"Kau buat apa kat sini?!" Aku tanya dengan oktaf tinggi.
Syafiq tak menjawab. Dia hanya mengerut muka menahan sakit. Ah, risau macam ni.
"Kak Fiqa!" Fisa berlari ke arah Syafiq yang rebah. "Kak Fiqa? Kak Fiqa?" Dia menggoncang-goncangkan bahu Syafiq.
"Apa jadi weh?" Aku tanya dengan gelisah. Tiba-tiba aje, terus jadi camni.
"Err, jap. Kita perlu ke tempat sembunyi. Kat sini bahaya." Segera Nafisah angkat tubuh Syafiq. To be exact, papahlah. Bukan angkat. Dia papah.
"Nak pergi mana?" soal aku keliru. Nafisah nampak buntu.
"Ah, ke rumah aku jelah." Aku berlari menuju ke rumah sambil memberi arah kepada Nafisah untuk pergi rumah aku. Dia lambat sikit berjalan sebab papah Syafiq.
Setelah sampai rumah. Nafisah meletakkan Syafiq di atas lantai. Syafiq masih pengsan. Aku pandang hairan."Dia okey ke?"
"Dia masih terlelap," jawab Fisa.
"Apa jadi tadi?" Aku pandang ketat muka Fisa. Dia mula gelabah. Tapi dia hanya diam.
"Dik?" Aku soal lagi untuk mengejutkannya dari lamunan.
Dia masih diam. "Ah, takpelah."
"Betul ke Iqbal tu abang kau?" Aku tanya soalan lain.
"Ha...ah?" Dia ragu-ragu menjawab. "Tapi aku rasa aku ada seorang lagi abang."
Aku lantas membulatkan mata. Minta terfikirkan suatu teori."Entah-entah..."
Argh!
Sakit tu serang lagi. Aish, kuajaq pergi KL!
"Eh? Kau okey?" Sekali lagi Fisa gelabah.
Aku pegang kepala untuk menahannya dari jatuh. Aku tak nak rebah ke pitam ke sekarang.
"Urgh, takpe." Aku masih pegang kepala. Aku berdiri untuk ke dapur untuk ambil air. Tiba-tiba Fisa menjerit.
"Tunggu!"
Aku berhenti melangkah lalu menoleh ke arahnya. "Apa?"
"Err... sebenarnya..."
"Sebenarnya?"
"Sebenarnya tembakan tadi tu suntikan racun."
Aku mengerutkan kening. "Racun?"
"Racun tu akan matikan orang dalam masa 3 hari." Fisa melarikan pandangan sambil menundukkan kepala.
"Apa? Ah... patutnya aku yang kena tadi. Macam mana nak sembuhkan?"
"Kak Fiqa kena pergi rumah aku. Ibu bapak aku tahu cara nak sembuhkan."
Aku diam sejenak. Fikir dua tiga kali. Selepas tiga minit, baru aku putuskan keputusan. "Okey, kita pergi rumah kau."
"Tapi... nanti diorang buat benda buruk kat kau." Fisa nampaknya cuba menghalang.
"Takpe, nyawa Syafiqah lagi penting."
---
Sampai di rumah Fisa.
Kenapa aku macam kenal tempat ni? Kami masih berdiri di depan pagar. Fisa membuka kunci dan pagar. Syafiq pula berdiri di sebelahnya. Syafiq dah sedar, tapi keadaan dia sangat pelik. Dia macam dah lupa ingatan. Sedar-sedar terus senyum keseorangan.
Sekarang ni dia tengah senyumlah ni. Senyum nampak gigi sambil pandang Fisa, pastu toleh ke aku, pastu toleh Fisa balik.
"Masuk pintu sana, pastu turun bawah." Fisa menunjuk pintu utama. Aku hanya pergi ke pintu yang dia tunjuk. Syafiq pula tunggu Fisa tengah tutup gate.
YOU ARE READING
Kambing On Nut ✓
Teen Fiction𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘒𝘈𝘔𝘖𝘕, 2020 Melihatkan sekeping gambar itu, cukup mengingatkan aku tentang seseorang. Peristiwa 10 tahun lalu masih segar bugar di kepala. Bagaikan sebuah layar filem yang sentiasa dimainkan. Gagal melindungi dia, bermakna...