14 - KARINA

13.1K 654 62
                                    

"Thank you, come again." Karina tunduk sedikit sambil menyerahkan bungkusan kek yang telah ditempah oleh pelanggannya.

Karina menghantar pemergian pelanggannya bersama senyuman manis.

"Hello, pengantin baru yang seksiiii! I'm back, bitch." Arya tiba-tiba muncul di pintu masuk dengan gaya seperti model sedang posing menyandar pada pintu serta sebelah kaki dilunjurkan ke hadapan.

Senyuman Karina terus mati. Mata dijulingkan ke atas serta kepala digeleng lalu meneruskan pekerjaannya memeriksa pastri dan kek di setiap rak display berkaca tersebut.

"Amboi, dia!" Arya berjalan mendekati Karina.

"Sejak dah jadi isteri orang ni bukan main sombong lagi kau ya?" lengan Karina di cubit lembut.

"Mestilah." Karina 'flip' rambut ikal mayangnya sehingga terkena wajah Arya sambil menayang muka riak.

Arya ketawa kecil.

"Gediklah kau ni." telinga Karina pula ditarik. Karina juga turut ketawa.

Arya tiba-tiba menarik lengan Karina lalu membawa gadis itu hingga ke sofa. Karina jadi terpinga-pinga melihat tindakan Arya. Wajah teruja gadis itu juga membuatkan Karina jadi hairan.

"Kau dah kenapa tarik-tarik aku ni?" soal Karina sebaik saja mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa.

Arya sengih panjang.

"Tak nak ke cerita dekat aku pengalaman kau setakat dua minggu sudah bergelar menjadi isteri orang? Eh, tidak tidak. Lebih spesifik lagi. Isteri Tengku Kaizer Emmerson." Arya masih setia dengan riak terujanya.

Sehari selepas perkahwinan Karina, dia tidak sempat bertemu dengan gadis itu kerana Arya terpaksa bergegas ke Singapura untuk melawat adiknya yang tiba-tiba dimasukkan ke hospital. Jadi, sebaik saja Arya tiba di KLIA dia terus bergegas ke sini kerana tidak sabar mendengar cerita dari mulut Karina.

Betapa busybody-nya si Arya ini.

"Baru dua minggu kan? Kau nak expect apa?" balas Karina pula.

"Hey, kau jangan macam-macam tau Karina. Untuk pasangan pengantin yang baru berkahwin macam kau dengan Kaizer, dalam masa dua minggu tu macam-macam benda boleh jadi tau." beritahu Arya.

Eleh, Arya pun. Bercakap macam dia dah kahwin saja.

"Itu kalau pasangan pengantin yang lain. Kalau aku dengan Kai, tak ada apa-apa perbezaan kot. Kahwin tak kahwin sama saja." ayat terakhir itu Karina lafaz dengan nada perlahan.

Arya senyap seketika. Dia perasan riak wajah Karina berubah muram. Gadis itu hanya tunduk menekur pada lantai.

"Dia masih fikir fasal perempuan tu ke?" tebak Arya.

Karina pernah menceritakan tentang gadis bernama Rachel itu kepadanya. Dia dan Karina sendiri tidak tahu apa sebenarnya hubungan Tengku Kaizer dan Rachel.

Nak kata bercinta, Karina bilang ibu Tengku Kaizer dan adik-beradik lelaki itu sendiri cerita bahawa Tengku Kaizer single sejak azali lagi. Karina lah perempuan pertama yang mendampingi Tengku Kaizer.

Entahlah labu.

Karina angguk perlahan.

"Aku pun tak tahu perempuan tu bagi makan apa dekat suami aku sampai dia susah sangat nak lupakan Rachel." luah Karina tidak berpuas hati.

Sepanjang dua minggu dia duduk serumah bersama Tengku Kaizer, nama Rachel sering terpampang di skrin iphone Tengku Kaizer.

Lelaki itu pun asyik senyum, tersengih seorang diri dengan telefon bimbitnya.

KARINA Where stories live. Discover now