkira-kira nak jawab soalan tu. Nak jawab ke tak? Nak jawab ke tak?

Dan akhirnya, aku memilih untuk terus diam. 

Apabila tengok aku diam, Naim bersuara untuk memecahkan keheningan situasi sekarang. "Maaflah, aku tak sengaja-"

Suara Naim menyinggah cuping telingaku. Aku terus lari keluar dari kelas.

Dah, dah, dah, masa dah nak sampai. Aku nak ke tandas, bye.

Huhuhu... BYE, SORRY AKU TAK KUAT.. AKU TAK MAMPU.. SORRY SEBAB TAKUT NAK MAAFKAN KAU..

Aku berlari menuju ke tangga hujung. Tangga puaka tempat pertemuan aku dengan Gamat tak guna.

Ke- kenapa aku emotional sangat ni? Melalui nada suara dia, aku dapat rasakan yang dia rasa bersalah. Mungkin... dia nak minta maaf ke?

Aku tepuk dahi lagi. Ya Allah , bendulnya aku. 

Kalau betullah dia memang nak minta maaf, aku takkan langkah masuk lagi kelas 4 KAA. Malu. Sebab kesalahan dia yang carut aku je, tu pun aku berkira? Sorry.. ego aku melangit tinggi...

Bila difikir balik, semua orang akan sebut cake kan? Terpulang dengan diorang nak sebut ke, nak carut ke, nak sumpah ke. Semua manusia tak sempurna pun. Perkataan-perkataan tu memang takkan lari dari mulut diorang. 

Termasuk Naim.

Tapi itulah, lain kali nak kutuk aku gunalah bahasa carutan yang lain. Ni guna cake, memang la aku kecik hati sebab aku ni manusia bukan kerbau.

Dia pun manusia. Lainlah kalau dia tu malaikat. Tak buat salah apa-apa. Malaikat yang dicipta dari cahaya memang akan taati perintah Allah SubhanAllah Taala.

Allahu Akbar.

Kenapa aku sensitif sangat ni? Ya, aku tau aku ni lemah. Walaupun mungkin nampak kuat dan tabah. Tapi sebenarnya tu semua hanyalah sebuah lakonan.

Ya, lakonan.

Hati aku sangat mudah terluka dengan kata-kata orang. Lagi-lagi aku ni seorang perempuan. Lagi-lagi aku ni seorang pengawas sekolah. Banyak sekali dugaan aku kena tempuh selama memegang identiti ni.

Kalau boleh, aku nak lupakan all the problems that I've faced before. Pekakkan diri bila ada orang kutuk-mengutuk. Buat macam tak tahu apa-apa. Dan husnuzhon dalam semua perkara.

Hanya ini dijadikan pegangan tatkala dilanda kesedihan. Pedih, sakit dan bisa.

Orang lain tak tahu. Tapi Allah tahu.

Aku yakin. segala yang berlaku memang ada hikmahnya. Mungkin sebagai ganjaran atas kelakuan baik aku. Ataupun sebagai sebuah kaffarah atas benda buruk yang aku pernah buat. Naudzubillah min zalik.

Air mata yang mula menitik sikit demi sikit aku lap dengan hujung lengan.Sedih bila kenangkan balik benda yang pernah berlaku kepada aku.Sedih apabila diri ni terlalu lemah. Sedih apabila diri ni mula berubah.

 'Allah uji sebab Dia sayang, jadi jangan mengalah tau!' Terasa seperti bayangan diri sendiri pula bercakap, yang sedang berdiri depan aku. Seorang klon Syafiqah Syahira.

Perasaan sedih mula mengundur. Alhamdulillah, aku berjaya mengubati diri aku. 

Dah, jangan sedih. Cuba senyum sikit, barulah manis. Aku patut kembali ke kelas sekarang. Kelas dah nak mula. Aku pun patah balik ke belakang, dan menaiki tangga.

"Eh, kita jumpa lagilah awak~" Satu suara yang macam kenal menegur. Aku pandang si empunya suara.

Gulp!

Ga-Gamat? Mati aku. Mana sempat nak panggil Fisa sekarang. Aku elak untuk pandang straight mata dia lantas cepat-cepat lari ke atas.

"Eh, nak pergi mana tu?" Malang bagi aku apabila lengan baju aku ditarik kasar dari belakang, dari tangga bawah. Aku yang baru nak naik tangga, terundur sedikit dan terus jatuh beberapa buah anak tangga.

Aduh, sakitnya bukan kepalang! Sah aku tak dapat bangun-bangun lagi balik rumah nanti.

"Padan muka kau jatuh. Siapa suruh lari dari aku?" Gamat bentak garang. Dia hampiri aku. Kedudukan tubuh dia di hadapan aku menyukarkan aku untuk melarikan diri. 

Rapat 20 cm ni. Aku kira rapat ni.

Apa... dia nak buat? Dengan keadaan aku yang sakit sekarang, mustahil aku boleh tendang dia.

SAK! Aku cakar muka dia dengan kuku. Kebetulan kuku aku separuh panjang,

"ARGH!" Dia mengerang sakit dan terduduk. Aku tak hiraukan Gamat, aku pandang tangan kanan aku.

Pelik. Apa aku baru buat tadi? Tindakan aku spontan dan aku tidak sedar yang aku akan terus mencakar... Macam terlalu tiba-tiba..apa jadi ni?

"Hoi! Apa korang buat tu?!"

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now