Karina berjalan laju dari bilik Tengku Selena ke bilik tidurnya yang dikongsi bersama Tengku Kaizer. Sebaik tiba, kaki melangkah menuju ke bilik wardrobe. Dia tahu suaminya pasti berada di situ.
Kepala dijenguk di sebalik daun pintu. Senyuman terukir nipis. Betul telahannya tadi kan? Kelihatan suaminya sedang bersiap-siap di hadapan cermin.
Seperti biasa, Tengku Kaizer selalu menjadi punca love struck muncul di matanya.
Handsome sangat. Rasa nak gigit!
"Yes, Karina? Tak pernah tengok orang bersiap depan cermin?" tegur Tengku Kaizer menyedarkan lamunan Karina.
Tawa kecil meletus di bibir Karina. Perlahan, kakinya berjalan mendekati Tengku Kaizer.
Sengihan di wajah Karina itu dipandang dengan riak hairan oleh Tengku Kaizer.
Mesti ada apa-apa ni.
"Pukul berapa awak nak hantar mummy dengan daddy pergi airport?" soal Karina basa-basi.
"Kejap lagi." jawab Tengku Kaizer ringkas. Mata ralit memilih jam tangan yang tersusun rapi di dalam laci berkaca.
"Awalnya mummy dengan daddy balik Malaysia. Nanti sunyi lah saya kalau mummy dah balik sana. Awak pula mesti busy dengan kerja. Lepastu Selena dengan Gabriel ada kelas online. Terperap saja dalam bilik." luah Karina.
Sepanjang 3 hari dia berada di sini, Tengku Marwa lah jadi teman bicara sementara menunggu kepulangan Tengku Kaizer dari kerjanya yang tak pandai habis. Dan sepanjang 3 hari itu juga, Karina belum lagi melunaskan impian untuk bersiar-siar di sekitar bandar Grandbell.
Dia boleh saja paksa Gary dan Darrell. Alah, ugut sikit confirm orang suruhan Tengku Kaizer itu akan menurut. Tapi Karina mahu menghabiskan masa bersama dengan Tengku Kaizer. Bukan dengan orang lain.
Tetapi itu lah. Bersiar-siar dalam mimpi pun jadi lah kut. Macam tak biasa pula kan?
"Kalau you bosan duduk sini, ikutlah mummy dengan daddy balik sekali." balas Tengku Kaizer selamba.
"Saya okay saja. Tapi lepastu sanggup ke Tengku Kaizer si anak manja mak ni mendengar leteran mummy-nya kerana menyuruh isteri sendiri balik dan tidur seorang diri rumah agam besar tu?" sempat Karina menyindir.
Tengku Kaizer menjeling tajam.
Dasar Karina!
Karina ketawa kecil melihat reaksi Tengku Kaizer. Ha, tengok. Sebut nama mummy dah takut. Suami siapa lah ni kan?
"Siapa yang ikut awak hantar mummy dengan daddy? Darrell dengan Gary?" tanya Karina lagi.
"Gabriel dengan Harlem kut. Gary dengan Darrell cuti sampai esok."
Karina mengangguk kecil. Bibir digigit perlahan. Dia hampir lupa akan niat asalnya untuk menemui Tengku Kaizer tadi.
Sebaik saja menyedari Tengku Kaizer berjalan menuju ke almari, Karina juga mengekori dari belakang. Wajah Tengku Kaizer yang ralit memilih deretan leather jacket itu Karina perhati dengan sengihan.
Tengku Kaizer menjeling sekilas Karina disebelah apabila perasan akan pandanan Karina sebelum menggeleng kepala.
"Yes, Karina? Just tell me. You nak apa? Tak payah tayang muka macam tu. Tak cute langsung." beritahu Tengku Kaizer.
Tapi Kaizer tipu. Bukan tak comel langsung. Adalah comel sikit. Dengan rambut tocang satu, pakai t-shirt putih kosong di tuck-in bersama skirt pleated warna ungu pastel paras paha.
Nasib baik kubu pertahanan masih kukuh.
"Hm. Actually kan, sayang..." jari Karina menguis hujung jaket kulit hitam yang dikenakan di tubuh suaminya.
YOU ARE READING
KARINA
RomanceCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...