Lagu A Thousand Years nyanyian Christina Perri mengindahkan majlis pada malam itu. Alunan muzik yang berkumandang mengiringi setiap langkah tarian dua pasangan sejoli di tengah ballroom sambil disaksikan oleh para tetamu yang hadir.
Mata bertentang mata sepanjang langkah perlahan itu ditarikan. Senyuman manis juga terukir di bibir.
Senyuman yang menghiasi bibir Karina terukir ikhlas. Setiap langkah tarian dia bersama Tengku Kaizer dinikmati penuh rasa bahagia. Tidak sangka majlis perkahwinan yang dirancang dalam masa yang singkat berjalan dengan lancar.
Dengan bantuan Tengku Marwa, Arya dan Tengku Selena, majlis yang selama ini Karina idamkan sejak dulu telah direalisasikan.
Tengku Kaizer pula hanya menurut saja. Dia malas mahu masuk campur. Apa yang penting, Tengku Marwa dan Tengku Zayn gembira dengan keputusannya menikahi Karina. Itu sudah cukup.
Tengku Kaizer tidak mampu mengelak atau membantah walhal dia belum cuba sekalipun untuk berbuat sedemikian. Sebagai anak yang taat, itu lah tugasnya. Menurut kata orang tua walaupun perasaan dan masa depan sendiri tergadai.
"Berapa lama lagi kita nak kena menari?" bisik Tengku Kaizer.
"Sampai lagu ni habis mungkin. Ini lagu favourite saya tau." beritahu Karina tanpa di tanya.
Terlalu minat menonton Twilight series dan Robbert Pattinson sebagai Edward Cullen di dalam movie tersebut membuatkan Karina tidak pernah jemu mendengar lagu ini.
Tengku Kaizer menggulingkan mata ke atas.
"Macamlah aku kisah."
Karina ketawa kecil.
"Hey, kawal sikit muka awak tu, Mr Emmerson. Semua orang sedang melihat kita." pesan Karina membuatkan Tengku Kaizer terpaksa menayangkan semula senyuman palsu menatap wajah Karina.
Gadis itu ketawa lagi. Terhibur pula melihat riak wajah suaminya.
Suami?
Oh Tuhan, semua ini bagaikan mimpi.
Tidak sangka lelaki asing dihadapannya ini sudah bergelar suami kepada Karina Milani.
Dialah Karina Milani itu.
Abang Yusuf, Karina kahwin dengan kerabat diraja!
Karina tersengih seorang diri membuatkan bola mata Tengku Kaizer berputar sekali lagi.
Tengku Kaizer akui Karina kelihatan sangat cantik malam ini. Dia juga seorang lelaki jadi perasaan memandang wanita cantik seperi Karina ini sedikit menyuntik hati lelakinya.
Sedikit saja ya?
Rekaan gaun pengantin Vera Wang yang ringkas namun tampak elegan itu menyerlahkan keayuan dan kecantikan Karina.
Patut saja adik lelakinya Gabriel yang mata keranjang itu asyik memuji Karina. Gadis di hadapannya ini memang memiliki kecantikan yang luar biasa.
Tetapi cantik seperti bidadari sekalipun jika hatinya sudah dimiliki orang lain, semuanya tidak ada guna.
Rachel masih pegang utuh perasaan yang ada di dalam hatinya.
Ah, dia rindu gadis itu.
"So this is also your idea and your dream come true? Menari depan semua orang? Huh?" soal Tengku Kaizer.
Lama betullah lagu kegemaran si Karina ni nak habis.
"Nope. Bukan idea saya. Tapi idea mummy awak. Awak ingat saya nak ke buat benda cringe macam ni?" jelas Karina pula.
YOU ARE READING
KARINA
RomanceCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...