42 - KARINA

20.6K 1K 124
                                    

Karina duduk di atas bangku sambil merenung satu gambar pada skrin telefon bimbit miliknya. Bibir cuba mengukir senyuman walaupun hatinya sedang terluka dalam. Sangat dalam.

Wajahnya dan wajah Tengku Kaizer kelihatan sangat bahagia di dalam gambar perkahwinan mereka. Karina tahu senyuman Kaizer itu palsu.

Namun demi membahagiakan hati kedua orang tuanya, Tengku Kaizer sanggup mengorbankan segala-galanya walaupun hati sendiri yang bakal terluka.

Dahulu, Karina juga begitu. Perkahwinan ini terjadi hanya kerana rasa sayangnya terhadap Dato' Andika serta atas dasar niatnya untuk membalas budi atas segala yang telah diberikan oleh DaDa sehingga Karina mempunyai kehidupan seperti sekarang.

Namun, tidak disangka-sangka perasaan cinta untuk Tengku Kaizer juga hadir. Karina sendiri tidak menyedari sejak bila perasaan itu wujud di dalam hatinya.

Dan Karina akui mencintai lelaki itu adalah salah satu kebahagiaan paling terindah buat Karina.

Tapi dengan apa yang telah berlaku pada malam ini membuatkan Karina menyedari satu hal.

Kebahagiaan yang Karina rasa adalah satu seksaan buat Tengku Kaizer. Dia tidak boleh memaksa atau berharap lagi agar Kaizer dapat mencintainya sebagaimana perasaan Karina terhadap lelaki itu.

Tengku Kaizer mencintai orang lain. Bukan dia. Kenyataan itu sangat pahit untuk ditelan tapi Karina harus terima dan sedar akan hal itu.

"Cik Puan?"

Suara Darrell dari belakang menghentikan lamunan Karina. Kepalanya berpaling sejenak.

"Cik Puan tak nak balik? Dah lewat ni. Nanti Tengku cari Cik Puan pula." beritahu Darrell sambil menilik jam tangan di pergelangan tangan.

Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Satu jam dia menunggu di dalam kereta sementara Karina melayan perasaan di tasik ini.

Selepas membantu Gary tadi, dia mendapat panggilan dari isteri majikannya minta dijemput di restoran.

Darrell sempat hairan. Tak mungkin makan malam Tengku Kaizer dan Karina boleh habis sesingkat itu? Dan jika Karina mahu pulang ke rumah sekalipun, kenapa mesti minta dia yang hantarkan?

Namun, setelah melihat Karina keseorangan di restoran dengan wajah sedih gadis itu, Darrell sudah dapat mengagak. Pasti ada sesuatu yang berlaku di antara Karina dan Tengku Kaizer.

Darrell tahu bagaimana hubungan Karina dan Tengku Kaizer. Tapi dia sebagai orang bawahan keluarga Emmerson, bukan tugas dia untuk mencampuri urusan majikannya. Lagipun Darrell tipikal orangnya memang begitu.

Tak suka dan tak nak ambil tahu hal orang kerana dia sendiri tidak suka kalau orang lain sibuk tentang kehidupannya.

"Darrell, apa awak akan buat kalau awak di tempat saya?" soal Karina tiba-tiba.

Darrell termangu seketika. Tidak mengerti akan soalan yang diajukan oleh Karina tadi.

"Awak kejar sesuatu yang awak nak sampai awak jatuh tersungkur tapi lepas tu awak cuba bangun dan kejar lagi walaupun awak tahu nanti awak akan jatuh semula. Dan setiap kali awak jatuh ia masih rasa sakit. Terlalu sakit. But it never stop you to get something that you really want." Karina cuba tahan air matanya lagi.

Kenapa hati ini masih berdegil?

"Kalau hanya sakit yang Cik Puan dapat, kenapa masih teruskan? Hidup kita terlalu singkat untuk mengejar sesuatu yang belum pasti dan saya rasa Cik Puan sendiri tahu Cik Puan takkan pernah dapat benda yang Cik Puan kejar itu."

Karina menekup wajah. Tangisan dihamburkan sekali lagi. Jawapan Darrell itu satu realiti yang harus ditelan walau ia sangat menyakitkan.

Iya. Karina akui. Dia sendiri tahu hakikat bahawa dia tidak akan pernah dapat memiliki hati Tengku Kaizer.

KARINA Where stories live. Discover now