"Good morning, Kai sayang."
Suara Karina membuatkan kelopak mata Tengku Kaizer automatik celik dari tidur nyenyak. Perlahan tubuh bangun dari pembaringan lalu bersandar pada kepala katil. Dengan wajah mamai, sempat mata Tengku Kaizer menjeling Karina yang duduk tersenyum melihatnya.
Setiap paginya pasti akan di sapa dengan suara lembut itu juga senyuman lebar yang menyambut deria penglihatannya sebaik saja dia bangun dari tidur.
Sejak sudah punya teman tidur, alarm pada iphone tidak lagi berfungsi untuk mengejutkan Tengku Kaizer bangun.
Karina.
Tanpa di suruh dan di minta, gadis itu akan sentiasa menjadi 'alarm clock' nya setiap pagi walaupun bukan pada hari bekerja. Tengku Kaizer sudah berpesan berkali-kali supaya tidak perlu mengejutkannya namun Karina tetap Karina.
Degilnya itu memang tak boleh bawa bincang. Makin dilarang makin menjadi-jadi maka akhirnya Tengku Kaizer terpaksa mengalah dan membiarkan Karina mengerjakan rutin itu setiap pagi.
"Lepas awak siap-siap, turun bawah sarapan ya?" pipi Tengku Kaizer dibelai sebelum melangkah pergi ke bilik wardrobe.
Tengku Kaizer hanya diam tidak membalas. Comforter tebal diselak sambil mata sempat melirik ke arah belakang tubuh Karina yang hanya dibaluti tuala putih itu.
Motif apa entah kejut orang setiap pagi pakai tuala begitu. Macam tak boleh guna pakaian terlebih dahulu.
Dia tergoda?
Bohong jika Tengku Kaizer mahu menafikannya. Dia juga seorang lelaki. Tambahan pula, Karina itu isterinya yang sah jadi sebenarnya dia sangat berhak ke atas gadis itu.
Namun ego dan perasaan jengkel terhadap Karina menjadi tembok untuk menahan nafsunya yang 'satu' itu.
Kaki dibawa ke bilik air untuk membersihkan diri. Selain ucapan selamat pagi dan senyuman Karina, bau shower gel Strawberry Pounds Cake kepunyaan Karina ini juga sudah serasi dengan deria baunya setiap kali melangkah masuk ke dalam bilik air. Bau haruman shower gel ini hanya dapat di hidu pada waktu pagi saja kerana malamnya Karina akan mengenakan shower gel yang lain pula.
Lihat saja di dalam bilir air ini, barang-barang peribadi Karina hampir memenuhi rak empat tingkat yang di lekat pada dinding. Dan sekali lagi Tengku Kaizer terpaksa mengalah dengan memasang rak yang lain untuk menyimpan barangnya pula. Itu pun dimonopoli Karina juga.
Usai mandi, Tengku Kaizer melangkah keluar dari bilik air dan menuju ke bilik wardrobe pula untuk mempersiapkan diri.
Belum sempat kaki menjejak bilik itu, tubuh Tengku Kaizer tiba-tiba mengeras apabila menyedari kelibat Karina di situ dengan hanya berseluar jeans biru muda serta bra bewarna hitam pekat.
Entah kenapa seluruh tubuhnya terasa panas melihat Karina berpakaian seperti itu. Air liur ditelan kesat. Mata masih lekat memerhati setiap lekuk tubuh Karina.
Sempurna.
Gigi Hadid kalah wo!
"Kai, kenapa tak siap lagi?" suara Karina mengejutkan Tengku Kaizer.
"H-hah?!" pantas anak mata melirik ke tempat lain.
"Kenapa awak tak siap lagi? Ni baju kerja awak. Saya dah siap gosok." Karina berjalan menghampiri Tengku Kaizer dengan membawa pakaian lelaki itu.
Namun semakin Karina mendekatinya, semakin itu jugalah Tengku Kaizer melangkah beberapa langkah ke belakang.
"Kai kenapa awak ni? Saya nak bagi pakaian awak. Ambil lah." soal Karina hairan melihat tingkah aneh Tengku Kaizer.
YOU ARE READING
KARINA
RomansCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...