22 - KARINA

15K 749 58
                                    

Kereta Audi RS7 milik Tengku Kaizer berhenti tepat di perkarangan rumah agam milik kedua orang tuanya sebaik saja dia bersama Karina tiba di situ. Mata melilau memerhati sekeliling rumah agam itu yang sudah dipenuhi kereta-kereta tetamu yang hadir dan rata-ratanya dari ahli keluarga terdekat mereka.

Rambut dikemas sedikit sebelum melangkah keluar dari perut kereta.

Perlakuan Karina yang seakan cacing kepanasan di sebelah tiba-tiba menarik perhatiannya. Gadis itu leka menyelongkar beg tangan, selepas itu tertunduk-tunduk pula melilau mencari sesuatu di bawa kerusi.

"You buat apa tu, Karina?" soal Tengku Kaizer aneh.

"Awak tolong suluh bawah kerusi ni guna torchlight phone awak sekejap boleh? Saya tak nampak sangat." pinta Karina masih dengan perlakuannya tadi.

Tanpa banyak soal, Tengku Kaizer menurut saja seperti permintaan Karina tadi. Iphone dikeluarkan dari poket seluar dan menghalakan cahaya ke arah bawah kerusi yang sedikit gelap.

"You cari apa?" soal Tengku Kaizer lagi.

"Phone saya. Saya rasa saya tertinggal dekat bakeri masa kita singgah sekejap ambil birthday cake Selena tadi." beritahu Karina dengan riak risau.

"Yakin tertinggal dekat sana? Nak I call? Mana tahu tercicir dalam kereta ni. Macam lah tak tahu perangai you tu. Clumsy memanjang." sempat mulut Tengku Kaizer membebel.

"Yakin. Kalau awak nak call pun tak guna juga sebab rasanya bateri phone saya dah habis." Karina menyandarkan belakang badan pada kerusi setelah kepenatan mencari telefon bimbitnya.

"Sempat tak kalau kita patah balik sekejap?" soal Karina mengharapkan Tengku Kaizer bersetuju.

"Jangan nak menyusahkan I. Kita dah lambat ni. Lepas party nanti kita singgah sekejap ambil phone you tu. Kalau nak juga ambil dipersilakan pergi sendiri. Jalan kaki ke, tumpang grab ke. I don't care." beritahu Tengku Kaizer lalu segera melangkah keluar dari perut kereta.

Karina mencebik geram sambil mulutnya mengejek bebelan suami sendiri.

Dengusan kasar hadir di bibirnya.

Macam mana dia nak ambil gambar malam ini kalau phone tertinggal di bakeri?

Ah, lagipun yang kau boleh lupa tu kenapa, Karina?

Zaman sekarang phone itu persis nyawa kedua buat manusia.

No phone no breathing!

"Hello makcik. Nak duduk dalam tu sampai tahun depan ke?" cermin kereta di sebelahnya di ketuk oleh Tengku Kaizer.

Karina sedikit tersentak lalu pantas membuka pintu kereta. Wajah tersengih panjang melihat Tengku Kaizer mengerlingnya tajam sambil menggeleng kepala.

"Kejap, nak ambil kek." pintu di bahagian belakang penumpang pula di buka.

Kotak putih sederhana besar di ambil dengan penuh berhati-hati. Kek ini Karina buat penuh keikhlasan dan kasih sayang demi adik ipar yang dicintai. Jadi, haruslah extra hati-hati.

Tengku Kaizer mempercepatkan langkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Karina jauh ke belakang. Dengan heels tinggi serta kek yang berada di dalam tangan membuatkan pergerakan Karina sukar mengejar Tengku Kaizer.

Namun, setelah itu Karina perasan Tengku Kaizer tiba-tiba berhenti dan dengan pantas lelaki itu meraih pinggangnya erat. Hampir saja Karina tidak mampu mengimbangi tubuhnya yang kecil itu.

"Datang pun. Masuk lah. Yang lain semua dah ada tu. Kai dengan Karina saja yang belum sampai tadi." Tengku Zayn menyambut kedatangan anak lelaki dan menantunya.

KARINA Where stories live. Discover now