Tengku Kaizer pantas keluar dari perut kereta dengan perasaan teruja. Awal pagi tadi selepas mendapat panggilan telefon daripada pihak hospital yang mengatakan Rachel sudah sedarkan diri, Tengku Kaizer terus bergegas ke sini.
Sempat juga dia menyiapkan sup ayam kegemaran Rachel dan singgah membeli sejambak bunga ros merah hidup sebagai buah tangan untuk gadis kesayangan.
Sejak tadi, senyuman manis masih tidak lekang dari bibir merah milik Tengku Kaizer. Akhirnya, gadis yang dirindui selama ini sudah muncul di hadapan mata.
"I tak kira, Sam. I nak jumpa you juga. There's something I have to tell you and this is really important. Ini antara hidup dan mati kita. Dan I nak you pun ikut bertanggungjawab dengan kesilapan kita berdua."
Kaki Tengku Kaizer terhenti mendengar perbualan itu dari dalam bilik wad Rachel. Tengku Kaizer sangat yakin suara jelas itu adalah milik Rachel. Matanya menilik di sebalik celahan pintu yang sedikit terbuka. Kelihatan Rachel sedang membuat panggilan telefon.
"Sam?" tanya Tengku Kaizer sendiri.
Mata dipejam rapat cuba memikirkan nama 'Sam' dari kenalannya atau Rachel.
"Siapa Sam?"
"Kaizer?"
Rachel sedikit terkejut apabila kelibat Tengku Kaizer berdiri terpacak di hadapan pintu sebaik saja daun pintu dikuak.
Dada diurut perlahan.
"Terkejut I tau? Bila you sampai?" soal Rachel berundur sedikit ke belakang memberikan ruang untuk Tengku Kaizer masuk.
"Baru saja tadi." bohong Tengku Kaizer.
Rachel mula kembali menapak ke katilnya semula. Tengku Kaizer juga menempatkan diri di sebelah katil gadis itu.
"For you." sejambak bunga ros diserahkan pada Rachel.
"Aw, so sweet of you, Kai. You dari dulu lagi memang tak pernah berubah kan? Rajin saja bagi I bunga. Bunga yang you bagi dulu tu pun dah tumbuh mekar dekat rumah I." Rachel hidu bunga ros pemberian Tengku Kaizer.
Wangi!
"And I rasa sup ayam yang I selalu buat untuk you di Germany dulu pun masih sama kut." Tengku Kaizer meletakkan bekas berisi sup ayam di atas meja kecil di sebelah katil Rachel.
"Oh my God, Kaizer! I really miss your sup ayam." Rachel berubah teruja. Bekas tadi terus diambil dan dibuka.
"Sedapnya bau. I ingat bau sup ini. Tak sabarnya I nak makan." sup dihirup berhati-hati.
"Be careful, Rachel. Panas lagi tu." Tengku Kaizer tersenyum menggeleng kepala memerhati gerak geri Rachel.
Gadis itu masih tetap cantik di matanya sejak pertama kali mereke bertemu.
"I tak sangka boleh jumpa you di Malaysia. Kecilnya dunia ini." tutur Rachel. Tangan masih galak menyuap sup ayam ke dalam mulut.
"Yeah, I pun. Oh ya. I nak minta maaf fasal semalam. I dah langgar you. Sumpah, I memang tak nampak you. Nasib baik tak ada jadi apa-apa yang teruk pada you. Kalau tak, sampai bila-bila pun I tak akan dapat maafkan diri I." luah Tengku Kaizer penuh rasa serba salah.
Sepanjang menghantar Rachel ke hospital semalam, jantung Tengku Kaizer seakan mahu meletup memikirkan keadaan gadis itu yang langsung tidak sedarkan diri.
Nasib saja kecederaan Rachel hanya ringan.
"It's okay, Kai. Semalam pun salah I juga. Nak melintas jalan tak tengok kiri kanan. Nasib baik yang langgar I itu you." Rachel tergelak kecil.
YOU ARE READING
KARINA
RomansCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...