9 - KARINA

11.9K 653 43
                                    

"Mana Gary?" soal Tengku Kaizer sebaik saja perbincangan bersama PA-nya Anna selesai.

Anna yang baru saja mahu mengangkat punggung itu mula menggarukan kepala.

"Er, rasanya sebelum saya masuk ke sini jumpa Tengku tadi, saya nampak dia ada di pantry tengah borak-borak dengan Darrell. Kenapa Tengku?" beritahu Anna.

"Tak guna punya biskut Gery." gumam Tengku Kaizer geram.

Jam Rolex di pergelagangan tangan ditilik sekilas.

"You panggil dia masuk jumpa I sekarang. Kalau dia tak ada di luar, cari si biskut Gery itu sampai dapat." arah Tengku Kaizer bersama wajah serius.

Riak Anna berubah gelisah. Lambat kepalanya mengangguk. Langkah kaki mula di buka untuk keluar dari bilik tersebut.

Mulut terkumat-kamit menyumpah Gary sepanjang Anna mencari lelaki itu. Kalau sudah riak Tengku Kaizer tegang seperti tadi pasti ada masalah yang telah ditimbul oleh Gary.

Dan kalau dia tidak berjaya menemui biskut Gery itu, Anna tahu pasti dia yang terkena tempias amarah Tengku Kaizer nant disebabkan Gary.

"Tak guna punya Gary. Ada saja benda yang dia buat menyusahkan hidup aku." bebelnya sambil berjalan di setiap pelusuk pejabat itu mencari Gary.

"Wah sedap mulut kau mengata aku ya perempuan." muncul suara Gary dari belakang.

Sandwich yang ada di tangan dikunyah sambil menjeling Anna.

"Kau pergi masuk bilik Tengku sekarang. Dia nak jumpa kau. Sekarang! Aku rasa tak lama lagi Tengku kesayangan kau itu nak bertukar jadi Hulk agaknya. Pergi cepat." beritahu Anna marah.

Riak Gary berubah takut.

"K-kenapa Anna? Kenapa dia cari aku pula? Apa yang aku dah buat?" Gary menggigit kuku.

"Manalah aku tahu. Itu lah kau. Suka sangat cari masalah dengan Tengku kesayangan kau tu. Padan muka." Anna langsung tidak rasa simpati dengan nasib yang bakal menimpa Gary.

"Kau teman aku, Anna. Aku takut lah." pujuk Gary.

"Tolong sikit ya. Kau jangan nak libatkan pekerja yang sangat patuh dan berdisiplin macam aku ni. Tak fasal-fasal aku pun terkena sekali nanti." tolak Anna lalu bergerak ke meja kerjanya semula.

Skrin komputer ditatap kerana enggan mempedulikan Gary lagi.

"Kau jahat dan tak ada semangat setia kawan langsung." cemuh Gary menjeling Anna.

"Whatever." Anna menggulingkan biji mata ke atas.

Dengan penuh debar, Gary berjalan menuju ke bilik Tengku Kaizer. Nafas di tarik dan di hembus sebelum mengetuk daun pintu.

"Masuk." kedengaran suara Tengku Kaizer dari dalam.

Perlahan kaki Gary melangkah masuk.

"Mana sarapan aku?" sergah Tengku Kaizer.

Gary yang belum sempat menutup pintu itu terkejut.

"S-sarapan?" Gary menggaru kepala.

Jadi dia dipanggil ke sini hanya semata-mata kerana Gary tidak membelikan Tengku Kaizer sarapan seperti selalu.

"T-tapi Tengku sekarang kan dah masuk waktu tengahari nak sarapan apanya?" sengih Gary.

"Sebab dah tengahari lah aku tanya kau mana sarapan aku? Dari awal pagi tadi aku tunggu, batang hidung kau pun aku tak nampak." marah Tengku Kaizer.

Kepala Gary menunduk.

"Saya ingatkan Tengku tak nak lagi saya belikan sarapan yang macam selalu tu." beritahu Gary perlahan namun masih jelas kedengaran.

KARINA Where stories live. Discover now