39 - KARINA

17.9K 943 73
                                    

Kotak kecil berwarna hitam itu Karina pandang tanpa berkedip. Sejak beberapa hari ini fikirannya asyik menerawang entah ke mana dan rasa bercelaru sentiasa mengganggu sejak dua garis biru itu muncul.

Dia bingung.

Dan untuk memuaskan hati, Karina juga telah pergi klinik semalam. Di saat doktor mengucapkan tahniah, hati Karina menjadi semakin tidak keruan.

Karina akui, dia bahagia. Ada nyawa yang sedang hidup di dalam tubuhnya. Nyawa ini adalah bukti cintanya terhadap Kaizer. Dia sudah jatuh sayang dengan anak yang kian membesar di dalam perutnya.

Namun, di sudut lain Karina juga takut. Dia takut dengan reaksi yang bakal ditunjukkan oleh Tengku Kaizer.

Bagaimana kalau Tengku Kaizer tidak mahu menerima anak ini?

Ah, tak mungkin Tengku Kaizer akan menjadi sejahat itu kan?

Walaupun Tengku Kaizer masih belum dapat membuka hati untuknya, sekurang-kurangnya Kaizer akan menyayangi anak mereka.

Ya, dia percaya tentang kenyataan itu.

"Karina?"

Suara garau Tengku Kaizer itu memeranjatkan dia. Pantas kotak kecil berisi pregnancy test itu disembunyikan di dalam almari. Tubuhnya lalu berpaling ke belakang menghadap Tengku Kaizer.

"I-iya, Kai?" Karina mengukir senyuman paling lebar.

Tengku Kaizer diam sebentar. Hairan pula melihat wajah cuak dan pucat Karina. Atau mungkin saja matanya saja yang salah menilai.

"Neck tie I mana?" soal Tengku Kaizer pula.

"Oh!" Karina mengetuk dahi.

"Saya lupa. Sekejap ya." Karina berjalan menuju ke almari milik Tengku Kaizer yang menyimpan koleksi tali leher dari pelbagai jenama.

Tali leher berwarna ungu gelap menjadi pilihan mata Karina. Tangannya mengambil tali leher itu lalu bergerak menghampiri Tengku Kaizer.

"Saya pakaikan ya?"

Tengku Kaizer diam menurut.

Tanpa sedar, sepasang mata Kaizer mengambil kesempatan menilik wajah Karina yang masih fokus mengenakan tali leher pada kolar bajunya.

Tengku Kaizer begitu tertarik melihat warna anak mata yang dimiliki oleh Karina. Coklat. Mungkin itu yang membuatkan wajah Karina terlihat menarik dan...

Cantik.

Sangat cantik.

Tengku Kaizer terpukau untuk seketika.

Kecantikan Karina lebih menyerlah jika wajah gadis itu dipandang dengan jarak lebih dekat.

Sempurna.

"Done! Jom kita sarapan." ajak Karina dan mula berjalan keluar dari bilik wardrobe.

"Karina, sekejap!" tangan Karina sempat digapai.

Langkah Karina mati dan tubuhnya berpaling semula ke arah Tengku Kaizer.

"Iya, Kai?" mata Karina jatuh melihat tangannya kemas di dalam genggaman Tengku Kaizer. Tipu kalau hatinya tidak tersentuh dengan perlakuan suaminya.

Tengku Kaizer yang menyedari tindakannya terus melepaskan tangan Karina.

Kepala tunduk menekur lantai sambil telapak tangan mengusap belakang leher.

Haih apa dah jadi dengan kau, Kaizer?

Jantung tiba-tiba berdegup kencang.

"Kai, awak okay tak ni? Masih tak sihat lagi ke?" soal Karina risau bercampur hairan.

KARINA Where stories live. Discover now