27 - KARINA

20.2K 929 98
                                    

Air mata masih setia mengalir di pipi. Kepala menunduk lemah mahu menyembunyikan wajah serta esakan yang dari tadi berlagu kecil. Hari ini Karina kalah dengan perasaan sendiri. Sangkanya dia kuat namun tidak kali ini.

Melihat Tengku Kaizer berpelukan bersama Rachel tadi membuatkan hati miliknya hancur. Mencintai seseorang yang mencintai orang lain sangat perit, bukan?

Entah sampai bila Karina harus bertahan dan menunggu agar hati serta perasaan Tengku Kaizer terbuka untuknya? Kerana terlalu cinta kepada lelaki yang bergelar suami, Karina gagahkan hati dan butakan mata walau bagaimana dingin sekalipun layanan Kaizer terhadapnya. Kerana dia percaya jodoh dan takdir Tuhan. Dan Karina yakin Tengku Kaizer akan menjadi miliknya suatu hari nanti.

Tetapi setelah melihat Tengku Kaizer dan Rachel tadi, masihkah ada keyakinan buat Karina tentang hubungannya bersama Tengku Kaizer?

Sungguh, Karina benar-benar cemburu dengan Rachel. Gadis jelita itu memang serba serbi sempurna untuk Tengku Kaizer. Mungkin kerana itu jugalah Tengku Kaizer tidak dapat melupakan Rachel.

Tidak seperti hidup Karina yang sering malang. Sejak kecil, mama dan papa Karina telah pergi menghadap Yang Maha Esa. Mujur ada Yusuf yang menjadi penyeri hidupnya sehingga Karina merasakan Yusuf lah satu-satunya dunia buat Karina.

Namun, tidak lama selepas itu Yusuf juga turut meninggalkan dia. Dunia Karina menjadi kosong sepenuhnya. Kesedihan dan kesepian sudah begitu sebati dalam hidup Karina.

Munculnya Dato' Andika memberikan Karina peluang untuk merasakan kasih sayang semula. Rasa kasih seorang datuk terhadap cucu.

Karina bahagia walau tidak semua ahli keluarga Dato' Andika menerima kedatangannya di dalam keluarga tersebut.

Dan hadirnya Tengku Kaizer menambahkan lagi rasa bahagia itu. Kaizer menghadirkan perasaan cinta dalam dirinya.

Ya, sebelum ini dia juga pernah merasakan perasaan itu sewaktu Karina bersama Daniel. Tetapi bila bersama Kaizer perasaan yang dia rasakan sangat berbeza. Cinta buat lelaki itu sangat luar biasa.

Hari-hari yang dijalani di samping Kaizer membuatkan Karina terasa mahu hidup lebih lama.

Ah, mungkinkah ini balasan buat dirinya? Dia terlalu tamak mahu merasakan kebahagiaan dari semua orang di sekeliling sehingga akhirnya dia yang tersakiti.

Tapi salahkah jika dia mahu mengharapkan rasa cinta daripada suami sendiri?

Air mata mengalir lagi.

"Ehem..."

Deheman kecil itu sedikit mengejutkan Karina. Wajahnya diangkat perlahan.

"I-Isaac?" Isaac yang tersenyum manis itu di pandang dengan riak aneh.

Tangan menyeka air mata di pipi.

"Boleh saya duduk?" soal Isaac.

"Hah? Errr-" sekeliling taman diperhati seketika lalu kepala mengangguk lambat.

Pantas Isaac merebahkan punggung di sebelah Karina di atas bangku panjang itu. Sepi menjengah suasana untuk seketika.

Wajah Karina yang membuang pandang ke arah tasik yang dihiasi bunga teratai itu Isaac pandang dengan senyuman nipis.

Setelah mendapat panggilan daripada seseorang, Isaac terus bergegas ke sini untuk mendapatkan Karina.

Gadis itu sedang dilanda kesedihan, jadi Isaac harus berada di samping Karina walau dalam keadaan apa sekalipun.

"Dah habis dah menangis?" tanya Isaac memecah kesunyian.

"Hm?" kepala Karina berpaling memandang lelaki itu di sebelah.

KARINA Where stories live. Discover now