20 - KARINA

18.5K 810 65
                                    

Rasa haus pada anak tekak mengganggu lena Karina yang nyenyak pada malam itu. Pada mulanya Karina cuba tidak menghiraukan rasa haus tersebut namun semakin di tahan tekaknya semakin kering dan minta dibasahkan dengan air sejuk. Akhirnya, Karina terpaksa mengalah dan mengambil keputusan untuk turun ke bawah.

Bersama dengusan kecil, Karina pantas bangun dari pembaringan. Tubuh Karina jadi keras seketika apabila menyedari kelibat Tengku Kaizer tidak ada di sebelah. Anak mata dilarikan ke arah pintu bilik air yang tertutup rapat.

Mungkin suaminya sedang berada di dalam bilik air itu barangkali.

Comforter tebal diselak dan kaki perlahan menuruni katil. Satu persatu anak tangga dijejak untuk menuju ke dapur.

Namun belum sempat kaki menyentuh anak tangga terakhir langkah Karina terus mati sebaik telinganya menangkap bunyi aneh dari arah dapur.

Perasaan cuak mula menjengah Karina. Tengah-tengah malam seperti ini, otak Karina mula membayangkan benda yang bukan-bukan.

Hantu kah?

Atau...

Pencuri?

Sangkaan sendiri itu membuatkan Karina semakin ketakutan. Jadi, Karina mengambil keputusan untuk pergi mendapatkan Tengku Kaizer di atas. Dia tidak kuat untuk menghadapi segala macam hal yang akan berlaku di dapur itu seorang diri.

Karina pantas mendaki semula anak tangga namun sekali lagi langkahnya mati apabila mendengar suara garau pula dari dapur.

"Ouch, ouch!"

Kepala Karina berpaling ke arah dapur suram itu.

"Kaizer?" soalnya sendiri.

Sudah tinggal sebumbung dalam tempoh beberapa bulan ini bersama Tengku Kaizer membuatkan Karina cukup kenal dengan suara lelaki itu.

"Kai?" panggil Karina. Dia memberanikan diri untuk berjalan ke arah dapur.

"Kaizer?" seru Karina lagi setelah panggilannya tadi tidak disahut.

Betul ke itu suara Tengku Kaizer?

Atau dia yang salah dengar?

"Kai-"

"Kaizer!" Karina mempercepatkan langkah apabila terlihat Tengku Kaizer terduduk lemah di atas lantai sebaik saja dia tiba di dapur.

Lantai yang kotor dengan beberapa titisan darah kecil itu membuatkan hati Karina bertambah risau.

"Sayang, kenapa ni?" Karina melutut di hadapan Tengku Kaizer.

Wajah lelaki itu kelihatan pucat dan terpejam rapat seakan menahan sakit sambil mencengkam pergelagangan tangannya.

"Kai, jari awak." jari telunjuk Tengku Kaizer yang basah dengan darah itu Karina sentuh.

"Kita cuci darah ni dulu ya. Jom, bangun." Karina cuba menarik lengan Tengku Kaizer agar berdiri.

Lelaki itu terlihat lemah. Nasib saja dia masih mampu untuk berdiri. Mana mampu kudrat Karina yang kecil ini mahu memaksa badan Tengku Kaizer yang sasa itu agar berdiri.

Darah merah pada jari Tengku Kaizer itu Karina cuci menggunakan aliran air. Sesekali Karina terdengar decitan halus di mulut Tengku Kaizer. Mungkin suaminya sedang menahan rasa sakit.

"Tahan sikit ya, sayang?" tutur Karina lembut.

Melihat keadaan Tengku Kaizer sekarang mengingatkan Karina tentang kejadian lalu. Tengku Kaizer pernah menyelamatkannya dahulu daripada lelaki gila sehingga tangan Tengku Kaizer cedera teruk. Dan disebabkan berlaku pendarahan yang banyak, lelaki itu terus pengsan.

KARINA Where stories live. Discover now