41 - KARINA

21K 1K 157
                                    

Tiga hari sudahpun berlalu dan sepanjang hari-hari itu Karina lebih banyak mendiamkan diri. Dia juga sering menyendiri dan terpaksa berpura-pura 'okay' dihadapan semua orang untuk menyembunyikan perasaannya yang bercelaru.

Sejak menerima gambar-gambar itu, hati Karina menjadi tidak tenang. Kecewa juga pasti ada.

Tengku Kaizer masih belum dapat melupakan Rachel. Susah bagi Karina untuk menerima kenyataan itu.

Bagaimana lagi cara dia mahu merebut hati suaminya sendiri?

Dia buntu. Sangat buntu.

Perlukah dia betul-betul mengalah kali ini? Sampai bila dia harus menghancurkan hati sendiri?

Karina mendongakkan kepala memerhati awan tebal yang menghiasi langit. Cuaca hari ini suram. Sama seperti hatinya.

Sudah 3 hari Karina tidak pergi ke bakeri. Katanya pada Arya, dia mahu berehat. Lagipun di rumah Karina boleh mengelakkan diri dari Tengku Kaizer dari bertemu dengan lelaki itu di luar. Itu lebih baik rasanya.

Pagi, dia akan cepat-cepat menguruskan makan pakai suaminya dan selepas itu dia akan berpura-pura membuat pekerjaan di tempat lain supaya tidak bertembung dengan suaminya. Malam pula, selesai menyediakan makan malam untuk Tengku Kaizer dia akan tidur awal sebelum lelaki itu pulang kerja.

Begitulah rutin Karina sepanjang tiga hari berturut-turut.

Dia berjauh hati?

Mungkin.

Isteri mana yang tidak berjauh hati setelah melihat gambar yang berjaya menyakitkan mata dan hatinya?

Mahu saja Karina lari ke rumah Dato' Andika tapi nanti apa kata DaDanya? Nanti pasti Dato' Andika bakal curiga.

Puas mengambil angin di luar, Karina berniat untuk bergerak ke bilik tidur pula. Dia mahu tidur sebentar.

Kaki menaiki anak tangga. Sebaik saja tiba di bilik tidur, Karina terkaku sebentar.

Kelibat Tengku Kaizer yang sedang berdiri di beranda bilik tidur mereka hampir menggugurkan jantungnya. Sangkanya kelibat itu hantu tadi.

Karina berundur keluar dan menutup semula pintu bilik tidur dengan sangat perlahan. Jam yang terpampang di skrin telefon bimbit ditilik seketika.

10:35 a.m.

Sepatutnya Tengku Kaizer sudah berangkat kerja jam ini. Tapi kenapa pula...haih.

Takkan dia pula yang harus keluar? Hari ini Karina masih mahu bermalas-malasan saja di rumah.

Karina bercadang untuk tidur di dalam bilik tidur tetamu di tingkat bawah saja. Mengantuknya sekarang tak boleh bawa bincang.

Baru saja Karina mahu turun semula ke tingkat bawah, kedengaran daun pintu dibuka dari dalam. Cepat-cepat Karina bergerak menuju ke arah tangga.

Namun, terasa lengannya di sambar dari belakang.

"You nak pergi mana?" soal Tengku Kaizer.

Karina terpaksa berpaling menghadap suaminya tapi mata sengaja diarahkan melihat lantai.

Hatinya masih sakit.

"I tanya you. Nak pergi mana? Kenapa tak masuk bilik?" tanya Tengku Kaizer lagi.

"Tak jadi nak masuk bilik sebab-"

"Sebab I ada dalam bilik?" potong Tengku Kaizer.

"M-mana ada. Saya tertinggal barang dekat bawah tadi."

Tengku Kaizer mendecit sinis.

Bohong!

Tengku Kaizer bukannya bodoh. Dia tahu beberapa hari ini Karina seakan mahu menjauhkan diri darinya.

KARINA Where stories live. Discover now