Tengku Kaizer ralit menilik dirinya pada pantulan cermin. Sesekali jarinya membetulkan baju t-shirt jenama Polo bewarna biru gelap yang di tuck-in pada seluar putih agar lebih kemas. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Tengku Kaizer segera melangkah keluar.
Kaki tiba-tiba terhenti apabila terlihat kelibat Karina di atas katil. Wajah isterinya masam tapi dalam masa yang sama mulut Karina juga sibuk mengunyah Koko Krunch bersama susu. Tengku Kaizer senyum kelucuan melihat tingkah Karina. Pembawakan budak barangkali.
Tahu dah kenapa muka isterinya monyok seperti itu.
Tengku Kaizer berjalan menghampiri Karina. Punggung dilabuhkan pada birai katil.
"Sayang..." rambut hitam Karina dielus.
Karina mendecit kuat. Sempat matanya menjeling tajam ke arah Tengku Kaizer sebelum mengengsot punggung menjauh dari suaminya.
Tengku Kaizer senyum lagi.
Comel. Tak padan dengan perut besar.
"Apa senyum-senyum?" marah Karina. Koko Krunch disuap ke dalam mulut.
"You marah dekat I lagi?" soal Tengku Kaizer lembut.
Dari malam tadi Karina sudah melancarkan perang dingin terhadapnya.
"Tak. Saya gembira. Tak nampak ke saya tengah melompat kegembiraan di sini?" sindir Karina geram.
Tengku Kaizer ketawa kecil.
Makin panas pula hati Karina melihat reaksi Tengku Kaizer begitu. Orang betul-betul marah dia selamba gelak pula ya?
"Bukan I tak nak bawa you, sayang."
"Memang awak tak nak bawa saya pun. Awak sebenarnya malu kan sebab ada isteri yang dah tak lawa, gemuk macam saya ni? Saya jadi macam ni sebab saya tengah mengandungkan anak awak. Awak tunggu lah. Lepas baby keluar, saya akan jadi cantik lagi dan lepastu jangan harap saya nak pandang muka awak." bebel Karina panjang. Puas hati dia.
Tengku Kaizer mengeluh lemah. Kepala yang tidak gatal itu di garu. Nampaknya Karina memang betul-betul marah.
"Sayang..." tubuh Karina didekati. Bahu isterinya di rangkul lalu dagunya dilabuhkan pada bahu Karina.
"Janganlah cakap macam tu. Tak baik. Kalau baby dengar macam mana?" perut Karina diusap lembut.
Karina menjeling Tengku Kaizer tajam.
"Ingat tak minggu lepas you ikut I training polo di padang then esoknya you terus demam? I tak nak you jatuh sakit lagi, sayang. Sebab tu I tak mahu you ikut sekali. I pergi tak lama. Habis match nanti I terus balik. Lepas tu kita dinner di luar. How's that?" Tengku Kaizer cuba memujuk.
Karina ini semakin hendak melahirkan, semakin itulah dia rajin nak ke sana ke sini. Kaizer pula yang terlebih risau. Bukan apa, Karina banyak berubah sejak mengandung. Tak kira lah dari segi perangai, emosi mahupun kesihatan Karina.
Isterinya mudah jatuh sakit kebelakangan ini. Pantang kena matahari atau hujan sedikit, esoknya Karina pasti akan demam.
Kalau boleh Kaizer mahu Karina hanya duduk di rumah saja sepanjang 9 bulan Karina mengandung. Keutamaannya sekarang ialah Karina dan anak mereka.
"Awak pergilah. Saya nak duduk sorang-sorang dalam rumah. Suruh Anna balik. Saya tak nak sesiapa teman saya hari ni. Go." Karina mula menuruni katil mahu meninggalkan Tengku Kaizer.
Rajuk dan marah Karina semakin menjadi-jadi pula hingga membuatkan Tengku Kaizer menjadi serba salah.
"Karina. Sayang, tunggu..." Tengku Kaizer cuba menghalang Karina dari pergi.
YOU ARE READING
KARINA
RomanceCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...