Seperti kebiasaan pada waktu pagi, Karina menyediakan sarapan di dapur selesai saja mempersiapkan diri sebelum bergerak ke bakeri. Pagi ini, Karina menyediakan sarapan istimewa untuk suami tercinta dan dirinya.
Kerana malam semalam telah menjadi malam paling istimewa buat mereka berdua lagi-lagi Karina, jadi 'istimewa' itu harus diteruskan sehingga ke pagi ini.
Sarapan istimewa Karina itu adalah English Breakfast. Alah, kira special lah itu dari sarapan biasa yang dia sediakan setiap pagi. Kan?
Senyuman Karina tidak lekang di bibir. Paginya disapa dengan perasaan bahagia. Terlalu bahagia. Bagaikan setiap langkah Karina disirami dengan bunga-bunga ros yang indah. Dia tidak pernah rasa paginya sebahagia dan segembira ini.
Ah, peristiwa malam tadi masih segar di ingatan. Setiap sentuhan lembut Tengku Kaizer, layanan manja lelaki itu menghangati perasaannya. Malah, perasaan sayang pada juga Tengku Kaizer semakin mendalam.
Saya angau dengan suami sendiri!
Karina berjanji pada diri sendiri bahawa dia tidak akan sesekali berputus asa untuk merebut hati suaminya.
Bunyi seretan kerusi dari meja makan memalingkan kepala Karina ke belakang. Senyuman di bibir mungil merahnya semakin melebar. Si cinta hati sudah berada di depan mata.
Dan seperti biasa, Tengku Kaizer kelihatan tampan dengan berpakaian kot dan seluar slack warna senada seperti itu.
Rezeki sungguh dapat suami kacak ini. Kaya. Kerabat diraja pula tu. Persis hero yang sering ditonton oleh Cik Yah setiap petang di televisyen.
Karina berjalan perlahan membawa dua pinggan berisi English Breakfast yang disediakannya tadi.
"Sayang, this yours." Satu pinggan diletakkan di hadapan Tengku Kaizer.
"Awak nak coffee?" soal Karina dan di balas anggukan oleh Tengku Kaizer.
Suasana meja menjadi sunyi tanpa suara dari Karina mahupun Tengku Kaizer. Karina juga perasan lelaki itu hanya fokus pada makanannya dan langsung tidak mengangkat wajah apa lagi bertembung mata dengan Karina.
Ya, sebelum ini pun Tengku Kaizer memang kurang bercakap sewaktu mereka makan semeja tapi pagi ini aura itu terasa lain pula.
Tengku Kaizer malu kah dengan peristiwa malam tadi?
Karina menyembunyikan senyuman.
Apa yang nak dimalukan? Padahal dia sendiri yang 'meminta'.
"Oh ya, Kai?" Karina tiba-tiba teringat sesuatu.
Tengku Kaizer masih menunduk seperti tadi bersama suapannya.
"Malam esok mummy minta kita datang ke rumah. Celebrate birthday Selena. Awak jangan lupa tau." beritahu Karina.
Tengku Kaizer perlahan mengangkat muka.
Dia hampir lupa hari lahir adik bongsunya.
'Datang ke rumah?'
Baru saja Tengku Kaizer mahu menjauhkan diri dari Tengku Marwa buat sementara waktu ini memandangkan ibunya masih sebal hati dengan kejadian semalam.
Marah Tengku Marwa jangan di bawa main. Rajuk dan marah orang tua itu luar biasa dan perang dingin yang dicetuskan oleh Tengku Marwa sangat berbisa. Silap-silap dalam beberapa bulan pun Tengku Marwa boleh tidak bercakap dan langsung tidak mengendahkan Tengku Kaizer.
Ya, Tengku Kaizer pernah merasakan pengalaman itu.
Di-ghosting oleh ibu kandung sendiri.
Perit wo!
YOU ARE READING
KARINA
RomanceCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...