35~❤️

10 5 2
                                    

Waktu yang aku tunggu-tunggu, sudah tiba. Umi dan Ayah sudahpun balik. Pukul enam petang.

Aku duduk di sofa ruang tamu. Punggung Afiq ditepuk  berkali-kali. Kalau tak buat macam tu, dia memang tak boleh berhenti nak terkam muka aku.

Afiq terus tarik tangan aku dari badan dia. Dia pukul paha aku. Pipi dikembungkan.

"Abang ni jahat! Tak nak geng!" Sekali lagi, paha aku menjadi mangsa pukulan budak kecik ni. Tak sakitlaa.

Afiq terus turun dari pangkuan aku. Mungkin merajuk. Dia hampir terjatuh, tapi sempat bergolek-golek sampai ke kaki Umi.

Melalui bunyi 'Nyak!' yang dihasilkan  Fiqa (adik aku la), tahulah aku bahawa Umi dah sampai di depan aku. Aku angkat muka. Umi terus duduk di sofa, manakala Fiqa yang dibawa Umi tadi pula terus ke Afiq.

"Umi, Nadiy nanti bila dia balik?" soalku.

"Minggu ni rasanya. Nanti Umi minta confirmation dia." Umi tarik kaki patung Stich milik Fiqa sehingga ia sampai di bawah meja kopi. Fiqa yang duduk di sebelah Afiq, terpaksa berlari anak untuk ambil balik patung itu.

Aku rasa tujuan Umi buat macam tu mungkin sebab nak Fiqa tu selalu berlari. Kalau tak, mesti dia mula menggemuk. Sebab dia makan banyak, main banyak... tapi dia malas berlari.

Hahaha! Kelakar pulak tengok budak tu berlari macam tak cukup kaki.

"Ooo.." Aku tersenyum.

"Kenapa?"

Aku geleng kepala. "Tak ada, tanya je."

"Naim.. macam mana dengan hal Naim tu? Dah okey?"

Ha? Huuh.. gugup. Dub! Dab! Dub! Dab!

"Alhamdulillah, dah okey Umi. Cikgu Auliya dah percaya yang kami dianiaya."

"Alhamdulillah. Macam mana Cikgu tahu? Dah jumpa bukti ke?"

"Ha'ah. Cikgu ada tunjuk gambar. Gambar tu gambar seseorang yang ambil gambar Naim hari tu." Aku berhenti berayat. Sungguhnya, hal itu bukanlah keutamaan aku menunggu masa Umi balik.

Sebab ada hal lain yang lagi penting, yang aku nak cakap pada Umi.

Umi tersenyum sekejap sebelum tumpuannya beralih ke Fiqa dan Afiq.

Tiba-tiba seperti ada arus elektrik macam palam kipas rosak mengalir di badan aku. Aku berdebar ya amat.

Patutkah aku beritahu sesuatu yang aku belum sahkan?

"Umi..." Aku panggil perlahan. Umi yang sedang tarik lagi kaki stich  menghentikan tindakan itu. Umi terus pandang aku.

"Ya, Abang?"

Aku lepaskan nafas yang berat.

"Umi.. Abang rasa, Abang dah jumpa adik."

❤️

"ONIICHAN!" Suara adik lantang menjerit.

"Adik! Urgh- lepaskan akuuu!" Aku cuba jerit sekuat-kuatnya. Tapi akibat tangan aku masih ditahan oleh dia, suara aku bagaikan tersekat di kerongkong.

Susah nak menjerit dalam posisi begini. Kedua-dua tangan aku ditahan dari belakang.

"Lepaslah!" Jerit aku lagi. Aku tidak putus-putus untuk melihat hadepan.

Adik aku... Dia sedang dibawa oleh kakak yang tidak dikenali itu siapa. 

Urgh! Itu tak penting, tapi adik aku  dalam bahaya!

Siapa diorang sebenarnya? Apa yang diorang nak buat pada adik aku?

