5 - KARINA

14K 686 38
                                    

Langkah Karina perlahan mengekori perjalanan Dato' Andika dari belakang sepanjang mereka memasuki restoran bertaraf 5 bintang itu.

Hanya Tuhan saja yang mengetahui betapa berat hatinya mahu menyertai makan malam bersama keluarga Tengku Zain pada malam ini.

Dia tahu Dato' Andika bukan saja-saja mahu mengajaknya ke sini kerana berjuta alasan yang Karina sudah cipta namun semuanya ditolak mentah-mentah oleh Dato' Andika.

Bukan sehari dua Dato' Andika mengenalinya. Jadi orang tua itu tahu jika Karina benar-benar berbohong atau tidak.

"Karina, cepat sikit jalan tu. Keluarga Tengku Zain dah lama tunggu kita." Dato' Andika berpaling ke belakang apabila melihat cucunya jauh ketinggalan di belakang.

Karina hanya angguk lemah.

"Mana kek yang Karina bawa tadi? Ni mesti Karina lupa kan?" soal Dato' Andika apabila menyedari tangan Karina kosong.

"Alamak!" Karina terkejut sendiri.

Patutlah sepanjang dia berjalan memasuki restoran tadi, Karina merasakan dia ada terlupa sesuatu.

"DaDa masuk dulu tau. Karina nak ambil kek kejap." beritahunya lalu berpatah balik ke tempat letak kereta.

"Jangan lama sangat. Tak manis kalau kita biar keluarga Tengku Zain tunggu lama-lama." sempat Dato' Andika berpesan.

Kepala Karina mengangguk malas.

Haih, DaDanya ini tak habis-habis dengan keluarga Tengku Zain dia tu.

Bosan lah!

Karina melangkah laju menghampiri kereta yang dinaiki oleh mereka untuk ke sini tadi.

Pintu kanan di bahagian penumpang dibuka. Tangannya segera menggapai kotak putih saiz sederhana besar dengan penuh berhati-hati.

Penatnya belum habis akibat kejadian dia di ganggu lelaki gila pagi tadi namun Karina harus bergegas pulang ke rumah untuk menyiapkan kek coklat seperti yang di minta oleh Dato' Andika.

Kata DaDanya, anak Tengku Zain suka makan kek coklat. Jadi, Dato' Andika mahu kek coklat itu nanti menjadi buah tangan dari mereka semasa makan malam pada malam ini.

Itulah yang membuatkan Karina makin rasa tidak sedap hati.

Nak buat apa sampai bagi kek coklat dekat anak Tengku Zain tu? Dia bukan kenal pun dan kalau boleh Karina tak nak ambil tahu.

DaDanya ni memang sesuatu tau!

"Ouch!" sebaik saja tubuh berpusing ke belakang Karina merasakan tubuhnya melanggar sesuatu yang keras.

Hampir saja Karina jatuh terlentang ke belakang namun dia sempat menstabilkan diri.

Kek coklat yang dipeluk erat juga selamat.

Kepala yang menekur pada jalan raya didongak ke atas.

Mata Karina terbeliak besar.

"Encik lagi?!" Karina seakan tidak percaya.

Bukan anak raja sombong ni sepatutnya duduk dalam hospital ke? Apasal boleh merayau dekat sini pula?

"You ni memang buta kan? Dasar alien!" cemuh Tengku Kaizer menjeling Karina.

Kenapalah Tuhan selalu mempertemukan dia dengan perempuan mental tak stabil ni?

"What the f-. Alien? Apa kaitan buta dengan ailen? Encik tu yang alien. Nak buat analogi pun bagi lah yang cerdik sikit." balas Karina  geram.

Tak sangka anak raja pun IQ rendah.

"Memang you Alien. Manusia jalan guna mata. Alien macam you jalan guna hidung. Sebab tu asyik langgar orang saja. Dah, tepi!" Tengku Kaizer menolak tubuh Karina yang menghalang perjalanannya.

KARINA Where stories live. Discover now