24 - KARINA

18K 812 43
                                    

"She's fine, Kai. Kau jangan risau. Dia cuma demam biasa. Cukup rehat, makan ubat ikut jam then Karina boleh sembuh seperti biasa." jelas Doktor Farish setelah selesai memeriksa Karina.

Tengku Kaizer cuma mengangguk faham. Matanya melirik ke arah Karina yang masih ketiduran di atas katil mereka. Kelihatan gadis itu begitu nyenyak tidur sejak tadi. Langsung tiada tanda-tanda mahu bangun.

"Muka tu tak payahlah risau sangat. Tahu lah sayang bini. Macam aku cakap tadi, Kai. Karina demam saja. Relax okay?" Doktor Farish merangkap sahabat baik Tengku Kaizer itu ketawa kecil.

Dari tadi Doktor Farish perhatikan raut wajah Tengku Kaizer itu risau benar tampaknya sejak dia di minta untuk datang ke sini merawat Karina.

"Mana ada lah." nafi Tengku Kaizer menjeling Doktor Farish.

Mestilah dia risau. Dibuatnya Karina terkena sakit parah ke apa disebabkan kealpaannya semalam, pasti nyawa dia akan dihabiskan oleh Tengku Marwa, Dato' Andika dan Erik.

Mujur saja Karina cuma demam biasa.

"Ini baru demam, entah-entah esok kalau Karina beranak, anak kau belum keluar kau dulu yang pengsan kut." tawa Doktor Farish semakin kuat namun sempat ditutup mulutnya apabila sedar jika suaranya itu kelak mengganggu Karina.

"Kau merepek apa ni, gila? Dah. Pergi balik sana." gurauan Doktor Farish itu mengundang rasa geram Tengku Kaizer.

"Sejak kahwin ni, garang lain macam. Tahu lah bini lawa. Pandai mummy kau cari isteri ya. Boleh tak minta aunty Marwa carikan untuk aku satu? Boring lah single ni. Cari yang macam Karina tu pun okay juga." Doktor Farish senyum meleret.

"Aku kata balik. Kau ni buat bising saja. Kalau wife aku terjaga, kau pula yang demam aku kerjakan nanti." pintu bilik terus di buka lalu menolak Doktor Farish keluar.

Lelaki itu menyambung tawanya. Seronok pula dia mengusik Tengku Kaizer. Lelaki ini memang sudah jauh berubah. Bagaimana lelaki seceria Kaizer ini dulu boleh menjadi sedingin sekarang?

"Thanks, Farish. Sorry susahkan kau pagi-pagi ni." ucap Tengku Kaizer setelah menghantar Doktor Farish sehingga ke pintu utama.

"No worries, bro. Aku memang free pun pagi ni. Oh ya, kau jangan lupa bagi Karina makan ubat. Kalau boleh makan sekarang. Jangan di layan sangat demam tu nanti dia jadi melarat pula." sempat Doktor Farish berpesan.

Tengku Kaizer angguk kecil.

"Aku gerak dulu. Kalau ada apa-apa, just call me."

Dua sahabat baik itu saling berpelukan sebelum Doktor Farish melangkah keluar untuk pulang.

Tengku Kaizer mula bergerak menuju ke dapur sebelum pergi mendapatkan Karina di atas. Bubur ayam yang di masaknya tadi dihidangkan di dalam mangkuk sederhana kecil berwarna putih bersama air coklat panas serta segelas air putih.

Dulang hitam di bawa dengan penuh berhati-hati sehingga langkahnya tiba di bilik tidur. Dulang diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katil bersaiz king itu. Punggungnya pula direbahkan pada birai katil.

Wajah nyenyak Karina diperhati seketika. Tangan Tengku Kaizer perlahan menyentuh dahi Karina. Masih rasa panas seperti tadi.

Cormforter yang membaluti tubuh Karina diselak sedikit.

"Karina?"

Pipi Karina ditepuk lembut.

"Karina, wake up. Karina?" kejutnya lagi.

Tubuh Karina mula bergerak sedikit. Perlahan kelopak mata dibuka.

"K-Kai?" serak suara Karina. Jarinya menggosok mata seakan tidak percaya Kaizer masih berada di sini pada jam begini.

KARINA Where stories live. Discover now