12 - KARINA

14.6K 640 18
                                    

Bilik tidur minimalist itu Karina perhatikan dengan pandangan penuh sayu. Karina tidak menyangka, hari ini dia akan melangkah keluar dari rumah ini dan membina kehidupan baharu di luar.

Karina sedih. Sepanjang tinggal di sini, dia membesar dalam kehidupan yang penuh dengan kasih sayang yang dicurahkan keluarga Dato' Andika kepadanya. Sejak Karina diambil sebagai cucu angkat Dato' Andika, tidak sekalipun dia merasa tidak bahagia.

Dato' Andika menyayanginya seperti cucu kandung sendiri di saat Karina sudah tidak punya sesiapapun di dalam dunia ini lagi. Karina gembira menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Dato' Andika. Dan dengan mengahwini Tengku Kaizer adalah salah satu cara untuk Karina membalas segala budi serta bukti sayangnya kepada Dato' Andika.

"Karina..." panggilan lembut Cik Yah dari muka pintu sedikit mengejutkan Karina.

"I-iya Cik Yah?" Karina memalingkan tubuh.

"Marilah, turun. Dato' dengan suami Karina dah tunggu Karina dekat bawah tu. Sini, Cik Yah bawakan beg Karina tu ya." Cik Yah mendekati Karina.

Gadis itu diam dan mata masih lekat memandang sekeliling bilik tidurnya. Sungguh berat hatinya mahu meninggalkan rumah ini.

Meninggalkan Dato' Andika. Meninggalkan Cik Yah yang telah menjaganya sejak dia dibawa ke rumah ini.

"Karina, kenapa ni nak? Kenapa Karina menangis?" tegur Cik Yah menyentuh bahu Karina.

Senyuman nipis terukir di bibir Karina. Jarinya menyeka air mata di hujung mata.

"Tak ada apa-apa. Mana ada Karina menangis." nafinya berselindung dengan tawa kecil.

Ah, dia paling tidak suka menangis di hadapan orang.

Cik Yah turut tersenyum. Tangan gadis itu diraih lalu menyentuh lembut pipi Karina.

"Cepat betul masa berlalu kan. Rupanya Karina sudah dewasa tanpa Cik Yah sedar. Cik Yah macam bermimpi saja hari ni. Karina dah jadi isteri orang. Dulu, masa Dato' bawa Karina ke rumah ini, Karina masih kecil saja. Comel. Mulut tak berhenti bertanya itu ini. Sekarang, bila semakin dewasa makin cantik saja anak Cik Yah ni. Untungnya Tengku Kaizer." rambut hitam Karina dibelai.

Tanganlah ini yang membesarkan Karina sehingga gadis itu menjadi manusia yang baik. Tidak pernah lupa asal usul. Menurut kata orang tua. Walaupun dibesarkan dengan kekayaan, Karina tetap merendah diri.

"Cik Yah..." Karina jadi terharu lalu memeluk erat tubuh Cik Yah.

"Terima kasih sebab jaga Karina selama ini. Kalau boleh Karina tak nak berpisah langsung dengan Cik Yah dan DaDa. Karina nak duduk di sini sampai bila-bila." luahnya bersama esakan kecil.

"Jangan begitu, nak. Sekarang Karina dah besar. Jadi, inilah masanya Karina keluar berdikari sendiri. DaDa dan Cik Yah dah tua. Sebab itu DaDa nak sangat tengok Karina berkahwin supaya suatu hari nanti ada orang yang boleh jagakan Karina, sayangkan Karina lebih dari Cik Yah dan DaDa sayangkan Karina. Lagipun tempat seorang isteri itu berada dekat dengan suami jadi Cik Yah nak Karina layan suami Karina elok-elok. Jadi isteri yang baik untuk suami. Senangkan hati dia."

"Cik Yah juga tahu perkahwinan Karina ini bukan atas dasar cinta tapi belajarlah menyayangi suami Karina sesungguhnya kerana suami itu akan jadi pendamping hidup Karina sampai bila-bila. Dia jugalah akan jadi pelindung Karina dan anak-anak kalian nanti." nasihat panjang lebar Cik Yah itu membuatkan esakan Karina semakin nyaring.

Oh hati, kenapa kau begitu sensitif hari ini?

"Apa ni, Cik Yah. Cik Yah sengaja nak hancurkan make up Karina ke apa? Suka buat orang menangis pagi-pagi macam ni tau." rengeknya di dalam pelukan Cik Yah.

KARINA Where stories live. Discover now