29 - KARINA

21.8K 895 35
                                    

Kelopak mata yang terasa berat cuba dicelik sehabis mungkin. Rasa sakit di kepala mula menjengah sebaik saja tubuh terjaga. Kerutan di dahi muncul setelah berjaya membuka mata dan anak mata melilau di sekeliling.

Ruangan yang kelihatan samar tidak menghalang Karina untuk tidak mengenali bilik tidurnya yang dikongsi bersama Tengku Kaizer.

Kepala dikalihkan ke sebelah pembaringannya mahu mencari lelaki itu namun tiada. Dengkuran halus yang kedengaran di sisi katil membuatkan Karina terkejut apabila menyedari Tengku Kaizer sedang tidur dalam posisi duduk di atas kerusi di birai katil.

Karina cuba mencari iphone di atas meja mahu menilik jam.

08:55 a.m.

Mata bundar Karina membulat besar.

We're late!

Pantas Karina bangkit dari pembaringan dan membuatkan kepalanya bertambah pening.

"Auw! My freaking head." Karina terjerit kecil.

Suara itu serta merta mengejutkan Tengku Kaizer dari lena.

"Karina?" suara serak seksi Tengku Kaizer sempat mencairkan hati Karina.

"Kenapa awak tidur di sini? Pukul berapa awak balik semalam?" soal Karina. Namun, sejurus itu dia termangu seketika.

Karina tiba-tiba teringat akan sesuatu.

Rasanya semalam dia masih berada di bakeri. Sebaik saja mahu pulang ke rumah, ada kelibat seseorang telah merempuhnya dan selepas itu Karina langsung tidak ingat apa-apa lagi.

Dan pagi ini, bagaimana dia boleh berada di dalam rumah ini pula?

"You dah okay?" soal Tengku Kaizer.

"Kai, semalam ada benda jadi pada saya ke?" Karina pula menyoal.

"Malam tadi Anna jumpa you pengsan dekat bakeri." beritahu Tengku Kaizer menilik tubuh Karina atas bawah mahu cuba memastikan Karina benar-benar sudah okay atau tidak.

"Pengsan? Kenapa saya boleh pengsan? Macam mana pula saya boleh berada di sini? Oh, awak yang selamatkan saya ya? Thanks, sayang." love struck muncul di mata Karina. Senyumannya terukir lebar.

Lupa terus tentang peristiwa yang hampir membahayakan nyawanya malam tadi.

"Tapi-"

Senyuman Karina tadi serta merta mati. Tengku Kaizer pula jadi hairan.

"Haaahhh!" mulut menarik nafas panjang sambil mata dan kepala turun melihat baju semalam sudah diganti dengan baju tidur.

"Awak yang ganti baju saya?" soal Karina takut mendengar jawapan 'iya' dari suaminya.

Tengku Kaizer memeluk tubuh. Kening di angkat tinggi.

"So, kalau I yang tukar baju you pun apa masalahnya? I dah tengok luar dalam atas bawah depan belakang pun kan? Tak payah lah nak buat muka macam tu sekali." Tengku Kaizer mengguling mata ke atas.

Pandai malu konon. Yang dia goda kita 24 jam tu tak malu pula.

"Of course saya terkejut. Sebelum ini yang awak tengok tu atas kerelaan saya dan masa tu saya masih sedar. Tapi apa yang awak dah buat malam tadi lain. Sampai hati awak kan? Entah-entah awak dah...." Karina menutup tubuhnya dengan riak ketakutan.

Tak mungkin suami sendiri telah merogolnya.

"Jangan merepek." dahi Karina diketuk halus.

"I guess you dah totally okay hari ini." Tengku Kaizer bingkas bangun.

KARINA Where stories live. Discover now