Kepala yang tidak gatal itu digaru entah berapa kali. Suasana yang terlampau kekok di meja makan ini hampir mencekik leher Tengku Gabriel.
Wajah Tengku Kaizer di tempat duduk yang selalu diduduki daddy-nya serta wajah Karina di hadapan diperhati silih berganti. Tengku Kaizer dengan riak kosong serta Karina bersama mukanya yang tegang.
Sepanjang mengenali Karina, ini pertama kali Tengku Gabriel melihat riak wajah kakak iparnya seperti itu.
Boleh tahan seram.
Pagi itu, sarapan mereka hanya bertemankan bunyi lagaan sudu. Tengku Gabriel tak berani mahu memulakan perbualan. Tak fasal-fasal nanti dia yang kena tempiasnya. Tengoklah muka kakak iparnya itu. Singa pun takut.
Menyesal pula turun sarapan pagi ini. Kalau tahu tadi, biar dia terperap saja di dalam bilik atau keluar bersarapan bersama Harlem.
Haih, ini mesti kes bergaduh laki bini ni. Sah!
"Gabriel."
"Iya kak?" Tengku Gabriel sedikit terkejut.
"Ini ada cheesecake. Saya memang beli untuk awak semalam. Nanti awak makan ya." Karina menyerahkan pinggan berisi beberapa potong cheesecake di hadapan adik iparnya.
Tengku Gabriel angguk kecil. Mata dikalih melihat wajah abangnya.
Serba salah pula dibuatnya. Tengku Gabriel perasan tadi tangan Tengku Kaizer mahu mengambil pinggan cheesecake itu tapi tangan Karina lebih pantas bertindak.
Seakan tidak membenarkan Tengku Kaizer memakan cheesecake tersebut.
Uish, takkan gaduh sebab cheesecake kut.
Karina bangkit dari kerusi dan membawa beberapa pinggan kotor untuk dicuci. Tengku Gabriel memanjangkan leher mahu memastikan kelibat Karina benar-benar sudah tiada di ruangan makan ini.
"Kenapa tu?" Tengku Gabriel menyiku lengan abangnya.
Tengku Kaizer menjongket kening tanda tidak faham. Sambil itu nasi goreng bebola daging disuap ke dalam mulut.
Dalam merajuk begini pun, masakan Karina masih tetap enak.
"Gaduh ke?" riak wajah Tengku Gabriel mengejek.
"Jangan sibuk hal orang." kepala adiknya ditolak kuat.
Tengku Gabriel menahan tawa.
"Siapa buat hal ini? Mesti kau kan, bang?" Tengku Gabriel usik lagi.
"Kau jangan sampai aku-"
"Gabriel, awak nak tambah lagi tak? Kalau nak, ada lagi nasi goreng dekat dapur tu. Saya boleh tolong ambilkan." kemunculan Karina di situ membuatkan Tengku Kaizer terdiam seketika.
Behave, behave.
"It's okay, kakak. I dah kenyang. Sedap kakak masak. Rasanya macam abang je yang nak tambah lagi tu. Kan bang?"
Hampir Tengku Gabriel terjerit kecil apabila merasakan kakinya dipijak kuat. Abangnya punya kerja lah ni.
Karina hanya beriak kosong.
"Kalau tak nak makan lagi, saya cuci lah mangkuk ni ya?" mangkuk besar yang berisi sisa nasi goreng itu Karina ambil dan terus bergerak ke dapur.
"Memang merajuk betul tu, bang." Tengku Gabriel menahan tawa.
Budak kecil pun tahu yang Karina sedang melancarkan perang dingin terhadap Tengku Kaizer.
Vibe tu satu rumah boleh rasa tau!
"Kau diam boleh tak?" jangan sampai kepala adiknya itu benjol dia kerjakan.
Ni kalau ada Selena lagi rancak dua ekor ini mengusiknya.
YOU ARE READING
KARINA
RomanceCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...