15 - KARINA

14K 680 73
                                    

Bunyi riuh rendah restoran itu tidak mampu memecahkan suasana kekok yang menyelubungi meja makan ketika ini. Semua hanya mendiamkan diri sambil mata tertumpu pada susuk tubuh Karina yang sedang galak menyelak setiap helaian buku menu di tangannya.

"What?" soal Karina mengangkat kepala. Mata-mata yang sedang memerhatikannya dipandang satu persatu.

"Tengok muka saya dah kenapa? Ya ya. Saya tahu saya lawa, comel, cute, sexy tapi makan pun penting juga. Tengok muka saya saja tak akan buat awak semua kenyang tau." Karina sengih panjang.

Mereka tetap diam seperti tadi.

Tengku Kaizer mengetap bibir menahan geram. Matanya tajam memandang Karina yang duduk di hujung meja.

"What?" soal Karina lagi apabila terlihat riak wajah Tengku Kaizer. Jika dihitung, mungkin sudah sejuta jelingan maut diberikan oleh lelaki itu kepadanya.

Tapi Karina peduli apa.

"Awak marah saya? Saya ada buat salah ke?" tanya Karina. Mata dikebil berkali-kali membuatkan marah Tengku Kaizer semakin membara.

Dia benci melihat lakonan polos Karina itu.

Buku menu di hadapannya terus diambil lalu diselak kasar.

"Kenapa? Awak marah saya ajak Darrell dengan Gary sekali?" wajah dua orang jejaka kacak itu dipandang sekilas lalu melihat ke arah Tengku Kaizer semula.

Soalan Karina dibiar tanpa jawapan.

"Apa salahnya saya ajak Darrell dengan Gary? Ni kan lunch hour. Bukan masa kerja. Lagipun saya kasihan tengok pekerja awak ni. Apa salahnya sekali sekala kita lunch sama-sama macam ni. Betul tak Darrell dan Gary?" dua jejaka itu dipandang bersama senyuman meleret.

"Betul, Cik Pua-" Gary pantas mengemam bibir sebaik saja mata tajam Tengku Kaizer beralih ke arahnya. Kepala Gary terus tunduk lalu berpura-pura membaca buku menu di tangan.

Karina ketawa kecil.

"Saya okay saja kalau awak ajak Rachel. Tak ada lah sampai nak marah-marah macam awak tu." suara Karina perlahan namun masih jelas kedengaran.

Renungan tajam Tengku Kaizer di balas dengan senyuman sinis.

"Rachel awak okay kan kalau kita lunch ramai-ramai macam ni? Lagipun dah alang-alang suami saya ni bawa awak sekali jadi saya pun ajak lah Darrell dengan Gary. Lagi ramai lagi meriah." kepala dipanjangkan melihat Rachel yang duduk di sebelah Tengku Kaizer.

Karina sendiri tidak faham apa sebenarnya yang ada di dalam hati dan kepala otak perempuan bernama Rachel ini. Dengan perasaan dan muka tidak malu, Rachel dengan yakin mengambil tempat duduk di sebelah Tengku Kaizer. Dia pula yang terpaksa mengalah duduk di hujung meja.

Aku ni isteri Tengku Kaizer kut?! Yang dia tu pula terhegeh-hegeh duduk sebelah suami orang tu dah kenapa?!

Tengku Kaizer pun satu. Suka melayan! Kalau diikutkan hati, mahu saja Karina membaling kerusi ke muka Rachel dan Tengku Kaizer. Tapi Karina juga harus sedar. Perempuan yang ada 'class' adalah perempuan yang mampu bertenang dalam apa jua situasi.

Ah, namun sampai bilakah dia harus beriak tenang jika Tengku Kaizer selalu punya cara mahu menguji kesabarannya?

"Saya okay saja." Rachel tersenyum kekok. Buku menu kembali ditatap.

Suasana meja kembali sunyi seketika.

"Hari ni saya belanja ya? You guys order lah makanan apa you guys nak." beritahu Rachel.

"Rachel, no. Tak payah-payah susah. I kan yang ajak you lunch hari ini? Kenapa pula you yang nak belanja. Simpan saja duit you tu okay?" tolak Tengku Kaizer.

KARINA Where stories live. Discover now