Kejap lagi kita lunch sama-sama, okay? Jangan berani keluar lunch dengan orang lain sebab saya dah booked awak dulu. Hehe. I love you sayang.
Pesanan ringkas itu Karina terus hantar pada suami tersayang. Sengaja mahu beritahu sekali lagi padahal awal pagi tadi entah berapa kali Karina sudah mengingatkan suaminya sehingga Tengku Kaizer naik bosan.
Yalah, Karina jadi teruja pula apabila baru pertama kali Tengku Kaizer sudi makan tengahari bersamanya. Sebelum ini kena bergaduh terlebih dulu, harus ada adegan paksa memaksa barulah Tengku Kaizer bersetuju.
Tapi kali ini, cukup ditanya sekali terus suaminya yang kacak itu mengangguk walaupun Karina tahu Tengku Kaizer rasa berat hati.
Jadi mestilah Karina rasa gembira hari ini.
Ting!
Satu notifikasi masuk.
😑
-Kaizer-Karina tergelak kecil. Emoji itu mengundang kelucuan bagi Karina. Dapat Karina membayangkan riak wajah Tengku Kaizer juga seperti emoji itu.
Pandai pun balas pesanan aku!
Sebelum ini jangan harap Karina mahu melihat nama Kaizer muncul di skrin iphone miliknya.
Karina tersenyum nipis. Perubahan kecil yang ditunjukkan oleh Tengku Kaizer ini telah menghangatkan hati Karina.
Semoga Tengku Kaizer dapat membuka hati untuk dirinya. Karina ikhlas menyayangi Tengku Kaizer. Sungguh.
"Orang lain lepas demam beberapa hari akan sembuh tapi kau makin sakit pula aku tengok." suara Arya dari muka pintu mematikan senyuman Karina.
"Sakit apa? Aku dah sihat lah." Karina menjeling tajam Arya yang menghampirinya.
"Sakit mental!" Arya ketawa besar.
"Kau nak cakap aku gila? Kau tu yang gila." kepala Arya ditunjal kuat.
"Kau lah yang gila. Dari tadi aku perhati kau tersengih sorang-sorang. Itu simptom orang gila tahu." balas Arya pula.
"Memang aku gila, Arya. Aku gilakan suami aku yang kacak, seksi dan kaya itu." Karina senyum meleret lalu merebahkan kepala di bahu Arya.
"Kau tengok ni. Dia reply chat aku. First time tau dia reply. Happynya aku, Arya! Aku nak print chat Kai ni dan buat bingkai gambar lepas itu gantung dalam bilik untuk dijadikan kenangan." Karina tunjuk pesanan Tengku Kaizer tadi pada sahabatnya.
Arya menggeleng kepala sambil menjuling mata ke atas.
Parah!
Tapi tak apa lah. Janji Karina bahagia. Dia turut tumpang bahagia juga.
"Sampai macam tu sekali angau kau ya? Entah-entah Kai tu sebenarnya selama ini dah bomohkan kau kut sampai kau jadi sewel macam ni?"
Karina ketawa kecil.
"Aku rela dibomohkan oleh Kaizer, Arya. Aku bahagia. Dia nak bomohkan aku sampai bila-bila pun aku sanggup." Karina dilihat seakan di awang-awangan.
Entah apa yang Kaizer dah buat pada Karina sampai angau Karina ini semakin menjadi-jadi. Lagi-lagi lepas Karina sembuh dari demam beberapa hari yang lepas.
Seram pula Arya di buatnya!
"Makin merepek pula kau ya? Simpan dulu angau kau tu. Tolong kitaorang susun cupcakes dalam kotak di belakang. Banyak tu. Tak ada orang nak tolong Mikhael. Kesian dia." Arya bangun kembali.
YOU ARE READING
KARINA
RomanceCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...