40 - KARINA

19.8K 771 33
                                    

"Congrats, Karina! Oh my god. Best friend aku nak jadi mummy tak lama lagi. I'm so happy for you!" Arya terlompat-lompat seakan anak kecil yang gembira dibelikan aiskrim.

"Shuhhhhh.." Karina menekup mulut Arya.

"Suara kau tu tak boleh besar lagi ke? Biar satu bandar ni dengar." sindir Karina geram.

Arya ni memang. Kalau dah teruja, macam orang gila lagaknya.

"Nak ke? Aku boleh jerit sekarang." balas Arya selamba.

Jelingan tajam Karina itu mengundang tawa Arya.

"So, macam mana reaksi Kai bila dia tahu kau tengah pregnant sekarang?" soal Arya pula. Perut kempis Karina itu disentuh lembut.

Tak sabarnya nak tengok perut Karina memboyot. Mesti comel. Jalan pun macam pengiun sebab bawa perut besar sangat. Hihi.

Karina menggigit bibir.

"Actually aku belum bagitahu Kai lagi fasal benda ni. Semua orang belum tahu kecuali kau." Karina berterus terang.

"What? Why? Kenapa kau tak bagitahu dia?" suara Arya naik seoktaf.

Tipu lah kalau Julia dan Mikhael di luar tidak mendengar suara mak lampir Arya di dalam bilik rehat ini.

Karina diam.

"Kau kena bagitahu dia, Karina. Dia suami kau. Ni, anak dalam perut kau ni anak dia." tutur Arya.

"I-iya. Aku tahu, Arya. T-tapi macam mana kalau dia tak nak terima anak ni?" luah Karina.

Arya mendengar seakan tidak percaya.

"Hey, sejak bila pula kau jadi perempuan bodoh ni? Kenapa pula kau boleh fikir sejauh tu? Tak faham betullah aku dengan pemikiran kau ni, Karina." Arya menggeleng kepala. Sumpah dia tidak berpuas hati dengan tindakan Karina.

"Aku bukan bodoh. Aku cuma takut. Kau tahu kan, Kai masih tak dapat nak buka hati dia untuk terima aku? Kalau dia tahu aku mengandung, aku takut dia tak boleh terima anak ini. Aku tak sanggup nak hadap kenyataan itu, Arya." luah Karina lagi.

"Takut kau tu tak berasas langsung. Kau tak pernah terfikir ke dengan adanya anak ini, hubungan kau dengan Kai mungkin akan jadi lebih baik lagi. Aku yakin Kai dia boleh terima anak ni dan dia juga akan dapat terima kau. Boleh tak kau jangan berfikir sampai macam tu sekali. Aku tak rasa Kai jahat sangat sampai tak nak mengaku yang anak dalam perut kau tu anak dia sendiri?" sangkal Arya bersungguh-sungguh.

Karina diam lagi.

Perutnya diusap lembut. Iya, mungkin dia saja yang terlalu banyak berfikir. Overthinking sampai menyakitkan hati sendiri.

"Sekarang apa yang kau perlu buat adalah balik nanti kau bagitahu dia. Kau jangan risau. Kalau ada apa-apa jadi nanti aku akan selalu ada dengan kau, Karina. Aku sayang kau dan aku dah jatuh sayang dengan anak kau ni. Aku akan jaga kau berdua macam aku jaga nyawa aku. Okay?"

Karina terharu. Matanya berkaca setelah mendengar butir tutur kata Arya. Dia memang beruntung kerana punya Arya yang akan selalu ada dengannya. Arya memang sahabatnya yang paling baik.

"Thanks, Arya. Aku pun sayang kau juga." tubuh Arya dipeluk erat.

"Biarlah aku letak dalam laci! Apa masalah kau? Nanti kalau costumer cari senang aku bagi balik!"

"Tak payah sibuk lah kau. Bagi balik gambar tu! Aku yang jumpa tadi kan."

"Kau tu bukannya selalu datang kerja pun. Macam mana kalau costumer tu datang masa kau tak ada. Kan dah menyusahkan semua orang."

Suara Mikhael dan Julia dari luar membuatkan Karina dan Arya saling berpandangan. Mood sentimental tadi terus hilang.

"Dah kenapa dengan budak dua ekor dekat luar tu?" soal Arya pelik.

KARINA Where stories live. Discover now