Tulisan yang di'italic' tu maknanya flashback tau. =D
"Huks, sob... uuu..." Air mata dilap dengan kasar menggunakan lengan. Rambut yang keluar sehelai demi sehelai, segera dimasukkan balik ke dalam tudung. Angin senja bertiupan tidak dihiraukan. Cahaya matahari yang mula tenggelam, menyinari langit di petang hari.
Memang indah.
Tapi buat masa sekarang, aku rasa semua tu bukan penting.
Aku... aku tak percaya. Betul ke apa yang Ummi kata tadi?
"Dah... tiba masanya... Ummi beritahu perkara sebenar..."
"Perkara sebenar? Apa...?" Aku cepat-cepat labuhkan punggung di sebelah Ummi.
Ummi sapu sekejap mukanya yang basah, bunyi tangisan esak masih kedengaran. Ya Allah , kenapa Ummi sedih sangat ni? Apa yang telah menimpa Ummi?
"Ummi mintak maaf sangat-sangat sebab rahsiakan dari Fiqa. Ummi tak maksudkan pun... maafkan Ummi, Fiqa..." Sambil berkata itu, di tangan Ummi terdapat sekeping gambar. Dan gambar itu didekatkan ke aku lalu aku mengambilnya.
Aku berkerut.
Gambar itu diterbalikkan. Kelihatan wajah seorang perempuan sedang tersenyum manis, duduk di sebuah kerusi.
"Si-siapa tok, Ummi...?" Mataku tak terkedip memandang gambar tu.
"Itu... Suwaizah Amani, ibu kandung Fiqa."
Prak! Cawan di atas meja pecah, dan air teh terpecik di lantai. (drama Melayu gais. Aku yang terbuatnya tu.)
"Apa?"
Batu kecil yang berterabur di atas jalan, disepak sehingga masuk ke dalam longkang. Aku perlahankan langkah sambil termenung. Wajah dihadapkan ke langit.
Sungguh... rahsia apakah ini?
"Kalau tok ialah ibu Fiqa, jadi... Ummi tok siapa?" Kaca yang berterabur, aku kutip perlahan dan letakkan di atas meja kopi.
Muka Ummi nampak terkejut dengan reaksi aku.
"Maaf... Ummi, cuma ibu angkat Fiqa."
Mata aku tak terkelip. Terlalu terkejut.
"Sebab yalah, Ummi minta Fiqa pakai tudung walaupun berada di rumah sendiri. Maaf... Fiqa."
Mulut katakan tidak, tapi hati katakan ya. Aku tarik nafas dengan bergetar-getar. Kedua tangan digenggam erat
"URGH! AKU TAK TAHAN! HUHUHU..."
"Dia tak ada sibling. Sebab itu dia luahkan segala kat Ummi dan kawan Ummi. Kiranya, kami bertiga bestfriend. Cuma jarak umur dia dan Ummi ialah tiga tahun. Semasa dia 20 tahun, Ummi dah 23 tahun."
YOU ARE READING
Kambing On Nut ✓
Teen Fiction𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘒𝘈𝘔𝘖𝘕, 2020 Melihatkan sekeping gambar itu, cukup mengingatkan aku tentang seseorang. Peristiwa 10 tahun lalu masih segar bugar di kepala. Bagaikan sebuah layar filem yang sentiasa dimainkan. Gagal melindungi dia, bermakna...