Karina berdiri tegak di hadapan bilik air. Melihat Tengku Kaizer membongkokkan tubuh di sinki sambil memuntahkan segala isi perutnya mengundang rasa simpati Karina. Sudah tiga hari berturut-turut Tengku Kaizer akan terseksa begini pada awal pagi.
Bukan hanya sekali tapi Tengku Kaizer berkali-kali berlari ke tandas untuk muntah. Dia dan Kaizer juga telah pergi ke klinik namun doktor kata Tengku Kaizer sihat. Tidak ada yang perlu dirisaukan. Tapi melihat keadaan Tengku Kaizer begini, hati isteri mana yang tidak risau.
Tengku Kaizer pula awal berpesan kepada Karina agar tidak bercerita tentang keadaannya kepada Tengku Zayn dan Tengku Marwa. Katanya, lelaki itu tidak mahu orang tuanya risau. Tahu sajalah reaksi Tengku Marwa nanti.
"Kai, hari ni awak tak payah pergi office dulu. Awak masih tak sihat. Awak rehat saja di rumah ya?" Karina mendekati suaminya. Belakang tubuh Tengku Kaizer diusap lembut.
Tengku Kaizer membersihkan mulut dan wajahnya sebelum menegakkan semula tubuh.
"I ada meeting dengan Isaac pagi ni. It's really important. Lagipun 3 hari dah I tak pergi office. Selalunya I macam ni bila awal pagi saja. Lepas tu I akan okay balik." jelas Tengku Kaizer. Wajahnya kelihatan lemah dan lesu.
"Tak pun kita pergi klinik." cadang Karina.
"Semalam dah pergi kan? Doktor sendiri cakap I okay. Mungkin salah makan saja. I penatlah nak ulang-alik pergi sana." jawab Tengku Kaizer.
"Kita pergi saja lah. Tak salah pun kalau kita ikhtiar. Saya takut doktor yang semalam tu salah diagnose awak. Mana tahu kalau kita pergi klinik yang lain, doktor tu mungkin lebih tahu tentang sakit awak. Kita pergi sekarang ya?" Karina cuba memujuk.
Tengku Kaizer menggeleng kepala. Pujukan Karina langsung tidak diendahkan. Dia terus melangkah keluar dari bilik air untuk menyarung semula kot baju.
"Kai..." Karina cuba memujuk lagi.
Tangan suaminya diraih lembut. Langkah Tengku Kaizer terhenti untuk bergerak ke luar dari bilik tidur.
"Karina, please. Jangan paksa I. I tak nak gaduh dengan you. You tahukan keadaan I macam mana sekarang?" Tengku Kaizer cuba menahan perasaan.
"Saya bukan nak cari gaduh. Saya risau, sayang. Saya risau dengan kesihatan awak sekarang. I don't think it just 'salah makan'. Mesti ada sesuatu. And kita mesti cari tahu. Awak pun mesti tak tahan menanggung sakit macam ni setiap hari kan? Lebih baik kita dapat tahu awal sebelum sakit awak ni bertambah teruk." jelas Karina berterus terang.
Tengku Kaizer diam. Wajah risau Karina itu dipandang tanpa berkedip.
"Kita pergi klinik ya, sayang? Sekejap saja. Lepastu awak boleh pergi office. Okay?" tutur Karina lembut. Pipi Tengku Kaizer dibelai.
Tengku Kaizer memejamkan mata. Keluhan halus keluar dari mulutnya.
Sejak bila pula dia pandai cair dengan pujuk rayu Karina?
Dasar hati ini!
* * * * *
"Tengku dan Puan tak perlu risau apa-apa. Rasanya Tengku baik-baik saja. Mungkin memang betul Tengku keracunan makanan. Kalau dia dapat rehat yang cukup, makan ubat yang diberikan Tengku boleh sihat macam biasa." terang doktor bernama Sheila yang duduk menghadap mereka.
Tengku Kaizer mengerling tajam Karina di sebelahnya. Sempat mata mereka bertemu. Karina faham akan maksud pandangan dan jelingan Tengku Kaizer itu.
'Kan dah cakap tadi tak ada apa-apa. You memang sengaja nak buang masa I pergi sini kan?' Lebih kurang begitulah maksudnya.
YOU ARE READING
KARINA
RomanceCOMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama T...