1 - KARINA

44.1K 859 38
                                    

Indah.

Itu yang Karina rasakan sekarang apabila dia melihat salji putih yang sedang menghiasi kaca televisyen. Jari diangkat menyentuh skrin televisyen itu bersama senyuman lebar.

Impian gadis kecil seperti Karina hanya satu. Dia mahu melihat dan menyentuh sendiri salji yang sentiasa menjadi tarikannya sejak dulu.

Dan bagi Karina, salji putih antara ciptaan Tuhan paling agung yang pernah dia lihat walaupun hanya melalui kaca televisyen. Dia tidak perlukan sebab kenapa dirinya terlalu menyukai salji.

Menggemari salji rasanya seperti perasaan jatuh cinta pandang pertama bagi Karina.

"Adik, bonda Warda ajak makan."

Suara seorang kanak-kanak lelaki tiba-tiba muncul dari muka depan ruang tamu.

Setelah melihat adiknya masih belum berganjak dari depan tv, kakinya perlahan melangkah menghampiri si adik.

Timbul idea nakal untuk mengusik Karina yang masih khusyuk menonton televisyen.

"Bah!"

Suaranya sengaja dijeritkan ke telinga Karina.

"Arghhh!" Karina menjerit nyaring kerana terkejut. Tubuhnya terus terjelupuk di atas lantai.

"Abang Yusuf!"

Wajah Karina bertukar menjadi singa. Dia terus bangkit dari lantai dan menampar bahu abangnya sekuat hati.

Yusuf ketawa terbahak-bahak sehingga terbaring di atas sofa. Entah apa yang lucu sangat melihat adiknya terjatuh di atas lantai tadi.

"Sampai hati abang buat Karina macam ni kan? Karina tak nak sayang abang lagi dah." bertambah sakit hati Karina mendengar tawa Yusuf.

Bibirnya muncung tanda merajuk. Tangan di silang pada dada dan menjauhkan kedudukannya dari Yusuf.

Tawa Yusuf mula reda. Air matanya dilap lalu mula mendekati Karina semula.

Mata Yusuf dikalih pada televisyen. Yusuf senyum. Beginilah rutin Karina setiap hari. Dia akan menonton televisyen tak kisah lah cerita apa pun. Yang penting ada salji.

"Bila kita dah besar nanti abang bawa adik pergi tengok salji ya." beritahunya membuatkan muncung Karina hilang.

Wajah Karina bertukar ceria lalu duduk merapatkan diri pada Yusuf.

"Betul ke abang?"

"Betul lah. Abang mana pernah tipu adik. Arwah mama kan pernah pesan kita tak boleh jadi penipu. Lagi-lagi dengan adik beradik sendiri." Yusuf masih kanak-kanak. Namun nasihat arwah mama mereka sentiasa melekat di hati Yusuf.

"Yayyy!" Karina bersorak kegembiraan.

"Okay. Karina tunggu tau. Bila kita dah besar, Karina tuntut janji abang ni. Kalau tak Karina tumbuk muka abang." ugut Karina.

Yusuf hanya membuat isyarat 'thumbs up.'

"Tak jadilah tak sayang abang. Karina sayang abang balik." Karina peluk Yusuf erat.

Yusuf lah satu-satunya keluarga yang Karina punya.

Selepas ibu bapa Karina dan Yusuf meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya, keluarga mereka yang lain menghantar Yusuf dan Karina di rumah anak-anak yatim kerana kata mereka Yusuf dan Karina hanya akan membebankan mereka sekiranya dua beradik itu diambil sebagai anak angkat mereka.

KARINA Where stories live. Discover now