Karina membuang pandangannya melihat manusia yang berpusu-pusu mengunjungi pusat membelah belah dari dinding kaca restoran itu.
Fikirannya menerawang entah ke mana. Kusut. Sukar untuk dileraikan satu persatu. Begitu juga hatinya ketika ini. Rasa kecewa itu masih terasa seperti semalam sebaik saja dia mendapat tahu tentang perjodohan antara dia dan Tengku Kaizer.
Sampai hati Dato' Andika.
Siapa sebenarnya dia di mata Dato' Andika sampaikan Dato' Andika sanggup mempertaruhkan masa depannya sesukahati?
Dia tidak sanggup dijodohkan seperti ini.
Karina tidak mahu!
Dengan Kaizer pula tu!
Lelaki pencuri dan sombong!
"Karina?" panggil Arya lembut.
Karina tidak menyahut.
Gadis itu seakan larut dengan lamunan sendiri.
"Karina...." panggil Arya lagi.
Karina masih kaku seperti tadi.
"Karina!" nyaring suara Arya kali ini membuatkan Karina terperanjat besar.
Pengunjung restoran di sekitar mengerling ke arah mereka dengan riak hairan. Ada yang menggeleng kepala.
"Arya! Kau ni dah kenapa?" Karina menekan suara menahan geram. Lengan sahabatnya ditampar kuat.
"Kau tu yang kenapa? Sejuta kali aku panggil tak menyahut. Fikiran kau tu dah sampai mana dah?" balas Arya.
Wajah Arya hanya dijeling tajam lalu kembali membuang pandangannya ke luar restoran semula.
"Kenapa ni, Karina? Kau masih fikir fasal semalam ke?" soal Arya pula.
Karina sudah menceritakan segala-galanya tentang perjodohan gadis itu bersama lelaki pilihan Dato' Andika.
Arya faham. Saat ini Karina pasti sedang berperang dengan perasaan sendiri.
Kecewa, sedih, marah, serba salah.
Semua perasaan itu membuatkan Karina rasa terbeban.
Kalau dia berada di tempat Karina pun, Arya juga akan merasakan benda yang sama. Sekarang manusia hidup dalam zaman moden bukan zaman Siti Nurbaya atau Bawang Putih Bawang Merah sampai mahu dijodohkan seperti ini.
Tetapi kalau nasib dijodohkan dengan anak raja seperti apa yang terjadi pada Karina ini tiba-tiba Arya jadi sanggup pula.
Anak raja kut?
Anak raja dari luar negara pula itu.
Bayangkan suatu hari nanti kau melahirkan zuriat berdarah kerabat diraja.
Nama anak pun Tengku dekat depan.
Seronoknya! Dah macam Cinderella.
Arya mula memasang angan-angan.
"Yang kau tersengih macam orang gila ini dah kenapa pula?" tegur Karina apabila terperasankan Arya yang melentok sana sini macam ulat bulu.
Senyuman meleret Arya terus kendur.
"Daripada kau itu 24 jam muka ketat macam getah belacan. Makanan kau. Dari tadi kau tak sentuh pun. Aku tahu lah kau cucu billionaire dalam Asia ini. Jangan lah nak membazir." kutuk Arya sengaja ingin mengusik.
"Diam lah kau. Aku tengah serabut nak mati ni tahu tak? Sakit kepala otak aku." Karina mencengkam kuat akar rambutnya.
"Aku tak nak kahwin, Arya. Aku belum bersedia lagi." kepala digeleng berkali-kali bersama rengekannya.
YOU ARE READING
KARINA
RomanceCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...