Ish, abang ni! Lepaskanlah tangan aku! 

Aku cuba pijak kaki kanan dia. 

"Auch, sakitlah! Kau ni budak! Nama je budak, tapi berat MACAM BADAK!" Pegangan abang itu pada tangan aku mula longgar sedikit. Kesempatan itu aku ambil untuk tolak badan dia.

Aku pusing badan ke belakang, dan tubuh abang yang besar itu aku tolak dengan sekuat hati.

Dia terjatuh.

Tanpa menunggu dia berdiri, aku terus berlari menghampiri kakak yang bawa adik aku.

"Lepaskan adik aku!" Aku jerit lagi, mengharapkan dia betul-betul akan lepaskan adik aku tapi--

Duk!

Aku terjatuh. "Sa.. sakit-" Aku mengaduh sambil memegang buku lali. Apa ni... seliuh ke?

Rupa-rupanya abang itu sudahpun berdiri. Dan dia sempat step kaki aku menyebabkan aku terjatuh.

"Jangan mimpi kau dapat adik kau balik! Blahlah!" Tubuh aku ditolak lagi sekali, dan aku terbaring sudah. Tak mampu bangun, sebab... urgh- sakitnya...

Apa yang aku mampu buat hanyalah memerhatikan adik aku dibawa keluar dari rumah oleh orang asing dua orang ni.

"Ber-berhenti..." Mulut aku mula bergegar. Terasa hangat di mata, dan akhirnya air dari mata aku tumpah juga...

"Sekali lagi... aku... gagal..."

Tubuh adik aku itu aku pandang dengan hampa. Dia memang tidak mampu untuk berlawan dengan dua orang dewasa itu. Kalau aku tak dapat, apatah lagi dia?

"O- ONIICHANN!" Jeritan terakhir itu bagaikan bergema di kepala.

"Hah?!" Lantas aku bangun dari posisi baring.

Huh.. huh, huh, huh...

Seluruh muka aku raba. Berpeluh-peluh. Aku pandang siling. Ada kipas angin.

Pandang sebelah kanan, ada meja belajar.

Pandang sebelah kiri, ada tingkap bilik aku.

Pandang depan, ada kaki aku yang diselimutkan.

Allahu akbar, apa tadi tu? Mimpi ke?

Keuda-dua tangan aku letakkan di muka, dan aku raup wajah.

Entah kenapa, kebelakangan ni... mimpi yang sama, hampir berulang setiap hari.

Adik aku.

Kejadian 10 tahun lalu bagaikan layar filem yang bermain di kotak  fikiran aku. Semasa rumah aku diceroboh secara senyap-senyap.

Penculik adik aku menyamar sebagai tukang paip. Dan kitorang tak tahu pun dia ada bawa geng dia sekali masuk rumah aku, ceroboh bilik adik... dan culik dia.

Dan malang sekali masa tu. Nadiy sakit, jadi Umi teman Nadiy kat hospital. Ayah pula sudah pengsan dikerjakan penculik itu.

Aku?

Apalah daya tenaga budak berumur 6 tahun pada masa tu? Sekali disiku, terus terjatuh.

Dia...

Aku, betul-betul rindukan dia..

Panggilan Oniichan dia pada aku...

"Adik, Adik masih ada ke sekarang?" Soalan itu tidak terjawab, dan tidak akan mampu dijawab.

Aku toleh kanan lagi sekali. Melihat jarum pada jam aku, di atas meja, yang menunjukkan pukul empat pagi.

Allahu Akbar.

Aku angkat dari katil dan keluar dari bilik. Aku menuju ke tandas yang sama tingkat dengan bilik aku. 

Aku ambil wuduk, dan berharap agar aku dapat khusyuk dalam Tahajud selepas ini.

Dan berharap, agar aku tidak ingat lagi mimpi tadi.

❤️

Sorry tau lambat update TvT Anyway, happy reading!

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now