Ketukan pintu dari luar sedikit memeranjatkan Tengku Kaizer yang khusyuk menatap komputer riba. Dikerlingnya jam pada pergelangan tangan.
8:30 a.m.
Tengu Kaizer senyum nipis.
Itu pasti Gary.
"Come in." suara Tengku Kaizer mendatar namun masih dapat didengari oleh Gary dari luar.
Sebaik saja mendapat kebenaran daripada majikannya, Gary terus melangkah masuk dan menghampiri meja Tengku Kaizer.
Secawan coffee dan paper bag yang berisi 3 biji muffin chocolate chips di tangannya di letakkan di sebelah komputer riba milik Tengku Kaizer.
Selesai dengan melaksanakan tugasnya menghantar sarapan untuk Tengku Kaizer, Gary berundur beberapa langkah ke belakang sebelum berpaling untuk keluar dari bilik itu.
"Wait."
Langkah Gary serta-merta terhenti.
Tengku Kaizer pandang cawan kertas berwarna kelabu pastel yang berisi coffee tadi dan wajah Gary silih berganti.
Perlahan tangan Tengku Kaizer mengangkat cawan tersebut lalu disisipkan ke bibirnya.
Tengku Kaizer mahu memastikan coffee yang dibeli Gary hari ini harus sama rasanya seperti sebelum ini.
Dia enggan kejadian semalam berlaku lagi. Habis rosak moodnya gara-gara Gary membeli coffee yang baginya salah. Rasa coffee semalam tu tak sama langsung dengan coffee yang diminumnya 2 minggu berturut-turut.
Nasib baik apabila masuk kali ketiga pembantunya membeli coffee itu sekali lagi, rasanya kembali pada asal.
Gary pula sudah diserang dengan perasaan gugup.
Hampir terkeluar segala organ dalam tubuhnya saat ini. Yelah, dia tidak mahu dimarahi oleh Tengku Kaizer seperti semalam.
Serom wo bossnya marah. Macam hulk. Tapi yang ini hulk versi handsome punya.
"Good. Kau boleh keluar sekarang." setelah berpuas hati dengan rasa coffee yang diminumnya, dia membenarkan Gary pergi.
Sempat Gary menghembuskan nafas tanda lega. Selamat nyawa nya hari ini.
Gary menundukkan kepala lalu beredar dari situ dengan kadar segera.
Cawan coffee tadi kembali disisip oleh Tengku Kaizer sambil matanya masih ralit memandang komputer riba.
Sebiji muffin diambil lalu disuap pada mulut.
Gandingan coffee bersama muffin ini sudah menjadi sarapan wajib bagi Tengku Kaizer setiap pagi. Sampaikan mummy-nya kadang-kadang merajuk kerana Tengku Kaizer sudah jarang bersarapan di rumah.
Fikir Tengku Kaizer, kalau dia terlalu kenyang bersarapan di rumah macam mana nak sumbat muffin dan coffee dalam perutnya nanti?
I can't resist these coffee and muffins! It's too addicted!
Dan Tengku Kaizer jarang minum coffee yang dibeli dari mana-mana cafe. Tapi coffee ini... Fuh!
Memang ajaib tangan orang yang buat coffee sesedap ini.
Orang Malaysia memang pandai buat coffee kut. Jarang dia menemui coffee sesedap ini di Kerajaan Grandbell. Coffee yang Diana buat pun boleh kalah.
"Tok, tok, tok."
Sekali lagi, pintunya tiba-tiba diketuk dari luar.
"Masuk."
Wajah Anna setiausahanya terpacul di muka pintu. Langkah wanita itu perlahan menghampiri meja Tengku Kaizer bersama planner di tangannya.
YOU ARE READING
KARINA
RomanceCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...