Lenggokan manja Karina memukau pandangan mata Tengku Kaizer. Setiap langkah gadis itu perlahan namun penuh menggoda. Air liur ditelan berkali-kali. Jantung berdetak laju menunggu langkah seksi Karina mendekatinya.
Akal fikiran menjerit agar dia segera melangkah pergi dari situ namun hati berkata sebaliknya.
Dia menginginkan Karina malam ini. Hatinya menjerit begitu.
"Kaizer..."
Sentuhan lembut jari Karina menjalar hangat di pipi. Perlahan Tengku Kaizer sambut jari runcing itu lalu dikucup lembut. Jelas senyuman kecil terbit di bibir Karina. Mungkin gadis itu suka diperlakukan sebegitu.
Tangan Tengku Kaizer mula meraih pinggang ramping Karina sehingga gadis seksi itu terduduk di ribanya. Karina senyum lagi.
Leher si suami dirangkul. Dahi berlaga rapat sehingga wangian manis milik Karina menyuntik rasa asing dalam jiwa lelakinya.
"I want you." suara Karina halus dan lembut.
Tengku Kaizer senyum sinis.
Nakal!
"I'm all yours, baby girl."
Rangkulan pinggang Karina semakin dieratkan. Jari bermain seketika di wajah mulus isterinya sebelum bibir mungil Karina diragut.
Bibir Karina seperti ecstacy. Dia seakan enggan melepaskan bibir itu walaupun sesaat. Tengku Kaizer tidak dapat menahan diri lagi. Tubuh kecil Karina yang masih duduk diribanya diangkat lalu membawa langkahnya bersama Karina ke katil bersaiz king itu.
Perlahan tubuh Karina direbahkan di atas katil bersama ciuman yang semakin hangat. Jari sibuk membuka segala pakaian yang menutup tubuh Karina.
Jiwa dan nafsu meronta mahu bersatu dengan Karina malam ini. Dan pada saat Tengku Kaizer mahu memulakan aksi, panggilan lembut Karina menghentikan pergerakannya.
"Kenapa sayang?"
Karina cuma mengukir senyuman nipis. Kepala digeleng kecil.
Tengku Kaizer turut tersenyum lalu kembali mencumbui Karina namun sempat di halang gadis itu sekali lagi.
"Hey, what's wrong?" soal Tengku Kaizer hairan.
Dia sedang berperang dengan nafsunya tapi Karina seakan sengaja mahu menduganya dengan cara seperti ini.
Karina diam dan senyuman terbit lagi di bibirnya dalam samar kegelapan.
Tengku Kaizer menggigit bibir menahan geram dan nafsu. Kedua belah tangannya pantas bertindak menahan lengan Karina. Dan sekali lagi bibirnya di benam pada bibir gadis itu.
Ciuman lembut bertukar ghairah. Namun tidak semena-mena, satu tamparan kuat di belakang tubuh Tengku Kaizer menghentikan perbuatannya. Mata yang tertutup rapat segera dibuka luas.
Wajah Tengku Kaizer berubah terkejut di saat melihat Karina duduk di sebelah pembaringannya.
"Bangun pun!" Karina menggeleng kepala memeluk tubuh.
Tengku Kaizer meraup wajah berkali-kali sebelum memandang ke arah Karina dengan riak blur.
Bukankah tadi dia bersama dengan Karina sedang...
"Kai, kenapa dengana awak ni? Awak okay tak?" pipi suaminya ditepuk perlahan.
Mungkin lelaki itu masih dalam separa tidur. Tengok muka dia pun macam suaminya itu sedang melihat hantu saja.
Hey, dia pagi-pagi lah dah comel okay?
Sentuhan tiba-tiba dari Karina itu cukup memeranjatkan.
"D-don't touch me." jari Karina dikalih laju.
YOU ARE READING
KARINA
RomanceCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...