Mata tertancap menonton drama Korea yang sedang ditayangkan di televisyen. Niat Karina tadi hanya ingin duduk di sini sebentar dan selepas itu mahu mengambil angin di luar. Tapi tak sangka pula dia boleh terlayan drama Crash Landing On You ini sampai tak ingat niat asalnya.
Apa lagi Selena, seronok lah dia sebab ada geng. Kalau tengok dengan Tengku Gabriel nanti sudah pasti dia dengan abangnya pula yang buat drama genre action di situ. Bertumbuk adik beradik tu.
Lagipun, hari ini Karina bosan. Bosan sangat. Pagi tadi dia sudah terlalu teruja kerana Tengku Kaizer mahu membawanya bersiar-siar lagi hari ini.
Tapi, macam biasalah...
Kaizer harus pergi ke pejabat setelah mendapat panggilan daripada Gary pagi tadi. Urgent sangat katanya sampai Tengku Kaizer tak sempat bersarapan. Muka suaminya pun tegang saja tadi.
"Kak, abang balik pukul berapa?" soal Tengku Selena.
"Entahlah. Abang Kai tak ada bagitahu apa-apa pun." jawab Karina. Mata masih fokus ke arah kaca televisyen.
Handsomenya Hyun Bin. Tapi suaminya sejuta kali kacak dari pelakon korea itu. Mati hidup semula pun Kaizer masih tetap kacak di matanya.
"Kakak tak bosan ke? Nak keluar tak? Selena bosan lah terperuk dalam rumah satu hari." adu Tengku Selena tiba-tiba.
Iya, Karina juga sama. Dia pun bosan. Datang di tempat suaminya hanya duduk di dalam Villa besar ini saja.
"Selena nak pergi mana?" soal Karina.
"Hmm, kita pergi kedai bunga Kak Diana nak tak? Hari tu dia ada ajak Selena singgah kedai dia. Sekali kita minum petang di sana. Pancakes yang Kak D buat sedap tau kak." ajak Tengku Selena cuba memancing minat Karina.
"Sure! Kita pergi sekarang nak? So balik nanti kakak sempat masakkan sedikit untuk abang Selena tu. Dia balik nanti mesti cari makanan." beritahu Karina.
"Eleh abang Kai tu. Sejak kahwin ni makin manja dan mengada-ada macam budak kecik pula. Kakak pun suka saja nak melayan abang tu kan." ujar Tengku Selena menggeleng kepala.
Karina cuma tertawa kecil. Biarlah suaminya mengada-ada macam budak kecil sekalipun. Karina suka. Comel apa?
"Jom naik atas. Kita siap sekarang." ajak Karina mula mengangkat punggung.
"Kakak jangan lupa pula bagitahu abang yang kita nak keluar lepas ni. Kakak macam tak kenal abang tu. Kalau kakak hilang sekejap dalam rumah macam kucing hilang anak gayanya. Dia keluar sesukahati tak bagitahu orang tu boleh pula." sempat mulut Tengku Selena membebel.
Memang tergigit lah lidah Kaizer di pejabat kerana Tengku Selena tak habis-habis mengata fasalnya.
Lagipun memang betul apa yang dia cakap. Dia tahu tentang pergaduhan Karina dan Tengku Kaizer tempoh hari. Gary sudah mencerita semuanya pada dia. Kaizer itu kan, memang nak kena. Ingin saja Tengku Selena mahu memberitahu apa yang telah terjadi tempoh hari pada Tengku Marwa dan Tengku Zayn. Biar abangnya tahu rasa. Tengku Marwa saja yang dapat menyekolahkan Kaizer.
Tapi semalam, setelah melihat Karina dan Tengku Kaizer seakan sudah berbaik jadi dia batalkan saja niatnya.
"Kakak chat dia saja nanti. Kalau nak call confirm abang Kai tak angkat. Busy sangat tu dekat office. Kakak tak nak kacau dia." jelas Karina lagi.
"Okaylah, kita siap-siap. Dalam setengah jam macam tu kita berangkat dari sini. Nanti Selena call Kak D nak bagitahu kita nak pergi sana. Boleh dia masak sedap-sedap." Tengku Selena kelihatan begitu teruja.
Karina tertawa kecil melihat reaksi adik iparnya.
"Okay."
* * * * *
YOU ARE READING
KARINA
RomanceCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...