Karina merebahkan tubuh di atas sofa empuk bersama keluhan kecil. Pelipis di urut lembut sambil memejamkan mata menikmati urutan sendiri.
Kalau ada orang lain yang tolong urutkan mesti best.
Hari ini antara hari yang memenatkan buat Karina.
Penat fizikal dan mental.
Karina dan Arya hampir pitam kerana sibuk menguruskan bakery sepanjang hari ini. Tak sangka pula hari ini banyak pula tempahan kek sampaikan dia hampir terlupa dengan tempahan pavlova yang dipesan oleh pelanggannya dua hari yang lepas untuk majlis hari jadi.
Tapi itu lah. Orang bilang malang tidak berbau.
Boleh pula dia pergi langgar anak raja mana entah sampaikan pavlova tadi hancur dan akibatnya Karina langsung tidak sempat melakukan penghantaran ke rumah pelanggannya.
Pecah jugalah gengendang telinga Karina tadi mendengar leteran dari pelanggannya. Sampai nak menangis pun ada. Pelanggannya itu lelaki tapi mulut laser, pedas macam makcik-makcik mengumpat anak sebelah rumah.
Namun Karina akui, itu memang kesilapan dari pihaknya. Jadi untuk membuang perasaan serba salah, Karina hanya pasrah menadah telinga mendengar segala carutan dan makian lelaki tadi.
Entah berapa kali perkataan maaf keluar dari mulutnya.
Tapi!
Karina tiba-tiba menghentak kaki.
Bila teringat akan anak raja yang mencuri handkerchief miliknya itu, kemarahan Karina mula membuak lagi.
"Siapa nama dia tadi? Tengku Kaizer? Huh!" belakang tubuh dihempas kasar pada sofa sambil menyilangkan tangan.
"Dia pun salah jugak. Kalau dia mengelak tadi confirm aku tak terlanggar badan dia yang besar macam bapak gorilla tu. It's not totally my fault." bebel Karina sendiri.
Teringat saja hal itu, Karina menjadi bertambah geram. Yang paling menyakitkan hatinya adalah sapu tangan yang ada di tangan lelaki itu. Karina sangat yakin sapu tangan itu adalah sapu tangannya yang hilang.
Bagaimana sapu tangan milik Karina itu boleh berada di tangan Tengku Kaizer?
Sesiapa boleh jawab? Anyone?
Selama ini sapu tangan hadiah dari Yusuf itu Karina jaga sebaik mungkin.
'Confident je dia claim handkerchief itu dia yang punya.'
"Dasar pencuri! Hey, sakitnya hati aku!" sekali lagi Karina menghentak kaki melepaskan geram.
"Karina, kenapa ni?" muncul suara Dato' Andika memeranjatkan Karina.
"DaDa..."
Dato' Andika menghampiri Karina lalu melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan cucu kesayangannya.
"Apa yang Karina membebel sorang-sorang malam-malam buta macam ni? Kenapa tak naik atas lagi?" soal Dato' Andika.
Karina hanya menggeleng kepala bersama sengihan di wajahnya.
"Kejap lagi Karina naik atas. Tak larat nak naik tangga. Penat." balas Karina merebahkan kepala di bahu Dato' Andika.
Kalau ada escalator ke lif ke kan bagus.
Datuk aku ni cakap je jutawan. Tak kan escalator atau lif tak boleh buat dalam rumah kut.
"Karina, DaDa nak cakap sikit." tangan Karina disentuh.
Kepala Karina mula tegak dan memandang Dato' Andika.
Gadis itu hanya diam menunggu Dato' Andika membuka kata.
YOU ARE READING
KARINA
RomanceCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...