45 - KARINA

24.1K 1K 58
                                    

Wajah selamba Mikhael di hadapannya itu direnung tajam. Buah anggur di dalam piring di kunyah kuat mahu melepaskan rasa geram. Tak sangka Mikhael yang dulu pernah menjadi pekerja di bakerinya adalah seorang yang menyakitkan hati!

"Jangan pandang saya macam tu, Karina. Awak tahu saya takkan bagi pada awak." Mikhael mengerling Karina di hadapan.

Makanan terus disuapkan ke mulut.

"Dasar kedekut. Saya nak sikit pun awak tak nak bagi. Takkan saya nak kena makan buah saja sampai anak saya keluar. Awak saja nak seksa saya ke apa?" keluh Karina geram.

Karina nak makan nugget yang macam Mikhael makan itu. Tapi Mikhael tak benarkan. Sebab katanya tak baik untuk baby dalam perut.

Sepanjang satu minggu dia tinggal di rumah Isaac sejak pulang bercuti tempoh hari, rutin makannya terus dimonopoli Mikhael. Semua makanan tak boleh di makan. Kecuali buah buah buah saja. Tak buah nanti sayur. Naik bosan Karina dibuatnya!

"It's good for your baby, Karina." jawab Mikhael.

Karina memutarkan bola mata ke atas. Itu sajalah skema jawapannya. Meyampah betul!

"Morning."

Suara Isaac menjengah di dapur. Isaac terus mengambil tempat di sebelah Karina. Sarapan yang terhidang di atas meja mula di santap.

"Karina breakfast makan buah saja?" tegur Isaac setelah terlihat pinggan adiknya.

Karina mendengus lemah.

"Abang tanya lah pembantu peribadi abang yang tak guna tu." marah Karina menjeling Mikhael.

Lelaki itu hanya sengih panjang. Marah betul ya sampai kutuk kita tak guna.

Isaac pandang wajah Mikhael.

"Adik Tuan kan pregnant jadi buah-buahan sangat baik untuk Karina dan baby dia." Mikhael ulang jawapannya lagi.

"Tapi Karina nak makan nugget juga, abang. Bukannya banyak pun. 3 ketul saja. Sejak Karina duduk sini, semua benda Karina tak boleh makan. Mikhael lah puncanya." mulut Karina membebel serupa bertih jagung.

Isaac menggeleng kepala. Fasal nugget pun boleh bergaduh ke.

"Bagilah dekat dia. Karina nak makan sikit je tu." arah Isaac menyebelahi Karina.

Karina tunjuk muka kemenangan. Mikhael menjeling tajam. Dengan rasa terpaksa, Mikhael meletakkan 3 ketul nugget di dalam pinggan Karina.

"Nak satu lagi boleh?" sengih Karina.

Mikhael menjegil mata. Lebih-lebih pula dia.

"Abang, Karina nak satu lagi nugget boleh kan?" tanyanya pada Isaac pula. Dia tahu Isaac pasti akan menurut permintaannya.

Isaac angguk.

Mikhael menggeleng kepala. Tuannya ini pun satu. Bila dengan Karina tiba-tiba jadi pak turut pula.

Senyuman Karina semakin lebar setelah makanan yang diidamkannya dari tadi berada di depan mata.

Kesian anak ibu nak makan nugget ya?

"Mana bonda? Tak nampak pun?" soal Isaac.

"Bonda dekat luar. Nak siram bunga katanya." jawab Karina.

"So macam mana Karina duduk sini? Karina selesa?"

Karina angguk laju.

"Selesa sangat. Terima kasih abang sebab sudi terima Karina. Karina seronok sebab dapat jumpa abang balik. Jumpa bonda."

Selepas mengetahui segala-galanya tentang Isaac, Karina mengambil keputusan untuk tinggal bersama Isaac dan Warda. Arya juga sudah tahu tentang hal ini. Arya kata hidup Karina penuh dengan plot twist.

KARINA Where stories live. Discover now